Tawakal

Assalamualaikum a dobry den


Aidil Adha kini kembali :)

Selalu kita dengar kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail

Sempena dengan peristiwa-peristiwa akan datang,
ada satu refleksi untuk diri sendiri
yang ingin dikongsi dengan sahabat-sahabat yang aku sangat kasihi.


Tawakal bukan sekadar kata-kata.
Tapi sesuatu yang perlu dirasa
Tak terungkai dengan bicara semata.

Dulu erti tawakal pertama aku semasa zaman exam yang menggila.
Waktu itu mula berkenalan dengan Tuhan
Mula berjinak-jinak dengan Al-Quran
Tarikanku kepadaNya melalui percubaan tawakal aku

Kalau di czech dulu, siapa yang tak tahu kisah exam-examku?
Sejak tahun pertama sehinggalah tahun akhir.
Tak semudah, tak selancar kebiasaan.

Aku belajar makna tawakal sejak episod-episod kecundangku di tahun satu.
Derai air mata setiap kali gagal ujian.
Malu tak usah dikata
Siapa tahu,
Allah sedang menarik aku untuk merasakan cintaNya


Dan Allah ketuk pintu aku melalui kegagalan-kegagalan aku.
Sejauh mana aku usaha
Itu bukan penentu
Tapi sejauh mana aku mengharap kepadaNya


Aku belajar dan terus belajar

Sungguh hingga ke hari ini aku masih belajar
Erti tawakal dalam setiap perkara
Dari sekecil-kecil benda sehingga perkara-perkara besar dalam hidupku.


Akhawati fillah,

Kita dikatakan bertawakal apabila kita benar-benar menyerahkan segalanya kepada Yang Satu
Apabila kita telah berusaha sehabisnya
Dengan ingatan usaha kita pun Dia yang mengizinkan
Dengan keyakinan bahawa Dia tidak akan mensia-siakan hambaNya

Lalu, sejauh mana kita berserah kepadaNya?
Meletakkan sepenuhnya, menyerahkan segalanya kepada Dia sahaja
Itu bukanlah sesuatu yang mudah
Sesuatu yang sukar dicapai jika hati tidak benar-benar yakin kepadaNya
Sesuatu yang sukar jika hati terasa jauh denganNya

Tanyalah hati,
Ragu akan menjengah
Gusar tetap akan mencuit

Sebagaimana Nabi Ibrahim dan Ismail bertawakal sebulat-bulatnya dalam menurut perintah Ilahi
Diserahkan leher anaknya
Demi kasihnya pada Yang Esa

Nah, Allah buktikan kebesaran dan kemuliaanNya
Dihadiahkan seekor kibasy
Pengganti tempat leher Ismail yang sedang menjadi taruhan

Sebagaimana Nabi Ibrahim dengan hati yang berat meninggalkan anak isteri di padang pasir
Demi menurut perintah Ilahi
Dengan hati yang yakin bahawa Tuhan akan menjaga kedua permata hatinya

Sebagaimana Siti Hajar berserah kepada Tuhannya
Doa tanpa henti
Lari berulang alik antara dua bukit
Lantas Allah hadiahkan telaga zam-zam yang tidak pernah kering dengan hanya hentakan kaki seorang bayi.

Kalau difikirkan
manusia marhaen seperti ku
Pasti tidak sampai ke tahap itu kita mahu berserah
Iman kita belum cukup tinggi untuk merasa penyerahan diri secara total begitu.

Untuk merasakan diri ini seorang hamba
seorang pendosa
Untuk menyerahkan diri sepenuhnya kepada sang Pencipta.
Membuang segala keegoaan dalam diri


Lantas dekatkanlah diri
Berkenalanlah dengan Sang Pencipta
Berbuallah dengan Al-Khaliq
Mengadulah dengan Yang Maha Esa

Di situlah,
keyakinan kita kepadaNya datang.
Dengan janji bahawa  Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang
Dengan janji bahawa Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka mengubah keadaan mereka.
Dengan janji bahawa Allah yang lebih mengetahui apa yang terbaik bagi kita.


Luruskan niat,
Bulatkan hati untukNya
Ikhlas jiwa di jalanNya

Dengan lafaz Bismillah
Bulatkan tekad,
Buka langkah
dan terus ke hadapan!

Jika itu yang terbaik,
InsyaAllah, Allah akan mudahkan jalan.



Moga Allah permudahkan semuanya untuk kamu minggu depan semua ukhti-ukhti kesayanganku :)


Salam Aidil Adha!

Klang, Selangor

12092016

Comments

Hanis Amanina said…
love it when you wrote, 'apabila kita telah berusaha sehabisnya'. Sometimes, I think I took things for granted to ask help from Him, with confident that He will say yes with my prayers anyway. Padahal, kadang2 saya usaha pun mungkin tak capai yg sepatutnya. T_T

thanks kak aina for the sharing. :)

Love
Fathin Aina said…
moga Allah mudahkan urusan exam2 awk nina..bittaufiq wannajah! semua org ada episod tawakal yg bermacam..maybe cara Allah nak kita ingat dkt Dia..special for each individual :)

thanks for your sharing jugak nina
Siti Sharini said…
nice writing.. in sha Allah.. in sha Allah kita semua masih belajar kan..
Fathin Aina said…
cik siti: yup2...inshaAllah moga Allah redha dgn kita :)
Fatin said…
Good advise.. Hidup ni memang sentiasa learning all the way throughout our life :D
Anonymous said…
Baccarat and How to Play - William Wheaton
There are four different febcasino versions 바카라 사이트 of Baccarat, two variants: the traditional three-card and the traditional three-card variant. 제왕카지노 All are played on

Popular Posts