Dan nikmat Tuhanmu yang manakah engkau dustakan?
Setelah semalaman berhempas pulas di Jabatan Kecemasan, aku berdiri di samping jururawat-jururawat yang sedang hendak memulakan sesi "passover" sesama mereka sementara menunggu shif malamku tamat.
"Doktor."
Aku menoleh. Seorang jururawat menegurku.
"Meh, saya suapkan kat doktor. Teruk sangat dah muka tu."
Disuakan sebiji gula-gula mentos perisa anggur ke mulutku.
Tersengih-sengih aku dibuatnya. Memang perut sudah menjerit-jerit minta diisi. Muka memang serabut, tudung sudah senget-senget. "Muka orang post night" kami gelarkan.
"Terima kasih kak." balasku sambil tersenyum-senyum mengunyah gula-gula mentos tersebut.
********
Kisah hari ni simple, tapi entah kenapa sangat mengetuk hati dan perasaan.
Membuatkan aku memikirkan kembali episod-episod kisah simple seperti ini sehinggalah kepada episod-episod besar yang pernah berlaku dalam hidupku
***
"Doktor pergi buka puasa dulu, nanti baby dah nak out saya panggil doktor," ujar seorang staff nurse semasa aku sedang standby untuk resus bayi yang akan dilahirkan secara Caesarean section
"Adik, pergi solat je dulu. Tak apa biar saya buat dulu review ni." gesa seorang MO ketika aku sedang resah gelisah nak mengejar solat maghrib.
"Doktor, dah makan ke belum? Dari semalam saya tengok doktor ke hulu ke hilir," tegur seorang pesakit yang barangkali bosan sudah melihat aku ke sana ke sini.
"Doktor, pergi je beli makanankejap dulu. Tak apa patient ni saya tengokkan dulu sementara tunggu queue nak CT ni," kata seorang radiographer yang mungkin merasakan muka aku kelihatan terlalu lapar dan letih sewaktu menghantar patient ke CT scan.
***
Terasa bertakung mata aku tatkala aku dalam perjalanan pulang ke rumah pagi tadi apabila aku terkenang kembali dialog-dialog yang mudah tapi sangat menusuk perasaan.
Baru semalam aku mengadu dengan suami akan letihnya kerjaku, stressnya melayan karenah pesakit yang bermacam ragam.
Kalau sesiapa yang mengikuti blog ni dari mula, mungkin akan perasan aku suka menulis tentang kisah-kisah seperti ini.
Tapi di penghujung setiap cerita, pasti Allah akan tunjukkan hikmah. Terasa kerdilnya diri bila mengenang masalah-masalah dalam hidup bila dibandingkan dengan rahmat yang Allah tunjukkan.
Allah sentiasa menguji kita, tapi Allah tidak pernah melupakan hambaNya.
Kalau dibanding ujian yang Allah beri dengan nikmat-nikmat yang Dia dah hamparkan untuk kita...SubhanaAllah.
Tak tahu mana nak sorok muka.
Allahu...
Doakan saya dan kita semua sentiasa ikhlas dalam menjalankan tugas
Doakan saya dan kita semua menjadi hambaNya yang sentiasa bersyukur dan tidak kufur nikmat.
p/s: bak kata Aini, hikmahnya tercampak ke HTAR bila dulu berguling-guling frust tak nak ke Klang, terjumpalah jodoh masing-masing time HO ni ^_^
pp/s: Ya, saya dah kahwin dengan seorang suami yang tak ada lagi yang lebih baik dari ini yang boleh saya minta.. Alhamdulillah.... =) Doakan bait yang dibina sentiasa dalam rahmat dan redhaNya hingga ke syurga.
ppp/s: terima kasih yang tak terhingga kepada semua ahli keluarga dan keluarga mertua...semoga Allah membalas kebaikan kalian dengan balasan berlipat kali ganda..ameennnnnn =)
AdamFathin =) |
Comments
http://www.fatindays.com