Ayah
Dah lama tak menulis kat sini. Last entry 2018..! Dah macam-macam jadi dalam 2 tahun ni..
Hari ni terasa sangat nak menulis pasal ayah.
Rindu sangat..tak pernah tak nangis bila duduk sorang-sorang teringat kat ayah.
Ayah pergi 15 Januari 2019. Dah setahun lebih dah.
2015
Ayah kena start dialisis buah pinggang. Buah pinggang ayah dah teruk.
Entah berapa kali ayah kena naik ambulans dari Klinik Kesihatan Bangi sebab potassium ayah tinggi. Seingat aku tahun tu memang darah tinggi dia tak terkawal sungguh. Mungkin itulah penyebab utama buah pinggang dia merosot.
Doktor Nephro bincang dengan mama dan ayah. Akhirnya ayah setuju untuk buat peritoneal dialisis.
Semua ni jadi masa aku masih dalam program housemanship di HTAR. Teringat lagi aku hantar ayah masuk OT untuk masukkan Tenckhoff catheter kat perut ayah. Pastu aku nangis sorang-sorang sebab itu lah kali pertama aku hantar family member sendiri buat operation. Padahal time tu Tenckhoff insertion je. Aku tak ingat bulan berapa operate ni, tapi rasanya hujung jugak kot sebab aku dah buat posting surgery so aku kenal la tenckhoff tu apa.
Ayah dan mama start training untuk buat peritoneal dialisis kat hospital Serdang. Lepas tu bermulalah rutin harian ayah dengan mama buat dialisis air 4 kali sehari kat rumah. Berkotak-kotak air dialisis Baxter tersusun kat tepi pintu. Mama punya terer buat dressing macam nurse hospital dah.
2016
Tahun ni ayah stabil je. Buat dialisis air pun terer. Kalau balik kampung ke, pergi singapore ke bawak la air dialisis dengan segala jenis peralatan.
Tapi tahun ni la nenek dengan wan pergi. Mula-mula nenek pergi, kemudian seminggu selepas tu wan pulak pergi. Dua-dua pergi tiba-tiba je. Dua-dua masa aku posting paediatrics. Aku drive sendiri balik melaka dari Klang time tu. Paling teruk masa wan meninggal sebab aku rapat dengan wan lagi daripada nenek. Nangis-nangis aku dari Klang sampai Melaka sambil drive. Mujur tak jadi apa-apa.
Tapi hujung tahun aku dengan adik aku Imran kahwin. Kitaorang punya majlis gabung so meriah dia tak boleh cakap dah.Family semua dapat gather ramai-ramai. Masa tu ayah seronok sangat. Memang aku tak lupa muka dia hari tu.
2017
Aku habis housemanship dan diarah bertukar ke Klinik Kesihatan Mempaga, Bentong Pahang. Masa ni tinggal sorang sebab husband kerja kat Shah Alam, then ada housemate sekejap sampai la dia pregnant. Tahun ni aku banyak belajar untuk jadi MO Klinik Kesihatan kat kawasan kampung, belajar banyak pasal public health. Memang dah rasa nak ambik FMS/public health siap la.
TAPI, tahun ni la start banyak episod ayah keluar masuk zon merah kecemasan sebab hypertension emergency atau bahasa melayunya darah tinggi mencanak-canak naik. Wad nephro tu dah biasa sangat dah kitorg datang.
Yang paling teruk masa dia macam kena minor stroke. Lepas tu develop hypertensive encephalopathy pulak. 2 kali buat CT brain sebab GCS tak full. Meracau-racau, marah-marah kat ED tu. Imran mesej subuh-subuh bagitau ayah macam tak sedarkan diri, memecut aku sorang-sorang dari Mempaga sampai hospital Serdang pagi tu jugak.
