Hati kering?
Satu hari di zon merah jabatan kecemasan.
Aku lihat MO dan registrar sudah siap-siap menyarung apron. Ada kes trauma nak masuk ke?
"Bos, ada kes ke?"
"Stand by weh, ada baby 8 bulan tengah ongoing CPR dari K****"
Allah...
Sepanjang karier aku sebagai seorang pegawai perubatan, tak pernah lagi sampai ke tahap aku perlu CPR bayi. Paling-paling teruk aku di paeds dulu, resus bayi yang lahir tak bergerak pun hanya sampai PPV (positive pressure ventilation) 2 kali saja dan selepas itu bayi menangis dengan kuatnya.
Lantas aku pun mencapai apron dan menyediakan branula-branula paeds untuk si kecil yang akan tiba itu.
Staff nurse dan registrar sibuk menyediakan peralatan untuk intubate.
"Kraaakkk!" Bunyi pintu zon merah ditolak kuat, Dah sampai, getus hatiku.
Dan memang benar, kelihatan paramedik sedang gigih membuat chest compression ke atas seorang bayi yang terbujur kaku di atas troli.
Tanpa membuang masa, semua bergerak pantas.
Adik kecil itu dipindahkan ke atas katil.
Line mula diset. Dah berapa lama adik ni tak bernafas agaknya. Collapse semua urat-urat.
Registrar cuba memasukkan tiub bantuan pernafasan. Gagal, pakar mengambil alih.
"Tukar blade." Arah doktor pakar.
Blade laryngoscope bertukar tangan. Tiub pernafasan cuba dimasukkan.
Alhamdulillah berjaya.
Ambu bag segera bekerja memasukkan segala oxygen untuk adik ini.
Line berjaya dipasang di kaki.
"Ok, line dah ada"
"Adrenaline 1 in"
Doktor paediatrik sudah sampai.
Kerja-kerja resus diteruskan.
CPR berganti-ganti kerana keletihan.
Sudah berapa ampule adrenaline sudah masuk.
Aku turut sama dengan MO untuk mengambil jalan cerita daripada sang ibu.
Si ibu sudah teresak-esak bercerita sampai terduduk.
Mata dah bergenang, ok tak apa, aku pergi semula kepada bayi tersebut untuk menggantikan rakanku yang sudah keletihan membuat chest compresion.
CPR sudah hampir sejam. Tiada tanda-tanda adik akan kembali.
Doktor pakar pediatrik sudah memberikan isyarat.
Aku menghentikan chest compression.
Ambu bag dicabut.
Anak syurga ini dibersihkan agar bersih kemas untuk ditunjukkan kepada ibubapanya.
Aku?
Cepat-cepat keluar dan pergi melihat pesakit lain.
Padahal mata dah bergenang-genang.
***
Aku selalu ada "soft spot" bila deal dengan pesakit-pesakit yang suci ni.
Aku memang minat bila menjaga wad kanak-kanak yang ada long term disease, penyakit-penyakit genetik.
Tapi.....aku rasa hati aku tak kuat langsung kalau nak deal dengan situasi hidup mati anak-anak kecil ni. Air mata rasa macam paip air je.
Kalau deal dengan orang dewasa, kuat je rasa.
Budak? Sorry...I don't think I can.
Walaupun aku bukanlah kids friendly sangat.
Even sebenarnya bila nak break the news to the family, is one of my biggest weakness. Sebab aku rasa aku akan nangis sama-sama dengan relatives.
Eventhough masa tengah resus, hati kering jugak.
Terpaksa kering, professional. So that otak boleh rational berfikir apa nak buat seterusnya,
Tapi,
Itulah yang buat aku takut.
2 tahun melayan kerenah manusia yang pelbagai
Yang menjengkelkan
Yang merasakan diri mereka raja
Yang merasakan mereka atas segalanya
Yang mementingkan diri
Yang tak merasakan yang orang lain juga manusia.
Semua tu buat hati jadi kering.
Terpaksa kering
Demi menghadapi hari-hari seterusnya
Demi melangkah kaki masuk ke rumah sakit itu sambil menyarung kot putih
Demi menghabiskan 4 bulan posting setiap kali di jabatan baru (kalau bernasib baik tak kena extend)
Tapi Allah tu Maha Pengasih, Maha penyayang
Allah hantarkan kisah-kisah hidup macam adik tadi
Untuk ketuk hati aku
Semoga tak keras macam batu
Alhamdulillah Allah hantarkan insan-insan yang sentiasa mengingatkan aku.
Yang orang lain juga manusia
Tatkala aku juga bermain dengan emosi
Sehingga aku juga lupa yang orang lain juga ada jiwa dan perasaan.
Allah,
jagalah dan peliharalah hati-hati kami
Supaya iman dan taqwa mengalir dalam akhlak dan kata-kata kami
Comments