Of surgery, future, best friend's getting married

Janji saya, habis exam kena tulis blog. ;D

Aah, dah habis exam..Alhamdulillah... Unofficially a final year student now. Kenapa unofficial? Sebab tak enroll lagi. Kenapa tak enroll lagi? Sebab ada benda yang tak setel lagi. ;D

Apa-apa pun, terima kasih kepada semua yang dah mendoakan kami di sini. Doakan kawan-kawan kami yang masih sedang berjuang insyaAllah! :)

Last exam, surgery.. Sungguhlah menguji iman.

Kalau yang rajin baca blog saya ni, tahulah macam mana"suka"nya saya pada surgery ni. Daripada hari pertama sampailah hari ini, tak tahulah macam mana nak pupuk rasa minat kat surgery ni... :( Kalaulah kat Malaysia boleh pilih nak department apa, lama dah saya tolak surgery ni jauh-jauh.

Sebenarnya benda yang saya paling tak suka surgery ni ialah bila kena masuk OT. Tak tahulah...memang rasa jiwa nak memberontak je setiap kali cikgu kata "today we'll watch an/several operation(s)." Macam ayat peruntuh mood pada hari tersebut.

Sedangkan saya pernah je diberi peluang untuk scrub in, pegang retractor, gunting stitches. Kiranya itu adalah satu kejayaan buat seorang medical student di Czech Republic. Patutnya kena bersyukurlah kan? ish.... Tapi minat tu tak datang jugak.

Apa-apa pun, sungguh kalau bukan kerana pertolongan Allah, kehendak Allah..saya tak tahu apa nasib saya dengan surgery ni....SubhanaAllah, Alhamdulillah...

So, sekarang dah kena fikir untuk state work 6th year pulak. :)

***

Kawan-kawan kat Malaysia ramai yang dah jadi HO, yang dah lama kerja. Walaupun saya baru je nak masuk final year, tapi tak apa.. just go with the flow. Dah memang rezeki dapat tempat belajar 6 tahun. Tak tahu nak bayang kerja nanti macam mana. Just kena jadi open dan niat untuk belajar dan kerja sungguh-sungguh kerana Allah lah kan? :)

(rakan-rakan, maafkan saya in advance bila tanya banyak-banyak masa kerja nanti insyaAllah..hehehe)

Finally, my best friend since kecik, sebelum kitorang tadika lagi, is engaged last week! InsyaAllah, ada rezeki, I'll be back in September nanti for your wedding dear! :) doakan, doakan! Semoga dimudahkan semuanya insyaAllah..

budak sebelah saya tu dah nak jadi isteri orang insyaAllah..hehe.. 

Tengok gambar lama ni rindu pulak zaman dulu-dulu... rakan-rakanku walau di mana jua korang berada, semoga sentiasa dalam limpahan rahmatNya :)




Comments

Popular Posts