Sampai ED, ayah tak kenal aku, restless gila. Sibuk dia nak cabut IVI GTN tu. Meleleh air mata aku bila HO ED tu nak terangkan condition ayah. Aku yang tak pernah tukarkan pampers ayah pun belajar tukarkan sebab masa tu seharian la kat ED tu. Sedih sangat masa tu sebab tengok ayah lain sangat. Selalu tengok je kat hospital masa HO so tak heran pun. Tapi bila ayah kau kena benda sama, baru faham perasaan dia weh.
Esok tu dia dah sedar, tak ingat pun drama dia buat kat ED tu. Tapi lepas tu aku perasan dia cepat moody.
Then afterwards, ubat dia memang kena adjust banyak kali. Ayah punya darah tinggi macam tak berapa control kadang-kadang. Seingat aku sampai 5 jenis la antihypertensive dia.
2018
Kaki ayah asyik bengkak je. Start bulan Februari satu jari kaki dia dah start tukar ada ulcer. Tak sembuh-sembuh walaupun dressing hari-hari. Berapa kali ambik antibiotik tah.
And darah tinggi ayah pun makin kerap tak stabil. So Nephro suruh ayah naikkan dialisis air dia jadi 5 kali, tukar solution air jadi pekat sikit so ayah boleh extract air lagi banyak keluar.
Tahun ni Iqbal kahwin dan aku beranakkan Umar. Kenduri yang asalnya rancang buat kat dewan jadi kat rumah je sebab ayah tak sihat.
Lama la jugak kaki dia macam tu. Makin lama makin merebak sampai la start nak hitam .Jumpa doctor kat orthopedic Hospital Serdang, doktor suruh ayah potong jari kaki dia. Of course la ayah tak nak. Rasa ralat sangat hilang kaki dia. So doctor suruh dressing je sampai jari yang gangrene tu gugur sendiri.
Aku sendiri serba salah nak cakap dengan ayah, nanti kecik hati. Masa ni ayah sensitif sangat. Cepat terasa je. Tu la benda yang aku masih ada rasa menyesal sampai sekarang. Ingat senang ke nak cakap dengan family kau sendiri? Dengan patient bukan main pung pang. Tengah tulis ni pun terasa nak meleleh air mata aku. Entahlah..
Tapi makin lama gangrene tu makin merebak, akhirnya doktor suruh ayah potong sampai atas lutut. Ayah akhirnya mengalah tapi mintak sampai bawah lutut je. So operation potong kaki sebelah kiri sampai bawah lutut. Aku EL hari operation ayah walaupun masa tu bos aku tak supportive. Teringat lagi ayah kata kat aku dia sedih sangat tengok kaki dia tak ada.
Tak lama lepas tu, tiba-tiba kaki kanan yang tak pernah hitam tiba bertukar jadi hitam dengan cepat. Aku rasa masa ni setiap minggu ayah ada appoinment dengan klinik Ortopedik tu. Tahun ni jugak lah maklang dengan pakndak pergi meninggalkan kami semua. Ayah memang bertambah sedih bila kakak dengan abang dia pergi. Semua pergi tiba-tiba.
Bila kaki kanan tiba-tiba hitam, bawak pergi hospital cek doppler semua. Memang peripheral vascular disease. Kalau PVD ni, effect dia memang lagi cepat berbanding dengan Diabetic foot ulcer (DFU).
So, kali kena ayah kena potong kaki kanan dia dengan vascular team.
Untuk operation kedua ni, ayah memang down sangat. 2 kali operate kaki kanan dia. Dengan emosi dia tak stabil, marah-marah dalam wad. Kuat sangat mama masa ni, kena marah dengan ayah pun dia sabar je. Ayah masuk ICU post op pun untuk beberapa hari jugak sebab tak dapat wean off oxygen. Dekat ICU pun ayah dah banyak kali cakap sedih-sedih.
