What did I do when I'm not going back home this summer?

(Tajuk tak boleh blah. abaikan)

Assalamualaikum a dobry den!

Disebabkan tak balik tahun ni, saja je nak share pengalaman, sebab first time betul-betul tak balik..hehe

Alhamdulillah this year I managed get most of my exams finished (even slightly delayed.) except for Surgery which I've planned to do it at the end of August insyaAllah. (Pray for me so that all of my friends and I can enter final year this Sept, ok? :) )

After a period of non-stop finals in June and July. Finally I get to get away from those books and notes for a while until now which I need to get back to my surgeryyyyy. So during those "free time", here are the things that I've done:

1. Re-visit Adršpach

Yes, I visited again Adršpach (a - der - shpakh). Haha.. But this time with Ckin! Kira macam date ke sebab 2 orang je? lol :P 

But it was a unique experience though. Mula-mula nak beli tiket train, biasanya dia akan bagi tiket dari train asal sampai destination. But tak tahu lah kalau our route was complicated ke apa, makcik kaunter tu terus offer one day ticket utk route area Trutnov, Hradec Kralove dan kawasan sekitar. Sepanjang 5 tahun kat sini, baru tahu ada tiket tu. (Mungkin baru kot?)

Then, turun-turun je train kat Trutnov Stred Stanice, ada makcik train dah siap sedia menunggu. Rupanya masa hari tu lah tiba-tiba train dari Trutnov střed - Adršpach tak ada. Makcik tu kata kena naik bas sampai satu stop ni and naik train kat situ sampai Adrspach. And bas tu dah disediakan oleh Česke Drahy (nama company national czech train, kira macam Kereta api Tanah Melayu Berhad la). So, menunggulah kami bersama sekumpulan budak-budak sekolah dan seorang atuk bersama cucu perempuannya. Kami suspect mereka ni pun nak ke Adrspach juga. Maklumlah waktu tu cuti sekolah baru bermula kat Czech Republic ni.

And Adrspach is always being the adrspach that I love. =)

SubhanaAllah! This spot has always been my favourte at Adrspach. =)

Kalau dulu, when I visited here with Lia, Fizah and K.Chenad, agak sunyilah juga kawasan ni. Tapi kali ni, penuh dengan pelancong dari Poland, few groups of students, ada big group of kids which kami rasa dari summer camp mana-mana kot sebab ada cikgu-cikgu. Tak kurang juga atuk/nenek atau kedua-duanya dengan budak-budak which most probably cucu diorang la kan. Termasuklah atuk yang tunggu bas dengan kami tadi.

Bercakap pasal atuk/nenek ni, one thing that we've learned on that day was how these kids utilize their summer break. Atuk nenek diorang bawak pergi tengok nature, hiking. Masa naik train ke Adrspach tu, nampak ramai juga budak-budak kecil tengah main berlari-lari kat kawasan rumah tu. (Oh, kawasan rumah along the way to Adrspach ni kawasan kampung-kampung). 

Teringat zaman saya dulu-dulu, masa cuti sekolah mama dengan ayah hantar kami duduk kampung dengan wan/nenek. Lepas tu, wan bawak pergi jalan-jalan bandar Melaka takpun pergi Tampin or Alor Gajah. Masa tu, wan masih gagah lagilah mengangkut kitorang 3 beradik (Irsyad tak ikut la sebab dia kecik lagi) naik bas ting tong pergi Tampin tu. Sekarang ni wan dah tak sihat sangat, cucu dialah yang kena bawak dia pergi jalan. 

Tapi kalau zaman sekarang, tak ada siapa kat kampung yang kuat lagi. Semua dah tua, nak jaga cucu cicit pun tak larat dah. Mak ayah generasi mak ayah saya pula majoriti duduk bandar, so budak-budak dalam family saya pun tak akan nak dihantar ke kampung. last-last cuti sekolah duduk rumah main game. Nak jalan-jalan mak ayah kerja. Hmm....lain betul zaman dulu dan sekarang.

Ok, back to Adrspach story. 

Oh, stamina atuk nenek tadi tu memang...masyaAllah! kami ni macam main lumba-lumba pulak dengan atok tadi. kejap kami depan, kejap dia kat depan. Tengok dia steady aje, kami dah semput-semput. hehe. Moral of the story, sila-silalah bersenam. Besok-besok nak kerja, lemau je.

And I've found another favourite spot,

tak tahu lah sebab langit tu ke, or sebab rumput tinggi tu, or sebab background batu-batu ke, tapi tetap SubhanaAllah! (sorry angle camera tak berapa cun, cameraman amatur aje..hehe =)
Lepas ni insyaAllah aim nak pergi Cesky Krumlov dengan Lednice....cepatlah habis surgery...amin2!

