Kebun Oh Kebun

Assalamualaikum wbt a dobry den!!

Alhamdulillah dah selesai exam dermatology (tapi result tak keluar lagi...doakan ye?). Sepatutnya itu adalah exam tahun keempat yang terakhir, namun apakan daya.....ada neurology yang degil tak mahu berpisah lagi...doakan saya dapat buat dan lepas ye hujung bulan ni....=)

Ya, kali ini saya nak share pasal kebun kecil saya di beranda Baitul Raudhah di Eliscino Nabrezi, Hradec Kralove, Czech Republic! (panjang pulak nak cerita location die...ceh...)

Tahun lepas, saya cuba nasib tanam pokok tomato. Amatlah tidak sistematik perancangan berkebun saya, habis semua anak benih sepaket saya tabur. (Maklumlah, pekebun amatur kelas rendah). Maka berpokok-pokoklah yang keluar. Sudahnya, habis berderet-deret pokok tomato kat beranda tu.

Masa pokok-pokok ni babies lagi (yang depan ni, bekas kuih raya pun dah jadi pasu sebab tak cukup tempat..hehe)
Dah muda remaja
Awal dewasa? ala-ala 20-an gitu... habis penuh satu balcony nih!


Lepas tu, saya pulang ke Malaysia sekejap dalam sebulan gitu. Mujur jugaklah hujan agak banyak tahun lepas (tahun ni jugak! Alhamdulillah), jadi pokok-pokok saya tu berjaya survive.


Bila saya balik je ke Raudhah selepas sebulan kat Malaysia.....


Bayangkanlah pokok-pokok dalam gambar ke-3 tu penuh dengan buah tomato yang merah-merah!
(Silalah bayangkan, sebab tuan tanah tak ambik gambar)


Tuan tanah ambik gambar hasil tuaian je...ni baru hasil tuaian peringkat pertama. Ada 3 peringkat semuanya! 


Masa dapat kutip tomato banyak-banyak ni kan.....terasa macam seronoknya! Banyaknya nikmat Allah bagi  kat saya masa tu...

Pastu, bila ponder-ponder balik sekarang kan...

Teringat yang dalam Al-Quran ada banyak kisah-kisah orang terdahulu dan kebun-kebunnya.

Kalau orang-orang dahulu, mempunyai kebun yang luas dan subur itu adalah satu nikmat yang sangat besar!

Kerana sumber makanan mereka tidak putus-putus.
Kerana sumber harta mereka juga tidak putus-putus.

Kalau orang-orang dahulu ni, kira dah macam orang yang sangat kaya raya lah!


Bila saya rasa seronok dapat petik buah daripada "kebun" mini saya sendiri, barulah saya faham kenapa Allah banyak memberi perumpamaan nikmat yang banyak dengan kebun-kebun yang orang terdahulu miliki.


Contohnya, kisah 2 orang lelaki dan kebun masing-masing dalam surah Al-Kahf 18:32-44

32. "Dan berikanlah (Muhammad) kepada mereka sebuah perumpamaan, dua orang laki-laki, yang seorang (yang kafir) Kami beri dua buah kebun anggur dan Kami kelilingi kedua kebun itu dengan pohon-pohon kurma dan di antara keduanya (kebun itu) Kami buatkan ladang." 
33. "Kedua kebunnya itu menghasilkan buahnya, dan tidak berkurang (buahnya) sedikit pun, dan di celah kebun-kebun itu Kami alirkan sungai."

Bestkan lelaki ni? Dah lah ada 2 kebun anggur (Anggur tu kan sedap!! Yumm!), lepas tu Allah bagi pulak keliling dia kebun kurma! 

(ok, cuba bayangkan kebun saya ada banyak tomato, lepas tu keliling dia ada pokok cili yang banyak! Boleh bukak kedai Thai kat HK nanti!)

Kebun kurma tu pun dah dikira aset yang penting kat tanah Arab.

Lepas tu, tak cukup dengan tu lagi, Allah tambahkan pulak LADANG antara kebun-kebun tu! Ladang tu lagi luaslah kan daripada kebun?

(Kebun tomato dengan cili tu, ada pulak LADANG strawberry! Mahal wooo strawberry!)

MasyaAllah!!

