Adrspach!! (Part 2)

Assalamualaikum wbt a dobry den!

Ya, kita sambung dengan cerita Adrspach saya yang seterusnya!

Kami meneruskan perjalanan sehingga tiba di suatu tempat dimana kami boleh menaiki bot.

9. Gigi Krkonos 
(Orang yang jumpa pergunungan Krkonose kat Czech Republic)
yang kat tengah-tengah tu la..ada macam bentuk gigi kan?

10. The devil's bridge (jambatan syaitan..LOL)

tak faham juga kenapa nama dia devil's bridge..tapi memang sangat subhanaAllah!! antara gambar feveret jugak.

The survivor. (saya namakan sendiri batu tak bernama ni.) 

11. Menara Eliska (Eliska ni nama queen zaman dulu-dulu kat sini. Nama sungai depan rumah saya pun sempena nama dia jugak.)

Inilah menaranya

12. Thunder stone (Batu petir). Notice ada bentuk macam cermin antik kat tengah-tengah tu? Nobody really knows why it's there.
Thunder stone ini ada kisahnya tersendiri. Menurut cerita, masa pengembara tengah mengembara di kawasan ni, tiba-tiba petir dan kilat sabung menyabung. Lalu mereka pun cuba berlindung dibawah batu ini dan akhirnya mereka terselamat.

12. Madonna

 So.........tak tahu lah refer kepada Madonna yang mana sebab daya imaginasi kami yang tak berapa hebat ni tak dapat nak bayang celah mana image Madonna kat batu ni.
Mula-mula ingatkan Madonna yang dimaksudkan tu penyanyi, kot-kot lah orang yang menamakan batu ni peminat dia. 
Tapi bila search dekat Google, rupanya Madonna tu jugak merupakan Italian term for every artwork which consist of Virgin Mary. 
So ada dua kemungkinan.....tapi dua-dua tak boleh nak teka yang mana. 

13. Kepala singa betina
Dekat tengah-tengah tu, nampak tak? kepala dia je, ni bukan singa yang banyak rambut tu, tapi singa betina. ada telinga dia, mata, hidung dan mulut dari pandangan sisi. So, nampak satu telinga je. Atas rupa singa tu ada batu besar sampai atas tu. 

14. Ikan Karp

Kami agak-agak, mungkin mulut ikan karp kot? 

Vodopad = waterfall. 

Mala panorama (small panorama)
*SubhanaAllah!*

Lepas tu, kami pergi ke tempat untuk menaiki bot mengelilingi sebuah tasik kecil. Unik sungguh cara penceritaan tentang tasik ni. Bot kami dinamakan sebagai Titanic II (sebab Titanic 1 dah karam..LOL)


Bersiar-siar di tasik.

"This is your captain speaking....(translated. Dah lupa ayat czech pakcik tu.)"
Pakcik yang lawak! Tua-tua pun masih gagah mendayung bot (besar sikit daripada sampan)

ada nama batu ni, tak ingat apa.

'Hawaii Island'

Tikus kat small island

Tangan "mangsa Titanic I" yang karam

Kalau datang ke Adrspach, naiklah bot ni. Dengan bayaran sebanyak 50 kc (student price), anda boleh menikmati perjalanan 15 minit menaiki bot mengelilingi tasik sambil dihiburkan dengan celoteh pakcik pendayung ni dan cerita perjalanan ala-ala Pirates of caribbean. 

Sepanjang perjalanan selepas turun daripada bot

Kami ni nak cari gambar batu yang ada kat botol air mineral jenama TOMA yang popular di czech ni. So, gigih lah kami mencari sampai ter'sesat' ke hiking route ni. Tinggi ok tangga ni? 

Daripada puncak bukit

Puncak bukit 2. Nampak tak tangga ke bawaaaaaahhhhhh tu? 

Celah-celah batu. Lepas batu ni, ada  hiking trail pergi ke  Teplice Nad Metuje kot. Terus sedar yang kami dah sesat.

Pokok yang berjaya hidup di celah batu. Rasanya umur pokok ni beratus tahun kot. MasyaAllah!
Kemudian, kami pun berfikir-fikir sama ada nak solat zohor di situ atau tak. Air sungai yang begitu tempting kedinginannya dan ditambah pula kami yang dah panas berpeluh-peluh. Akhirnya kami pun mengambil keputusan untuk solat di tepi sungai yang tersorok sedikit daripada pandangan orang ramai. 

