Hello!

Assalamualaikum a dobry den!

Actually cerita ni dah lama and dah lama nak letak dalam blog, tapi tak terletak-letak jugak.
So, petang-petang yang baca apa pun tak masuk dah ni, tertaip la jugak entry nih..hehe

__________________________________________________________________________________

Setelah habis kelas praktikal Internal Medicine yang begitu memenatkan, saya pun berkemas-kemas untuk pulang. Biasanya saya akan berjalan pulang bersama Hasniza dan Kak Chenad, tapi entah kenapa hari tu, lambat betul saya melipat labcoat, menyimpan stetoskop, menukar kasut segala bagai...akhirnya saya pulang seorang diri.

Keluar-keluar je daripada bangunan Vyukové Centrum (Education Center: tempat saya menyimpan beg), hoh! Panasnya Ya Allah...sinaran matahari begitu terik sekali. Mujur kaca mata yang saya pakai ni boleh berubah menjadi gelap dan menangkis sinaran-sinaran UV tersebut....hehehe

Dan saya pun meneruskan perjalanan seorang diri keluar daripada kawasan Fakultní Nemocnice (hospital). Oh bosan sungguh rasanya. Biasanya kalau saya berjalan bersendirian begini, iPod sudah sedia menemani, tapi malangnya hari tu, saya terlupa untuk meng'charge' peneman saya itu....

Sepanjang perjalanan, saya pun berangan-angan, berfikir macam-macam benda...(contohnya: nak masak apa hari ni? oh, bosan betul pemikiran saya waktu itu....) sambil mengharungi hari yang panas itu....

Sebaik sahaja saya tiba di pintu pagar kecil yang merupakan jalan pintas keluar daripada kawasan hospital ke perhentian bas Heyrovského, tiba-tiba lalu seorang budak lelaki yang saya agak umurnya dalam 10 tahun macam tu.

Dan tiba-tiba, budak itu menyapa saya, "HELLO!" 
Dengan nada yang penuh ceria dan muka yang tersenyum lebar!

Dan budak itu berkata "Hello" ye, bukan "Ahoj", "Čau", mahupun "Dobrý den".
Maksudnya, budak itu mengambil kira bahawa saya mungkin tidak memahami bahasanya. Sangat considerate bukan?

Terus hari saya yang begitu bosan dan panas itu bertukar menjadi lapang dan gembira. ^_^

Ada yang tak faham kenapa?

Recap:
1. Saya terpaksa meredah hari yang sangat panas
2. Saya berasa sungguh bosan kerana tiada teman berbual
3. Saya berasa double bosan sebab saya tak charge iPod saya
4. Saya berangan-angan benda yang membosankan.


5. Tiba-tiba saya disapa oleh budak lelaki yang comel dengan penuh keriangan!

__________________________________________________________________________________

Rasa tak apa yang saya rasa? Kalau tak rasa, cuba pergi rasa....hehehe

Daripada peristiwa itu, membuatkan saya terfikir.
Indahnya bila disapa orang. Disapa dengan ikhlas. Dengan maksud ukhwah sesama manusia. (Bukan sapa menggatal tu ye..itu annoying.)
Dan inilah antara budaya masyarakat di czech, Hradec Králové khususnya, yang amat saya gemari.

Budaya menyapa.

Di kedai, pelanggan dan penjual saling ber"dobry den".
Jiran tetangga berselisih juga saling ber"dobry den".
Pesakit dan Staff hospital juga saling ber"dobry den"
Berjumpa makcik reception fakulti dan hostel juga saling ber"dobry den"
Terserempak makcik-makcik cleaner juga ber"dobry den".

Macam budaya yang sangat islamik kan? Sedangkan majoriti penduduk Czech ni Atheis (tiada agama).

Dan saya rasa, faktor yang menyebabkan majoriti daripada kami pelajar Malaysia rasa sangat best dengan budaya ni, adalah sebab jarang-jarang dapat dirasa di tanah air sendiri.
Apatah lagi di bandar-bandar besar. Jangankan salam, senyum pun barangkali susah sekali.
Sebab tu semangat individualistik makin tinggi?

So, apa kata lepas ni kita sama-sama amalkan budaya senyum dan memberi salam selalu? (kempen untuk diri sendiri sebenarnya ni...huhuhu) ^_^

Waallahua'lam....

Assalamualaikum a Na Shle!

p/s: Indahnya kalau dobry den tu diganti dengan Assalamualaikum!

Comments

Anonymous said…
aina!! syg kamoo!!! haha, like2 entry ni! me nak share~ XD
Fathin Aina said…
ckin: syg kamu jugak!!! hehee..sila2..=D
Syazwani'Aqilah said…
Aina, so like this entry...
Jom kita budayakan salam.

Sungguh saya kagum dengan budaya sini. Sangat kena dgn kata-kata Syed Qutub bukan.
Aku melihat di negara barat ada islam walaupun tiada org islam, tapi kulihat di negara islam, islam itu tiada walau pun ada org islam.

Ketawadukan masyarat atheis ini,
Keramahan mereka,
Kesungguhan mereka.
Buat diri ini sangat-sangat malu..

Mereka mengerti islam lebih dari diri ini..

=)
zettyshafiqa said…
masyaAllah sisterrrrr~~ ^___^

super loike entry cik aina kali ni.
lepas ni kita semua kena ber-assalamualaikum lah kalau berjumpe ye~!

*mau kembali menatap robbins*
fighting kawan2!
selamat bermujahadah semua.
keyLa said…
suke jugaakkk~
kadang2 cemburu dgn dyorg sampai rasa xnak cakap dobry den tu! cemburu! sebab rasa tu sepatutnya ditukar jadi 'assalamualaikum'.~

tapi still sebut jugak.. sebab mmg xleh elak, bila org tegur kita dgn gaya and nada ceria! owh! akan ter'effect' mood serta merta~
^^

Popular Posts