Waktu ni, memang hari-hari ktorg pergi hospital. Balik kerja pukul 5, aku terus mandi dekat bilik oncall, husband ambik umar kat taska pastu ktorg memecut pergi hospital serdang. Selalu la aku pakai nametag hospital tu sebab selalu sampai dah nak habis waktu melawat, then bagi mama solat maghrib dulu baru ktorg balik shah alam balik. Kalau weekend aku tak oncall, memang kami berkampung je dekat hospital tu.
Hari ahad rasanya 2-3minggu sebelum ayah pergi, ayah nampak macam tak responsive. Dah kena masuk iso room tapi petang tu macam tak berapa sedar sangat. Rasanya GCS dah tak full. Malam tu jugak pakar decide nak intubate terus. Itu lah kali terakhir ayah bercakap dengan kami.
Lepas few days intubate, gcs ayah memang tak recover. Dah off sedation semua tapi still unresponsive. BP supporteds dengan inotropes, memang langsung tak boleh wean off. So akhirnya pakar datang bincang dengan mama untuk NAR (non active resusciation). Masa ni semua redha dah. Saudara mara dan kawan-kawan ayah mama dari awal datang tak henti ziarah ayah. Tak pernah ada satu hari pun katil ayah tak ada pelawat. Ramai betul orang sayang kat ayah.
Masa ni, memang hampir tiap-tiap hari aku menangis dalam kereta sorang-sorang. Rasa useless gila. Nama je doktor tapi aku macam tak reti buat apa-apa dah untuk ayah. Lepas tu dah la kerja wad medical kan, so kalau patient collapse, memang jiwa aku kacau sungguh. Pernah sekali tu, patient collapse tengah round, aku kena CPR patient. Pastu aku tak boleh teruskan, so HO sambung. Terus specialist aku nampak and ajak aku keluar dari situ. Masa ni memang Allah hantarkan kat aku orang baik-baik je. Specialist aku tahu yang ayah on ventilator so dia bawak aku round patient lain dengan dia.
Sejak ayah kena intubate, memang orang datang tak putus-putus bacakan yasin, doakan dia.
15 Januari 2019
Bangun subuh pagi tu, hati aku rasa berat sangat. Tiba-tiba rasa nak EL. Tak pernah-pernah nak EL tiba-tiba gini. Mesej bos pastu aku terus siap-siap pergi hospital. Umar, husband aku hantarkan ke taska. Bos pulak tak banyak tanya kali ni.
Aku sampai hospital pagi tu, tengok BP ayah pun dah makin drop. Inotrope pun tak naik dah.
Call semua adik-adik aku suruh datang. Lepas azan zuhur, BP ayah pun makin drop dan drop, heart rate pun dah makin brady sampailah BP dengan heart rate ayah unrecordable. Panggil nurse, attach cardiac monitor, ayah asystole.
Pecah air mata aku kat situ jugak dengan bunyi cardiac monitor tu. Kalau nak ikutkan cardiac monitor tu makanan ruji aku dari zaman houseman sampai lah jadi MO medical. Ayah pergi juga tinggalkan kami semua.
Alhamdulillah urusan mandi jenazah, pengebumian ayah senang sangat. Masa kami mandikan ayah, tenang sangat wajah dia. Solat jenazah pun penuh surau sampai ke belakang-belakang. Banyak budi dan amal ayah.
Al-fatihah Mohamad Kamil Bin Alias |
Seminggu lepas ayah pergi, aku memang trauma dengan bunyi cardiac monitor. Dah la aku tengah rotation ED medical. Memanjang ke kat redzone tu. Kalau diorg CPR patient, aku mesti dah bergenang-genang mata duduk kat kaunter sambil menulis kat BHT tu.
Mohon semua doakan ayah saya supaya tenang, dilapangkan kuburnya, diampunkan dosanya, dijauhkan azab siksa kubur dan api neraka dan semoga kita semua mendapat khusnul khatimah.
Rehatlah ayah, semoga Allah kurniakan rehat yang paling baik untuk ayah di sana
Comments
Alfatihah