Jadilah macam Cik Ti

Salam a dobry den!

Cik Ti = Cik Tikus

erkkk...T.I.K.U.S???

hahaha..jgn melatah ye tuan-tuan dan puan-puan..ada benda yg nk diceritakan pasal tikus ni. (credit to k.Lene due for this brilliant analogy =) )

***
Dalam dunia serba "moden" lagi "canggih" sekarang ni, perasan tak ada satu sifat yang dah terdevelop dalam diri kebanyakan daripada kita? 

Rasa TAK PEDULI.

"Lantaklah!"
"Tu masalah dia, bukan masalah aku." 
"Suka hati dia lah nak buat apa pun, bukan ada kena mengena dengan aku."
"Kenapa aku nak sibuk-sibuk ambil tahu hal dia?"
"Aku tak kacau kau, kau jangan kacau aku."

dan banyak lagi...

Mungkin valid statement ni: bahawa manusia zaman sekarang, ramai yang punya sifat macam ni. 
Mungkin jugak kita rasa kata-kata di atas sesuai dengan peribahasa Melayu, 
"jangan jaga tepi kain orang".

Adakah kita ini hidup dalam dunia kita seorang?
Bukankah kita semua hidup di bawah satu langit yang sama?
Bertuhankan Tuhan yang sama?
Memegang aqidah yang sama?
dan kita sering bangga dengan hadis Nabi, bahawa semua umat Islam adalah bersaudara?

Jadi kenapa perlu adanya semangat INDIVIDUALISTIK?

***

Ok, so apa kaitannya dengan Cik Ti kita ni?

Tikus, bila nak keluar dari lubang tempat persembunyiannya, apa yang tikus tu buat?

Lihat kiri, 
Lihat kanan, 
Pandang atas, 
Pandang bawah,
hidu-hidu, 
intai-intai segala sudut dan penjuru. 
Source of pic: Webweavers Free Clipart

Betapa hati-hatinya tikus ni kan? Check dulu semua arah, ada ke apa-apa yang membahayakan dia, ada ke apa-apa makanan untuk dia hari ni. Even sepanjang perjalanan pun, dia sentiasa tengok sekeliling dia. (Sebab tu susah giler nak tangkap tikus)

Tikus ni sentiasa sensitif dengan apa yang ada disekelilingnya. Tikus ni ada je yang dia perasan. Tikus ni KENA perasan dengan sebarang benda kat sekelilingnya supaya dia boleh keluar dengan selamat untuk mencari rezeki. Supaya anak bini dia selamat daripada gangguan-gangguan pemangsa dan perangkap-perangkap manusia. 

***
Jadi, sensitifkah kita macam tikus ni?
Kalau kita keluar rumah kan, adakah kita akan tengok semua sudut macam tikus ni? (Lambat pulak nak pergi kelas nanti..hehe)
Kalau kita jalan-jalan, adakah kita perasan dengan sifat dan tingkah laku semua orang di sekeliling kita?
Kalau kita dalam bas, adakah kita perasan dengan keadaan penumpang lain di sebelah kita?
Kalau kita tengah beli barang, adakah kita perasan dengan kehadiran orang lain yang membeli di sebelah kita?

*penat lah macam tu, asyik nak tengok muka orang..* (opps! bukan orang je, pokok-pokok, burung-burung pun lagilah susah nak perasan)
*erk?*

Tak payah fikir jauh-jauh, cuba tanya diri kita, adakah kita sensitif dengan apa yang kita buat hari ni?
Adakah kita ada sakitkan hati orang lain hari ni?
Adakah kita dah mengabaikan orang lain hari ni?
Adakah kita dah buat dosa hari ni?
Adakah kita berusaha nak menambah iman kita hari ni?

Kenapa kita kena peduli dengan apa yang diorang buat?
Kenapa kita kena peduli dengan apa yang kita buat?

Kenapa kita kena peduli dengan apa yang diorang rasa?
Kenapa kita kena peduli dengan apa yang kita rasa?