Tapi, apa kata orang kafir tu?

34. "dan dia memiliki kekayaan besar, maka dia berkata kepada kawannya (yang beriman) ketika bercakap-cakap dengan dia, 'Hartaku lebih banyak daripada hartamu dan pengikutku lebih kuat.' "

Berlagak betul orang kafir tu dengan orang yang beriman tu. Mentang-mentanglah harta dia banyak, dia bongkak pula dengan orang beriman yang tak banyak harta macam dia!

(Bayangkanlah orang yang ada kebun tomato,cili, ladang strawberry tu cakap macam tu kat orang yang tak ada kebun, or maybe ada kebun bawang merah je.)

*tak nak letak pemilik kebun tu sebagai saya...takut pulak jadi macam orang kafir tu...huhuhu...*

35. "Dan dia memasuki kebunnya dengan sikap merugikan dirinya sendiri (kerana angkuh dan kafir); dia berkata, 'Aku kira kebun ini tidak akan binasa selama-lamanya," 
36. "dan aku kira hari kiamat itu tidak akan datang, dan sekiranya aku dikembalikan kepada Tuhanku, pasti aku akan mendapat tempat kembali yang lebih baik daripada ini."

Oh....sudahlah bongkak, tak bersyukur...orang kafir ini lupa yang nikmat-nikmat yang dia ada adalah daripada Allah. Malah yakin pulak yang dia sedang dimuliakan Allah kerana nikmat yang dia ada lebih daripada orang lain....

Orang kafir ini tidak sedar yang dia sedang diuji oleh Allah. Dia merasakan nikmat yang dia ada itu akan kekal selama-lamanya. 

Malah berani pula dia menafikan kedatangan hari kiamat! Na'uzubillahiminzalik!

Lantas, orang yang beriman itu mengingatkan orang kafir itu kerana bukankah sudah menjadi tanggungjawab orang yang beriman untuk memberi peringatan kepada orang lain?

37."Kawannya (yang beriman) berkata kepadanya sambil bercakap-cakap dengannya, 'Apakah engkau ingkar kepada (Tuhan) yang menciptakan engkau dari tanah, kemudian dari setetes mani, lalu Dia menjadikan engkau seorang laki-laki yang sempurna?"

Dan orang yang beriman tu menambah lagi,

38."Tetapi aku (percaya bahawa), Dialah Allah, Tuhanku, dan aku tidak mempersekutukan Tuhanku dengan sesuatu pun."

Malah, orang yang beriman itu berusaha menasihati orang kafir tersebut,

39."Dan mengapa ketika engkau memasuki kebunmu tidak mengucapkan 'MasyaAllah, la quwwata illa billah' (Sungguh, atas kehendak Allah, semua ini terwujud), tidak ada kekuatan kecuali dengan (pertolongan) Allah, sekalipun engkau anggap harta dan keturunanku lebih sedikit daripadamu."
40."Maka mudah-mudahan Tuhanku, akan memberi kepadaku (kebun) yang lebih baik daripada kebunmu (ini).;

Kalau rujuk tafsir Ibn Katsir, maksud ayat 40 ini ialah orang beriman itu meminta agar Allah mengurniakan kebun yang jauh lebih baik yakni kebun di syurga. Kerana tidak ada lagi kebun yang terbaik melainkan hanya di syurga yang kekal abadi berbanding dengan kebun orang kafir yang tidak akan kekal itu.

Lalu, Allah pun mengazab orang kafir tadi kerana keingkarannya kepada Allah sepertimana yang diceritakan dalam sambungan ayat 40 tadi.

"....dan Dia mengirimkan petir dari langit ke kebunmu, sehingga (kebun itu) menjadi tanah yang licin." 
41."atau airnya menjadi surut ke dalam tanah, maka engkau tidak akan dapat menemukannya lagi." 
42."Dan harta kekayaannya dibinasakan, lalu dia membolak-balikkan kedua telapak tangannya (tanda menyesal) terhadap apa yang telah dia belanjakan untuk itu, sedang pohon anggur roboh bersama penyangganya (para-para) lalu dia berkata,'Betapa sekiranya dahulu aku tidak mempersekutukan Tuhanku dengan sesuatu apa pun'."

