Nilai Aku, Kau, Dia dan Mereka

Assalamualaikum a dobrý den!


"Harga air botol Poděbradka tu dah naik harga la! Aku bawak cukup-cukup 12kc nak pergi beli air tu kat vending machine. Sekali harga dia dah jadi 13kč!" Bebel saya pada suatu hari. Keinginan untuk melampiaskan rasa dahaga pada hari yang panas terik terbantut apabila duit syiling yang saya bawa tidak cukup pula untuk membeli air berkarbonat popular di negara Česka Republika ini. (1 kc je lagi..geram btol..huhu..)


Naik harga.


Macam mana ye satu-satu barang tu boleh naik harganya di pasaran?


1. Kos bahan mentah meningkat
2. Kadar inflasi ekonomi yang meruncing
3. Permintaan yang tinggi (Demand > supply)


dan macam-macam lagi.....(macam nak buat kelas econs plak..haha)


eh, ni bukan nak cerita isu harga barang naik ye....lol


Kalau barang buatan manusia ni boleh berubah-ubah nilainya, korang rasa-rasa la kan, manusia yang membuat barang-barang tu boleh naik jugak ke nilai dia?


Nak cerita satu analogi kejap:


Ada sebuah gudang yang mempunyai 3 tan besi untuk dieksport.


1 tan besi dieksport ke German.:
Besi tu dilebur kemudian diubah-ubah sehingga menjadi sebuah Mercedes Benz! Harganya lebih kurang RM 1 juta (main agak-agak je..hehe)


Mercedes yang hitam berkilat-kilat! (gambar ihsan encik Google)
1 tan besi lagi dieksport ke Jepun pulak:
Besi tu dilebur kemudian diubah-ubah sehingga menjadi sebuah Toyota Vios. Harganya mungkin dalam RM500,000 (agak-agak jugak..maklumler..tak reti harga-harga kereta ni..tanya harga gula tahu la jugak..=p)


Toyota Vios yang handy dan praktikal. (Gambar ihsan Encik Google)
1 tan besi yang terakhir pula dihantar ke sebuah tempat;
Besi itu juga dilebur, kemudian diubah sehingga menjadi barang-barang kegunaan harian. Contohnya, cangkul, parang, pisau, tiang lampu.
Dan bila dikumpul barang-barang ini, nilainya mungkin tak sampai RM1000 pun..


Gunting, pencakar, sabit, dan penyodok tanah. (Gambar ihsan Encik Google juga)
Ketiga-tiga barang tu berasal daripada besi yang sama. Tapi nilai akhir barang-barang tu, jauh berbeza semuanya!


Manusia pun macam tu jugak.


Kalau kita kata seorang manusia tu tinggi nilainya berdasarkan status sosialnya...
Adakah status sosial itu akan dibawa sehingga ke dalam kubur?


Kalau kita kata seorang manusia itu tinggi nilainya berdasarkan ilmu dan jawatannya...
Adakah ilmu dan jawatan itu yang akan menyelamatkan kita daripada api neraka yang marak menyala?


Kalau kita kata seorang manusia itu tinggi nilainya berdasarkan pakaiannya, restoran yang ditujunya, jenama yang dibangga-banggakannya,
Adakah semua itu boleh menjamin kita akan memperoleh syurga?




"Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu adalah orang yang paling bertaqwa di antara kamu"

(Surah Al-Hujurat:13)

Manusia itu, kan dinilai pada pandangan Allah berdasarkan tahap keimanan dan ketaqwaannya.....

Jadi, apa yang kita dah buat untuk jadi macam Mercedes Benz pada pandangan Allah? 

Kita sendiri yang pilih untuk jadi Mercedes, Toyota ataupun cangkul buruk...

*Dush! Dush! Sentap kejap.....huhu..T_T*

Jom check iman kita hari ni! 

Waallahu'alam..

Bunga ros pink cantik! Peneman baru di musim exam...hehe (pengaruh niksyu la ni...kikiki =p)
Motif gambar: saja-saja..hehe

p/s: Idea dipetik daripada bab Zerokan diri dengan Lailahaaillallah dalam buku Zero to Hero
pp/s: Tak nak jadi cangkul buruk! huhu....jom ramai-ramai jadi Mercedes yang sangat elegan tu..! heheee ^_^
pp/s: all the best kepada semua!!! moga Allah permudahkan urusan kita....insyaAllah...

Comments

keyLa said…
waaa~
sempat dy menulis!
*dush*dush*
sebenarnye masa ade je kalo nak tulis kan..huhu~~

tak mau jd mercedes(sbb dr dlu xterpesona pun dgn mercedes tu..xtau nape..);)

tp nak jadi sesuatu yg berharga juge.. =p


p/s: lawa munge... (lawa jugak meja..hik3)
rusnarusli said…
salam aina!!
jazakillahu khair!
sgt2 betul.. nak jadi mercedes =)
all the best exam =)
^_^ said…
zuuuuuuup!
Sakitnye Na..=(

Jom sama-sama cari tempat tertinggi di sisi Allah..
fathinaina said…
keyla: hahaha..ak pun x minat merc tu..rasa mcm keta org tua2..tp kire value tinggi la..mungkin kena tukar ferrari? hahaha.. (kena la bg meja cantik..nak masuk gmbr..lalala =p)

k.rusna: jzkk! all the best jugak! =)

k.wani:huhu...sy yg tulis ni lagi la terasa2..jom k.wani! =)
well said aina.

taqwa je yg bezakan kedudukan ssorg tu. bukannye brand baju atau brape byk duit dlm bank.jom kejar redha Allah!
jzkk for sharing ^^

p/s: aina, nak munge jugak! rose tak brape pink tu comel <3

Popular Posts