La Taghdab =)

Selak-selak nota, tiba-tiba jumpa hadith ni,
"Dari Abu Hurairah R.A, Sesungguhnya seseorang bertanya kepada Rasulullah SAW:  
'Ya Rasulullah, nasihatilah aku.'
Baginda bersabda, 'Jangan engkau marah'. (La taghdab)
Dia menanyakan hal itu berkali-kali. Maka beliau bersabda: 'Janganlah engkau marah'.
(Hadith Riwayat Muslim)

Kenapa Nabi menasihatkan sahabat ini untuk jangan marah?

Kerana marah itu daripada syaitan. Maka apa saja yang dibuat ketika marah, hasilnya daripada syaitan.

Kerana marah, manusia sanggup berbunuhan
Kerana marah, anak meninggalkan bapa
Kerana marah, sahabat menjadi seteru
Kerana marah, suami menjadi dayus
Kerana marah, isteri menjadi nusyuz
Kerana marah, umat mengikut nafsu
Kerana marah, apa saja boleh berlaku!

Jadi, apakah kita tidak boleh marah?
Mustahil.

Kerana marah itu sifat manusiawi. Fitrah manusia.
Semua orang pernah merasa marah
Hatta, anak kecil juga tahu marah
Mereka yang tidak marah itu tidak normal

Apatah lagi perempuan.
Hormon banyak, dan lagi tak stabil kadang-kadang suka mempengaruhi jiwa kita.

Jadi apakah kita harus menyimpan marah?
Ia mungkin akan menjadi dendam
Kerana api yang di simpan menjadi bara
Menunggu saja waktu untuk menyala kembali

Jadi?

Jadi, hilangkanlah marah itu apabila dia muncul.
Jangan buat apa-apa tindakan ketika dada sedang berombak
Jangan berkata-kata ketika tangan menggigil

Ikutlah nasihat Nabi,

"Sesungguhnya marah itu dari syaitan. Syaitan itu dijadikan daripada api,apabila kamu marah, maka hendaklah dia mengambil wuduk."(HR Abu Daud) 

Sabda Baginda: "Apabila seseorang kamu marah, sedang dia berdiri, maka duduklah, jika marahnya berhenti (maka baiklah) jika belum, maka hendaklah dia berbaring." (HR Abu Daud)

Cakap memang senang.
Nak buat memang susah.

Tapi, yang susah itulah Allah balas dengan setinggi-tinggi balasan :)


"Dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi roang-orang bertaqwa."
Iaitu orang yang berinfak, baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah) Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik.
dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri, (segera) mengingat Allah, lalu memohon ampunan atas dosa-dosanya, dan siapa (lagi) yang dapat mengampuni dosa-dosa selain Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan dosa itu sedang mereka mengetahui. 
Balasan bagi mereka adalah ampunan Tuhan mereka dan syurga-syurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Dan (itulah) sebaik-baik pahala bagi orang yang beramal."
(Surah Ali Imran 3:133-136)

Marilah kita sama-sama belajar untuk mengawal marah kita. Kadang-kadang berlawan ketika marah tidak mendatangkan apa melainkan musibah semata. dan kadang-kadang bila difikir kembali, sebab amarah kita itu sebenarnya tidak berbaloi untuk menjadikan hidup kita porak peranda.

Semoga menjadi peringatan besar buat saya terutamanya, dan kita semua insyaAllah =)

Astaghfirullah....

Allahu'alam

Comments

Popular Posts