Anak syurga
Termination of pregnancy (TOP)
atau bahasa melayunya, menamatkan kandungan.
atau dalam bahasa mudahnya, bayi terpaksa dilahirkan kerana tiada harapan untuk hidup.
Apalah perasaan ibu yang melahirkan anak yang tiada harapan seperti ini?
Dikandung sampai 7 ke 8 bulan. Malah ada yang sampai 9 bulan.
Tiba-tiba scan kata bayi tak boleh hidup.
Lagi sedih bila bayi dah disahkan mati dalam perut.
Pertama kali semasa aku di O&G,
pernah sekali aku deliver bayi IUD (intrauterine death).
Sudah cukup bulan
Kembar pula tu. Dua-dua tak survive.
Lembut saja aku menyuruh ibu teran
Tak seperti kalau ibu-ibu lain, naik semua suara.
Bayi pertama lahir.
Kaku, biru.
Allah..hampir menitis air mata..
Aku tahan juga, supaya ibu yang masih tenang tidak emosi.
Aku beritahu ibu jantina anaknya.
Teragak-agak aku bertanya,
"Ibu nak tengok anak sekarang, atau nak tunggu adiknya keluar?"
"Tunggu dua-dua keluarlah doktor", lembut jawab si ibu.
Aku mengangguk.
Tak lama kemudian, kepala bayi yang kedua pun keluar.
Kecil sedikit berbanding abangnya tadi.
Kaku juga.
Aku beritahu ibu.
Sang ibu masih tenang.
Kami diam.
Menunggu giliran uri keluar.
Lantas aku tanya si ibu,
"Ibu nak tengok sekarang?"
Sang ibu mengangguk lemah.
Lantas aku pun dukung si abang dan staff nurse dukung si adik.
Ditunjukkan kedua-duanya kepada ibunya.
Menangis si ibu,
dicium si abang,
dikucup si adik.
Macam nak tumpah air mata aku.
Aku tahan juga
"Abang dengan adik tunggu ibu kat syurga ye?"
Kemudian aku uruskan uri cepat-cepat.
Mujur tiada koyak.
Cepat-cepat aku bersihkan dan keluar.
Sempat juga ibu tu berkata kepada aku sebelum aku meninggalkannya,
"Terima kasih doktor".
Kisah IUD pertama aku.
Sekarang di paeds, dalam 2 minggu ni saja dah 3 kes TOP.
Bayi keluar dengan nadi yang sangat perlahan
Menunggu mati.
Ibu-ibu anak syurga,
Moga Allah balas kesabaran kalian dengan pahala berganda-ganda.

Comments