Kenapa kita kena peduli dengan apa yang diorang pakai?
Kenapa kita kena peduli dengan apa yang kita pakai?

Kenapa kita kena peduli dengan apa yang diorang cakap?
Kenapa kita peduli dengan apa yang kita cakap?

Kenapa kita kena peduli dengan apa yang diorang fikir?
Kenapa kita peduli dengan apa yang kita fikir?

Kenapa? Kenapa? Kenapaaaaa?? (over nih..macam dialog drama pulak..)

Sebab kita kena perasan dengan perubahan dalam masyarakat dan dalam diri kita. Sama ada baik atau buruk. 
Kalau baik, kita kena jadikan contoh untuk kita. 
Kalau buruk, kita kena fikir banyak benda. Kenapa jadi macam tu? Apa yang boleh kita buat supaya tak jadi macam tu? Adakah kita pun turut sama menyumbang saham untuk perkara yang buruk itu berlaku?

"Kubur kita lain-lain"

Ya, memang kubur kita lain-lain. Sebab kubur kita lain-lainlah kita kena bantu-membantu antara satu sama lain, supaya kita sama-sama dijauhkan dari azab siksaNya. Adakah kalau kita rasa kita dah cukup "baik", tapi kita buat tak endah je dengan orang lain yang tak berkesempatan nak jadi "baik", kita boleh ke syurga dengan senang-senang??

"Dan demikian pula Kami telah menjadikan kamu (umat Islam) umat pertengahan agar KAMU menjadi SAKSI atas (PERBUATAN) MANUSIA dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu......." 
(Surah Al-Baqarah 2:143)
Kata lah kita konon-konon dah nak masuk syurga, lepas tu, adalah sorang manusia yang nak pergi neraka, tiba-tiba dia menyalahkan kita sebab tak bimbing dia, atau worse, menjadi salah satu penyebab dia ke neraka, boleh jadi kita turut sama ditarik ke neraka..Na'uzubillah...
Ataupun, kita rasa kita dah dapat nak pergi syurga, tapi tiba-tiba kita kena heret ke neraka sebab apa yang kita buat dan apa yang kita tak buat kepada orang lain...Na'uzubillah..

Kan best kalau orang dapat tarik kita ke syurga sama-sama, ataupun kita tarik orang ke syurga? 
Waallahu'alam..

"Dan hendaklah di antara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh (berbuat) yang makruf dan mencegah dari yang mungkar. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.
(Surah Ali 'Imran 3:104)

"pada hari itu, ada wajah yang putih berseri, dan ada pula wajah yang hitam muram. Adapun, orang-orang yang berwajah hitam muram (kepada mereka dikatakan) "Mengapa kamu kafir setelah beriman? Kerana itu rasakanlah azab disebabkan kekafiranmu itu."
(Surah Al-Baqarah 3: 106)
Perbaiki dirimu dan serulah orang lain..

"Dan berpegang teguhlah kamu pada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa jahiliah) bermusuhan, lalu Allah mempersatukan hatimu, sehingga dengan kurniaNya kamu menjadi bersaudara, sedangkan (ketika itu) kamu berada di tepi jurang api neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari sana. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatNya kepadamu agar kamu mendapat petunjuk."
(Surah Al-Baqarah 2:103)
Moga Allah satukan hati-hati kita =)
Waallahu'alam...

Salam a Na Shle

p/s: Mohon maaf jika saya tidak sensitif..jom perbaiki diri!

Comments

lah said…
bismillah

salam wbrt dear aina

masyaAllah!~ nice one sis!
huhu.. malu la dgn tikus kn kalo kt yg Allah bg kelebihan 'akal utk tak brtndak & berfikir scr muslim yg waras..
mg Allah jdkn kt insan2 yg lebih peka, cakna & sensitif dgn surrounding kt iAllah.. =)

rabbanaa taqabbal minna

slm syg,
buddy2 (^-)
keyLa said…
salam~~
terbaeekkkk aina!!

moga2 kta dpt jadi sesensitive cik ti...hihihi

Popular Posts