SubhanaAllah! Hanya Allah saja yang tahu betapa nikmatnya dapat wuduk dengan air sungai yang dingin (kami kan dah lama tak jumpa sungai macam kat Malaysia tu..hehe) dan solat dikelilingi hutan dan alam yang tenang dan mendamaikan. ^_^

Dan perjalanan berimaginasi diteruskan kembali (dan harapan mencari batu TOMA masih tidak putus lagi! =p)

Dah turun baru nak pergi tengok Great Waterfall (Velky  Vodopad)

SubhanaAllah! unik kan? Rasanya hasil hakisan kot. 
15. Lovers 
Yang kanan tu perempuan, yang kiri tu lelaki. Ya, orang czech  memang suka benda -benda macam ni. T_T

16. Kura-kura

Yang batu leper kat puncak tu. Ada cangkerang dan kepala sekali. 

Tak ingatlah batu ni ada nama ke tak....tak jumpa pulak gambar papan tanda dia.

Dan tak berapa lama selepas itu................................


Ya, tuan-tuan dan puan-puan!! Inilah batu yang kita cari-cari selama ini! 

Imej batu warna coklat tu lah batu yang dicari-cari
Credit: Google


Batu kat atas tadi, sebelah kanan tu Mayor, yang kiri tu bini dia. 


Gambar kenangan haruslah diabadikan setelah separuh nyawa mendaki. mencari batu ini.
Credit: camera k.chenad
(berjaya juga menangkap gambar walaupun sudah puas mencari angle dan pencahayaan yang sesuai ^_^)
Lupa nak cerita, sepanjang perjalanan kami tu, kami terjumpa satu pasangan suami isteri czech yang ingin melawat pulau di Malaysia. Mereka pun puaslah bertanyakan kepada kami pulau mana yang patut dituju. Kami mencadangkan agar mereka ke Langkawi menaiki kapal terbang, tetapi pasangan ini mahu memandu kereta di atas jalan yang berlatarbelakang pantai. Hebat! Mereka sudah agak berumur, tapi masih mahu memandu beratus-ratus kilometer! Setelah puas bertukar-tukar maklumat, kami pun mengucapkan selamat tinggal dengan harapan agar perjalanan mereka berjaya.

Kemudian, kami ada juga berjumpa dengan satu pasangan yang lebih tua. Mereka bertanyakan kami dari mana. Apabila mereka tahu kami dari Malaysia, pakcik tersebut begitu excited sekali! Katanya, dia pernah berada di Malaysia, malah lebih spesifik lagi Kelantan. Kalau tak salah saya, beliau pernah berada di situ sekejap atas urusan kerja. 

Selepas itu kami pun meneruskan perjalanan dengan pasangan tersebut berada di hadapan kami. Begitu risau pakcik itu kalau-kalau kami tersesat kerana sekejap-sekejap dia menoleh ke belakang. Mungkin kerana kami ni kecil-kecil sahaja kalau nak dibandingkan dengan orang tempatan yang memang besar-besar! Kalau orang czech tanya umur kami berapa, rata-rata akan terkejut kerana mereka menyangka kami ni pelajar sekolah! 

Sepanjang perjalanan, kami memang sentiasa rasa takjub dengan reka bentuk semula jadi batu-batu tersebut ditambah dengan pemandangan yang sungguh menakjubkan! Sungguh, kuasa Allah itu memang tiada tandingannya. Tiada siapa yang mampu mencipta pemandangan sebegini hebat selain daripadaNya....SubhanaAllah!

Alhamdulillah, kerana diberi peluang untuk melihat kebesaranNya bersama dengan rakan-rakan yang tersayang juga! (Nasi lemak, kuih ketayap dan chicken fingers yang sedap!) ^_^

Kalau ada peluang, saya nak ke sana lagi insyaAllah! ^_^ (ckin, jom!) 


Assalamualaikum a Na Shledanou!


Comments

axvist said…
Aina!!! best2!!!
daku menyahut cabaranmu! jom gi!!! hehe, after me settle everything ek~ u know what i mean everything rite? *wink*

*hugs!*

-dearest Ckin^ ^~
fathinaina said…
Jom yang!! insyaAllah ada rezeki nnt kt g! (sekarang, kita ikat reben putih kat dahi macam profile pic fb me! yeah!)

~huggggggggssssss~
Anonymous said…
k.aina.. oo.. bru tthu kt botol air TOMA tu gmbr batu kt adrspach rupenye.. ;p
fathinaina said…
cik anonymous: aah...sy pun br tau time g tu..k.chenad ngan eylia yg gtau sy..hehee

p/s: aish cik anon...meh la gtau nama...x syok la misteri2...hehehee (wpun mcm tau je sape..hehehe)
Anonymous said…
k.aina..

bru best ckit misteri2 ni.
ad thrill.. hak3.. ;p

Popular Posts