2. B02 Graduation Day

Alhamdulillah tahun ni dapat attend our seniors punya graduation day. Some of kakak-kakakku sayang yang jaga kami dari hari 1st kami jejak tanah Czech Republic sampailah dah besar panjang ni dah grad Alhamdulillah. 

dan sebab tahun ni Graduation Day mereka jatuh pada bulan Ramadhan, maka tak ramailah ibubapa yang hadir untuk meraikan bersama mereka. Sebab dahlah bulan puasa, pastu summer, pastu panas pastu puasa panjang. Maka, junior-junior nilah jadi 'ibubapa' pinjam kejap. Dapatlah merasa duduk kat seat VIP tu. heheee

Kalau nak cerita, tak adalah grand sangat majlisnya. Simple sangat. Tapi sangat meaningful kot untuk graduates dan family. Fahamlah all the sweats and tears yang keluar sebelum sampai hari tu. Sebak jugalah dada bila Mei Yee bagi ucapan as students representative. 

Malaysian graduates =)
Then, kami pergi ambil gambar ramai-ramai dekat tourist spot paling popular kat Czech ni, which are Orloj and Charles Bridge. Lepas balik tu, dapatlah semangat baru Alhamdulillah... InsyaAllah, kita yang tinggal ni, akan berusaha lebih gigih lagi! Fighting semua! Hayya alal Falah!

3. Ramadhan

Alhamdulillah, for the first time ever, merasalah full Ramadhan di Czech ni. Selalunya either awal, or akhir je. Kali ni, Allah beri peluang untuk Ramadhan penuh di bumi Ceska ni. 

and as I used to mention a few years ago, Ramadhan in Czech Republic ni tak sama dengan di Malaysia.

dan kali ni lebih terasa istimewa sebab Ramadhan jatuh betul-betul at the peak of summer period. Kiranya waktu bulan puasa ni, waktu summer yang paling panas sepanjang summer. Bayangkan kami berpuasa daripada pukul 2.30 pagi dan berbuka jam 9.30 malam? Tapi tiada yang mustahil. Memang Allah mudahkan je rasa, Alhamdulillah... =)

and as usual, setiap kali Ramadhan di sini, kami berbuka puasa di masjid saja. This is the only time of the day when we get to meet other people yang masih tinggal kat Czech ni. Maklumlah ramai dah balik Malaysia bercuti, so setiap rumah tu tak ramailah yang tinggal (except 5th year yang majoriti tak balik). Tambah pula sekarang ni tak ada kelas or praktikal. Memang tak jumpa oranglah kan. So, MasyaAllah rasa sangat best bila berbuka ramai-ramai kat masjid dan terawikh bersama. Alhamdulillah.

We also had tadarus session everyday which make our Ramadhan more meaningful Alhamdulillah... =) Bila ramai-ramai ni, insyaAllah lebih semangat untuk penuhkan Ramadhan dengan amal ibadat yang lebih bermakna insyaAllah... 

Kadang-kadang tu, sayu jelah bila teringat keluarga kat tanah air. Ye lah, biasanya Ramadhan ni lah waktu kita bersama keluarga. Tolong mak masak, etc... Tapi insyaAllah tak lama pun sayu tu, sebab meriah je Ramadhan di sini. Yang kat Malaysia tu jangan sayu-sayu sangat..hehe.. insyaAllah tahun depan ada peluang untuk ramadhan sama-sama. =)

Sekarang pun dah masuk 10 malam terakhir Ramadhan. Jomlah kita sama-sama berlari rebut peluang yang ada ni. Kalau ikut hadith Nabi tu, Nabi siap ketatkan tali kat pinggang lagi, nak kata Nabi pun gigihlah nak rebut 10 malam terakhir ni. 

Narrated ‘Aa’ishah رضي الله عنها : 
With the start of the last ten days of Ramadhaan, the Prophet صلى الله عليه وسلم used to tighten his waist belt (i.e. work hard) and used to keep awake all the night and perform prayer and also used to keep his family awake for the prayer. 
Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan satu hadis daripada Aishah, bermaksud: 
“Adalah Rasulullah apabila telah masuk 10 akhir daripada Ramadan, maka Baginda akan menghidupkan malam-malamnya, membangunkan keluarganya dan mengikat pinggangnya.”

Dari ‘Aisyah dia berkata:“Aku berkata: Wahai Rasulullah, apa pendapatmu jika aku mengetahui bahwa pada suatu malam adalah Lailatul Qadar, apa yang aku ucapkan?” Beliau menjawab: “Ucapkanlah, ‘Allahumma innaka ‘afuwwun karim tuhibbul ‘afwa fa’fu’anni.” (HR. At Tirmidzi No. 3513, At Tirmidzi berkata: hasan shahih. Ibnu Majah No. 3850. Syaikh Al Albani menshahihkannya. Lihat As Silsilah Ash Shahihah No. 3337, Shahihul Jami’ No. 4423, dan lainnya)
Till then, doakan kami yang masih berjuang di medan peperiksaan ni! Semoga Allah memudahkan urusan kita semua dan kita semua lulus Ramadhan dengan sijil muttaqeen insyaAllah! =)

Allahu'alam, Na Shledanou!


Comments

Popular Posts