Lewat dingin salju.

Musim bunga akhirnya kunjung tiba. Meskipun penantiannya begitu lama. Sampaikan saya terasa tidak ada musim bunga tahun ini. Mungkin musim panas terus sahaja kerana sudah bulan April.

Ditambah pula salji yang tiba-tiba turun selebat-lebatnya pada pertengahan Mac. Sedangkan itu  adalah situasi yang tidak biasa di Ceska Republika ini.

Namun sangkaan saya meleset. Setelah satu minggu yang sejuk berlalu, tiba-tiba hujan turun mencurah-curah seminggu berikutnya. Selepas itu....poof! Pucuk-pucuk daun tidak lagi malu-malu menampakkan dirinya. Bunga-bunga liar pun mula berlumba-lumba memenuhi setiap rumput yang ada. Winter jacket pun mula disimpan dalam almari untuk 6 bulan seterusnya.

Seolah-olah semua itu bagaikan mimpi. Setelah sekian lama leka dalam musim sejuk yang seakan tiada penghujungnya, tiba-tiba hilang dan kehidupan sekeliling kembali....hidup.

"Dan milik Allahlah kerajaan langit dan bumi, dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu."
(Surah Ali-'Imran 3:189)
One of many signs that if He said 'Kun Fayakun', it WILL happen insyaAllah. For more stories, find it on my facebook. 

Malu pula rasanya tiba-tiba apabila mengenangkan keluhan dek panjangnya kedinginan musim sejuk.

"Sungguh, manusia diciptakan bersifat suka mengeluh, Apabila ditimpa kesusahan dia berkeluh kesah, dan apabila dia mendapat kebaikan (harta) dia jadi kikir."
(Surah Al-Ma'arij 70:19-21)

*lempang diri sendiri laju-laju*

sekian peringatan untuk diri sendiri hari ni. :)


Comments

Popular Posts