SubhanaAllah! Itulah balasan Allah bagi orang yang takbur dan sombong denganNya. Daripada kisah lelaki dan kebun-kebunnya ini, jelaslah kepada kita sesungguhnya segala-galanya datang daripada Allah. Kita ni tak ada apa-apa pun yang boleh kita banggakan kerana semuanya daripada Allah. 

Even orang kafir tu pun, akhirnya dia menyesal kerana barulah dia sedar betapa kerdilnya diri dia kalau nak dibandingkan dengan Sang Pencipta.

Kalau apa-apa berlaku kepada kita sekalipun, maka tiada siapa yang dapat menolong kita selain daripadaNya macam yang Allah berfirman dalam ayat seterusnya,

43. "Dan tidak ada (lagi) baginya segolongan pun yang dapat menolongnya selain Allah; dan dia pun tidak akan dapat membela dirinya." 
44. "Di sana, pertolongan itu hanya dari Allah Yang Mahabenar. Dialah (pemberi) pahala terbaik dan (pemberi) balasan terbaik."

So, pengajaran kisah kebun kita ini.....walaupun dapat banyak hasil, namun semua tu daripada Allah.

Takutlah jadi macam orang kafir tu, even saya yang baru dapat tomato seciput tu tu pun dah rasa riang ria gembira, apatah lagi kalau dapat nikmat yang lagi hebat!! (Eg: dapat duit berjuta-juta ke, ada orang bagi buah strawberry berbakul-bakul ke....etc).

Allah, jadikanlah kami semua ini hambaMu yang sentiasa tidak lupa untuk bersyukur kepadaMu.......

Allahu'alam.....


Sampai sini dulu kisah kebun saya. Nanti saya nak cerita pasal update kebun saya tahun ini dan apa pengajaran yang saya nak kongsi sama-sama lagi dengan korang semua~!

Till then, assalamualaikum a Na Shledanou!!


p/s: all the best semua orang yang sedang exam!! Mari kita berjuang bersama-sama! Moga Allah mudahkan urusan kita semua insyaAllah...=)








Comments

keyLa said…
salam,
yezzaaaa~
i'm the first commenter!

tetiba nak rasa cemburu lihat kebun ko yang manjadi tu.. hihi,,tp xde kena mngena dgn org yang cemburu dalam Aq tu ye..;)

subhanallah, Allah beri contoh dan teladan yang baik dalam Aq.. cuma kita je nak praktikkan ke tidak~

huhu..
p/s; balik rumah nanti sempat tanam jagung aku rasa..hee
Anonymous said…
slm..kak aina... hri tu terponder blk, ble kwn sy igtkn blk..
dlu mse first year, igtkn winter thn ni,akn jd sme mcm last year, salji y byk.. bleh main snow tiap2 hri..spring akn ad byk bunga2 mcm last year, ad bunga sakura y sgt2 indah..subhanallah..
but it turns out,
xsemestinya bnde tu akn jd sme..
sbb Allah perancang y terbaik.
n kte sbg manusia slalu sgt take things for granted.
when we already lose something, bru kte nk appreaciate ap y hlg tu kn?
T________T


ehh.. xde kaitan dgn post k.aina y ni pn..hehe...
gomen!

;p

p/s - nk menanam jgk la nnti..;p
fathinaina said…
keyla: nak cemburu mendenye...kat raudhah jugak tu..kiki..

btol2..baannnyyaaaakkkk sangat pengajaran dlm quran yg relate dgn hidup kita sebenarnya. =)

p/s: tanam jagung? tobattt...hehee

anonymous: manusia mmg gtu..tp sbb tu lah kita kena slalu back to Quran kan? untuk mengingatkan kita yg selalu lupa...=)
Amanina said…
kak ainaaa, bila nak start projek tahun ni?? hehe.

p/s - masa kat msia sy pernah tanam jagung. tapi jadi baby corn jeeee. tak cukup membesar agaknya haha
Fathin Aina said…
ninaaaaaa....hehhehe..tu la...biji benih dah ada...tanah je x bli lg...tggu panas skit baru bleh kemas "kebun" tu iA...heehe...nina nk tnm apa?? dah ada kebun bunga kat umah tu..hehhee

Popular Posts