Aku dan Si Ketot

Assalamualaikum a dobry den!

Hari ini saya nak bercakap menulis tentang si ketot.
Si Ketot? Siapa? Alaaa...si ketot yang femes di kalangan kaum hawa melayu Hradec Kralove.

Err..sebenarnya si ketot tu, gelaran yang kami beri kepada seekor anjing peliharaan jiran kami. Saiznya tidak besar, tidak terlalu kecil. Tetapi badannya ketot (pendek).

Kenapa saya nak cerita pasal anjing peliharaan jiran saya?

Sebab semenjak beberapa bulan ini, anjing tersebut menjadi dugaan terbesar untuk kami keluar masuk rumah.

Setiap kali hendak keluar, kena berdoa banyak-banyak supaya tak bertembung.
Kena tinjau-tinjau dari tangga.
Alert dengan sebarang bunyi dan tanda-tanda jiran nak keluar.
Sebab hampir setiap kali jiran saya keluar rumah, si ketot pun nak keluar sekali.

Kenapa kami (saya kot) takut sangat dengan si ketot ni?
Sedangkan sebelum ni, saya tidaklah berapa takut sangat dengan anjing.
Berani lagi nak lalu sebelah dia (asalkan dia bertali la...hehe)

Tapi yang ini, dari jauh pun saya dah kenal dia.
Bunyi pun saya boleh cam.
Ya, dalam banyak-banyak anjing di Hradec Kralove ni, saya boleh cam suara dan rupa dia.
Nak kata paranoid pun macam ye..

Sebab, masa awal-awal kami 'berkenalan' dengan si ketot ni,
'ramah'nya bukan main lagi.
Melompat-lompat, menyalak-nyalak ke arah kami.
Kalau setakat acah-acah tak apa lagi.
Ini yang memang dah terkam-terkam tanpa segan silu lagi.
Saya rasa saya dah 4-5 kali kena.
Ada lah jugak 2,3 kali macam kena gigit-gigit manja gitu.

Sampaikan saya geram pada suatu hari tu,
saya kuis-kuis dia dengan kaki saya.
Nak tendang kuat macam tak sampai hati.
Saya siap tanya nama dia pada tuannya lepas kena 'serangan' dia.
Manalah tau kalau kena lagi, saya boleh kata:
"(nama si ketot), ne!" (Ne tu bermaksud 'tidak' dalam Bahasa Malaysia)
Mungkin dia akan dengar kata saya bila saya sebut nama dia. (Tapi saya tak mahu ambil risiko nak pergi cuba)
Oh, tapi saya terpaksa rahsiakan namanya
Maruah si ketot dan tuannya perlu juga dijaga.

Saya pun beberapa bulan jugalah tak berpuas hati dengan si ketot ni.
Apa salah saya? (ok, ni drama. haha)

Lalu saya pun bertanya kepada rakan-rakan antarabangsa saya yang membela anjing.
Adakah normal untuk seekor anjing bersikap begini?
Mungkinlah kerana pengalaman dan pengetahuan saya tentang anjing begitu cetek sekali.
Saya tidaklah mahu menyalahkan sesiapa tanpa mengetahui norma-norma masyarakat antarabangsa ini.

Jawapannya, mereka kata tak normal.
Okaaayyyyy...haha
Malah ada kawan saya yang kadang-kadang bertanya lagi tentang anjing tersebut.

Eh, tapi sebenarnya apa yang saya nak kongsi ni bukanlah luahan ketidakpuasan hati terhadap si ketot.
Si ketot mungkin tak bersalah.
Kerana dia hanya seekor anjing.
Mungkin dia ada masalah kesunyian.
Mungkin dia anjing jantan.
Mungkin dia nampak kami seperti sesuai untuk bermain dengannya.

Tapi, kerana trauma juga nak berhadapan dengan si ketot ni.
Memang terasa betul kebergantungan kepada Allah.
Setiap kali nak buka pintu rumah, nak naik tangga, nak turun tangga.
Kena doa dulu.
Mulut terkumat kamit tawakal kepada Allah.
Macam-macam strategi nak masuk dan keluar rumah.
Tau tak sebenarnya setiap kali saya kena tu sebenarnya sebab saya terlupa atau tak sempat nak doa kat Allah dulu?
Tarbiyah direct dari Allah. ^_^

Kadang-kadang tu rasa,
"Macam ni ke perasaan orang Palestin hari-hari bila keluar rumah?"

Boleh jadi bila-bila masa peluru Israel menghujani langit
Boleh jadi bila-bila masa bom Israel mendarat di depan pintu.
Boleh jadi bila-bila masa tentera Israel mengacu senapang depan mata
Boleh jadi bila-bila masa Apache singgah di halaman.
Boleh jadi bila-bila masa ledakan phosphorus muncul di atas bumbung.

Dan orang Palestin masih mampu tersenyum
Sangat yakin dengan pertolongan Allah
Sangat yakin dengan qada' dan qadar
Sangat bersemangat pula hendak keluar bekerja dan ke sekolah
Malah sangat menanti-nanti syahid datang menjemput.

Dan saya?
Setakat si ketot.
Samak aje la seluar dan baju tu.
Orang Palestin dengar pun gelak je nanti.

dan jiran saya pernah berkata kepada salah seorang daripada kami, tentang anjingnya,

Makcik jiran     : "Radost čeká nahorů...(sambil tergelak)" (dia suka tunggu di atas)
Wakil Raudhah : "Radost???" (suka??)
Makcik jiran     : "Ano.." dan tersenyum-senyum. (ya..)

Alahaiiiiiii si ketot...
Alhamdulillah 'ala kulli hal..
Terima kasih si ketot,
sebab Allah hantar kau untuk tarbiyah kami...hehee


Comments

Anonymous said…
alhamdulillah xpenah jumpe lg setakat ni.
hrp2 kami xkn jmpe smpi ble2..amin.
Fathin Aina said…
hehee...aminnn :)

Popular Posts