dan aku masih mahu bicara ini.
Salam a dobry den
Alhamdulillah. Memang tiada kata lebih baik untuk menggambarkan perasaan tika ini.
Alhamdulillah. Kerana masih diberi peluang untuk mengecap rasa kasihNya kepada hambaNya yang serba hina ini.
Alhamdulillah. Kerana masih diberi peluang olehNya untuk mengecap rasa nikmat rahmatNya kepada hambaNya yang serba daif ini.
Alhamdulillah...
Sudah hampir 3 tahun. Dan Alhamdulillah, Allah masih membenarkan saya untuk merasai perasaan-perasaan itu. Dan hampir 3 tahun juga, saya masih tidak sepenuhnya berjaya membuang segala karat-karat silam dalam diri saya. Ya, saya masih lemah. Iman saya masih nipis. Malu rasanya mengenangkan kelemahan yang melaut dalam diri. Masih terlalu banyak yang saya perlu pelajari.
Tapi walau dengan kesilapan, kelalaian, kealpaan seluas hamparan bumi, Allah masih membenarkan saya merasai kasihNya, mengetuk pintu hati yang keras ini. Sungguh, betapa besar kasih dan rahmatNya! Tak mampu untuk saya gambarkan.
Dan mengapa masih terus ingkar kepadaNya?
Doakan saya dan kita semua juga, agar irama langkah kita tetap merdu dalam redhaNya, agar hati kita tetap teguh atas jalanNya, agar destinasi terakhir derapan kaki kita adalah syurgaNya.
Moga Allah redha atas setiap langkah kita insyaAllah..
Ya Allah, ampunilah kami dan tetapkanlah hati-hati kami atas jalan yang diredhaiMu..

"Dan demikian pula kami telah menjadikan kamu (umat Islam) 'umat pertengahan' agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia, dan agar Rasul menjadi saksi atas (perbuatan) kamu...."
(Surah Al-Baqarah 2:143)
Moga Allah redha atas setiap langkah kita insyaAllah..
Ya Allah, ampunilah kami dan tetapkanlah hati-hati kami atas jalan yang diredhaiMu..
Comments
doa sama2
ya Rabb, thabbit qulubana 'ala deenik.. amin..
Allah adalah murabbi yg terrrrrbaek..menyentuh hati setiap dari kita dgn cara yg berbeza sehingga menyebabkan sesorang itu berubah.. Allahuakbar!
[tersentuh dgn sharing2 hari tu~, terharu dgn Allah]