Semanis Macarons 2

Assalamualaikum wbt a dobry den!

Jazakillah khairan katheera, terima kasih kepada yang dah berkongsi pengajarannya. =)

Lebih kurang saja dengan apa yang saya nak sampaikan. Sama wavelength kita ye?

Macarons saya, saya nak simbolikkan dengan.............. *drum roll sikit*.......


CINTA ALLAH


Saya yakin, insyaAllah semua orang ada (atau bakal ada insyaAllah) saat-saat yang dia jatuh cinta dengan Penciptanya.

Mungkin saat dia disembuhkan daripada sesuatu penyakit.
Mungkin saat dia diluluskan examnya.
Mungkin saat didatangkan makanan setelah lama tidak menjamah apa-apa.
Mungkin saat diselamatkan daripada bertembung dengan lori besar di jalan raya.
Mungkin saat diberikan pekerjaan setelah sekian lama menganggur
Mungkin saat itu
Mungkin saat ini

Tidak kisahlah apa-apa saat pun, sebab ianya terlalu personal.

dan semua orang ada kisahnya tersendiri.

Saat-saat seperti itu, kita rasakan betapa cintaNya begitu besar untuk diri kita.
Terasa begitu istimewa
Terasa begitu indah
Bagaikan diri terasa ringan berterbangan di awan biru.
Seperti baru keluar dari dunia yang kelam
Seperti cahaya pagi yang menyinar indah

tapi sekuat mana rasa cinta kita kepadaNya?
Adakah rasa itu sekadar di saat-saat itu saja?
Tidakkah kita ingin merasai perasaan di saat-saat itu kembali?

Kadang-kadang kita lupa
kita pernah jatuh cinta.

Kalaulah cinta kita kepadaNya begitu kuat, tentu kita akan berusaha untuk sentiasa mencari perasaan itu.

Seperti macarons tadi.

'Cinta'nya rasa kepada macarons sampai gigih nak membuatnya sampai jadi.
Sampai dapat rasa yang diidam-idamkan
Semanis macarons pertama.


Sedangkan Dia itu sememangnya senantiasa mencintai hamba-hambaNya.

Kita masih tercari-cari rasa cinta kita kepadaNya
dan kadang-kadang bila dah jumpa
kita masih boleh terlupa.

Kita ini an-nas, sifatnya memang pelupa.
Maka kalau dah memang sifatnya pelupa,
tetapkanlah peringatan setiap masa.

Berusahalah agar cinta kita kepadaNya makin bertambah, tidak luput.
kerana insyaAllah cintaNya kepada kita sentiasa ada.

Allah, jadikan kami sentiasa mencintaiMu.....

Comments

Popular Posts