Rindu

2000

"Fathin, ambikkan wan bawang tu haaa"

"Fathin, kau kacau gulai ni, kaup jangan bagi pocah minyak eh"

"Fathin, kau poie ambik barang dokek rumah darek tu ha"

"Fathin, tolong wan tuliskan resepi cik timah kau ni" (wan pandai baca jawi je)

********

2009

"Ni wan dah siapkan rempah kau nak bawak balik sano nanti. Kau tau tak cano nak buek rendang tu? Kang wan ajar kau"

"Wan nak buek sambal petai ni ha, kau kopek petai ni"


********

2012

"Kau dah ado boiperen ko?"

"Wannnnnn! Mana adaaaaaa"

"Apo lak pulak? Kau tak ado ko?"

"Tak ada laaaaa"

"Ha, elok la..habihkan belajar tu dulu."


********

2014

"Fathin, kau bilo laie nak balik sano?

"Dah habis belajarlah wan..."

"Oooo...iyo ko? lepaih tu ko kojo mano?

"Tak tahu lagi..tengah tunggu jawapan"

"Mintak la kek tampin tu haaa, dokek sikit dengan wan."

"Tampin mano ado doktor pelatih la wan..,."

"Habih tu, mintak la Hospital Melaka"

"Errr....hehe...jauhlah dengan mama wan..." Balasku sambil tersengih-sengih.


************

2015

"Kau bilo nak balik sano laie?"

"Wan, Fathin dah kerja la.."

"Laaa, iyo ko? Wan tak ingat. Ko kojo kek mano?

"Kat Klang wan"

"Apo lak pulak kek klang? Napo nak mintak melaka?"

"Dah diorg hantar sana..mano boleh pepilih wan"


***********

2016

Bangun subuh.

18 missed call from Ayah
10 missed call from Imran

Eh, banyaknya missed call. Tak dengar langsung. Penat sangat malam tadi sampai tertidur tak dengar apa.

Hati tak sedap. Banyak sangat missed call. Pukul 12 malam pulak tu. Berdebar dah rasa hati.

Lantas terus didail nombor ayah. Ayah tak angkat

Makin berdebar, aku terus call Imran adikku

"Assalamualaikum, ha...abang kenapa call? Sorry kakak tertidur..."

"Kak, wan dah tak ada malam tadi lepas kenduri tahlil nenek"

Terus aku capai tuala. Mandi selaju mungkin.

Jam menunjukkan 7 pagi. Masih aku ingat waktu itu.
Enjin kereta terus mengaum.
Entah berapa kelajuan aku pandu.
Pipi dah basah, air mata macam air paip.
Sedar-sedar dari Klang, aku dah sampai Brisu.

Tak peduli siapa-siapa,
Aku terus masuk.
Nampak raut wajah tua itu.
Sejuk, kaku, terbujur di ruang tamu.

Mama dan ayah duduk sebelah jasad wan
Tak ada kata-kata, terus ayah dan mama memelukku.
Terus pecah suaraku.
Tak peduli lagi, aku meratap-ratap di situ.
2,3 hari mata aku sembap.

********

2017

Aku datang ziarah kubur wan buat pertama kali setelah wan pergi.
Kali ini datang membawa suami.
Beriya aku mengajak suami ke kubur.
Terasa macam nak kenalkan kat wan.

Wan, fathin dah kahwin.
Minta maaf lambat cari jodoh, wan tak sempat nak tengok fathin kahwin.


Wan, moga wan bahagia kat sana.
Moga Allah temukan kita kat syurga nanti insyaAllah.
Moga Allah rahmati insan yang banyak berjasa, banyak mengajarkan aku erti hidup ini



Comments

Popular posts