Ketuklah diri sendiri

Assalamualaikum wbt a dobry den!

Sekarang ni kecoh dengan macam-macam isu kat tanah air. (Pilihan raya dah dekat ke?)

Tak tahulah nak komen macam mana. Bukan gaya saya untuk melatah tiba-tiba bila ada isu-isu panas dibangkitkan di MukaBuku (Baca: Facebook). Tapi hal-hal ini membuatkan saya berfikir lagi. dan lagi.

Kalau masa sekolah dulu-dulu, kita tulis dalam karangan kita tajuk akhlak remaja ke, remaja harapan bangsa ke, etc...mesti kita akan tulis contoh-contoh budaya hedonisme, budaya kuning yang melarat. Dan apa yang ada dalam kepala kita masa tu mesti mat rempit, anak luar nikah, clubbing, disko, konsert, etc...

Tapi bila kita dah dewasa, dah hidup sendiri, keluar daripada kepompong keluarga.

Semua itu, susah untuk kita nampak balik.

Kadang-kadang, rasa macam fikiran zaman kanak-kanak jauuuuhhhhh lebih suci.

Dan sekarang ini, orang dah tak segan silu lagi nak paparkan budaya-budaya yang tak sihat tu. Malah siap promote lagi kepada orang lain.

Dulu, kalau nak buat something yang tak elok pun sorok-sorok lagi.

Sekarang, semua nak letak dalam mukabuku.

Saya makin risau.

Bagaimana dengan diri saya? Adakah saya turut sama dalam fenomena ini?
Bagaimana dengan ahli keluarga saya? Bakal anak-anak saya?

Manusia semakin jauh dengan Allah, dengan Al-Quran

Macam mana orang nak sedar, kalaulah Al-Quran hanya dibaca pada malam jumaat? Itupun hanya surah Yasin?
Macam mana nak sedar kalaulah hanya bulan Ramadhan, semua manusia jadi "baik"? Sedangkan masa-masa lain jauh daripada Tuhan?

Bukan saya nak memerli, menempelak mahupun menyindir..

Tapi, sungguh ini tidak lain lebih kepada peringatan untuk diri sendiri yang tak ada beza dengan kamu-kamu semua.

Kerana saya juga seperti itu.

Dan masih berjuang untuk membaiki diri saya.

Sedih, kerana mereka masih tidak faham.
Sedih, kerana saya tidak cukup bersungguh lagi untuk berkongsi apa yang saya mula faham.

Umat melarat, dan musuh-musuh islam berpesta keriangan!

Sungguh, masih banyak kerja yang perlu dilakukan.....

Saudara-saudaraku, matanglah dalam pemikiranmu!

Allah....Allah...Allah....

Comments

Popular Posts