Si Nenek Tua

"Kebab v arabskem, velký prosím."
"Chilli?" Penjual kebab berbangsa turki itu bertanya.  
Aku mengangguk. 
"A všechno jo?" Ujarnya sambil jarinya menunjuk-nunjuk ke arah sayur-sayuran pilihan. 
Aku mengangguk lagi. Sepertinya pakcik penjual kebab itu sudah arif dengan pesananku yang sama setiap kali datang ke situ. 

Jam sudah menunjukkan jam 12 tengah hari. Perutku berbunyi hebat kerana tidak bersarapan pagi, ditambah pula setelah berjam-jam berdepan dengan segala jenis debridement, surgery wound dressings, mobility test dan fokus yang tinggi untuk menterjemah perbualan doktor, pesakit dan jururawat bertugas dalam bahasa czech, semestinya kebab velky (besar) menjadi sasaran untuk mengisi kembali tenaga yang hilang.

Kebab dan wang bertukar tangan. Lantas aku terus menuju ke cafe di bangunan Pohotovost (Emergency) untuk mencari secawan kopi. Namun, setibanya aku di situ, hasrat itu aku lupakan saja melihat barisan yang begitu panjang. Tak mengapalah, beli saja daripada vending machine di Education Center (EC) getus hatiku.

Lalu, aku pun mengorak langkah ke EC. Semasa aku melintasi sebuah kedai alat-alat keperluan diri, aku terlihat ada sebuah katil pesakit di hadapan pintu kedai. Selalunya jarang-jarang katil pesakit dibiarkan di situ. Aku pun semakin menghampiri katil itu dan alangkah terkesimanya aku melihat ada seorang nenek yang begitu uzur terbaring tidak bermaya di atas katil tersebut.

Gambar hiasan. Credit: google.com
Aku pun melihat-lihat di dalam kedai itu, kalau-kalau ada sesiapa yang bukan beruniform hospital ada di dalamnya. Namun tidak kelihatan. Hanya ada beberapa orang jururawat dan staf hospital saja di dalamnya. Maka, kemungkinan besar nenek tua itu diusung oleh mereka dan dalam perjalanan pulang dari bilik CT scan ke wad mungkin.

Aku memandang lagi nenek itu dari kejauhan. Sayu sungguh melihat wajahnya yang tidak berdaya. Seolah-olah aku dapat melihat kesunyian dan keletihan di matanya. Kedut-kedut dan atrophy (kecut) tubuhnya menggambarkan keuzuran yang amat. Sudahlah seorang diri, terlantar saja di atas katil itu. Mataku bergenang lantas aku mempercepatkan langkah ke pintu yang menghubungkan bangunan Pohotovost itu dengan EC.

***

Kisahku ini bukanlah nak berkisar kenapa nenek itu di situ kerana mungkin jururawat itu sedang membeli keperluan makcik itu. Tapi apa yang membuat aku berfikir ialah mengapa dia seorang diri?

Dan itu sebenarnya bukanlah kali pertama aku melihat pemandangan sebegitu rupa. Malah, sudah beberapa kali aku mendengar kisah pesakit yang sudah tua dan tinggal seorang diri. Ada yang memang tiada anak, ada yang anak-anaknya tinggal jauh, ada yang sudah tidak lagi berhubungan dengan anak masing-masing.

Mendengar kisah-kisah mereka seringkali membuatku insaf.

Sudahlah tiada Tuhan, anak-anak pula putus hubungan.

Dan aku tidak mahu memberi apa-apa komen situasi di negara sendiri. Bagiku sama saja, lagi-lagi kalau tidak takut Tuhan.


Allah...jagalah ibu bapa kami dan janganlah Kau palingkan hati-hati kami menjadi anak yang lupa diri.


Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda:
“Amat malanglah! Amat malanglah! Dan amat malanglah. Maka Rasulullah ditanya: Siapakah orang yang amat malang itu wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Seseorang yang mendapati kedua ibu bapanya atau salah seorang daripada keduanya telah tua namun dia masih gagal memasuki syurga (lantaran gagal berkhidmat kepada mereka).” [Riwayat Muslim]

Comments

afinarazab said…
k.aina =) seedy kn situasi mak cik2 kt cni..nk naik bus pun terketar2...hidup independentlh katakana....krn mrk xseperti agama islam yg perlu berbakti pd ibu bapa utk bekalan ke akhirat nnti..jzkk for peringatan =) study elok2

Popular posts