Semanis Macarons

Assalamualaikum a dobry den!

Ada satu cerita yang saya ingin kongsi.

Saya memang menggemari blog-blog masakan. Dari situ, saya boleh belajar resepi-resepi baru, serta mengasah skil memasak saya.

Dan nak dijadikan cerita, ada satu tahun, macarons menjadi begitu trendy. Oh, dan saya sebagai follower blog masak-masak sudah tentunya teruja dengan review-review kesedapan macarons yang cukup menggugat jiwa.

Ditakdirkan pada cuti winter tahun tersebut, saya berpeluang ke Kota London bersama ibu bapa saya yang datang melawat. Maka tidak saya lepaskan peluang mencari macarons kerana ia begitu susah untuk ditemui di bumi Ceska yang hanya kaya dengan trdlnik dan juga roti rohlik.

Akhirnya saya berjumpa macarons pertama saya di Laduree ketika saya menemani ibu bapa saya bersiar-siar. Saya pun bergegas mengorbankan duit pound saya semata-mata untuk merasa biskut Perancis yang begitu terkenal itu. 

Saya membeli perisa coklat (Well, the most safest flavour for a first timer will always be chocolate) 

dan hasilnya?

MasyaAllah!! Marvelous! 

Rasa macam nak beli semua tapi mahal gilos. Mampu telan aje la air liur. Rasa kesedapannya melekat-lekat sampai ke petang. 

Sejak hari itu, saya berazam. Berazam yang saya akan cuba membuat sendiri macarons itu kerana untuk membelinya begitu mahal. Dan tentunya saya mahu rakan-rakan saya juga turut merasa kesedapannya itu.

Maka, pulang ke Czech Republic, saya pun dengan gigihnya mencari resepi-resepi macarons yang sesuai. 

Namun, cubaan pertama saya berakhir dengan kegagalan yang sungguh mendukacitakan. Susah dan  seribu kali leceh rupanya nak membuat biskut comel ini. Banyak betul langkah, dan pantang larang yang harus dipatuhi walaupun hanya menggunakan putih telur, gula dan serbuk badam.

Macarons saya keras, huduh dan tidak sedap seperti yang saya impikan. 
(Inilah padah bila macarons pertama dicuba ialah antara macarons yang tersedap di Eropah)

Saya frust. dan saya berhenti mencuba.

Tetapi setahun kemudian, saya teringat kembali rasa macarons Laduree itu. Cis! Otak saya telah mengkhianati tuannya. Ia tidak sepatutnya mengingatkan saya kepada macarons coklat lazat itu. 

dan selepas itu, saya pun sudah mula memukul putih telur di dapur.

Hasilnya masih tidak memuaskan. Terasa seperti nak baling saja loyang-loyang di dapur ketika itu.

Usaha nak membuatnya lagi saya kuburkan.

dan pada tahun lepas, saya ke Perancis pada waktu cuti. Oh dan sudah tentu otak saya mengkhianati tuannya kembali. Apatah lagi  negara yang bakal saya pergi merupakan negara pengeluar asli biskut bulat yang susah-betul-nak-buat itu.

Sesampai saja saya di lapangan terbang, benda pertama yang saya cari ialah macarons. 
(Melampau kan?)

Oh....walaupun rasanya tak sesedap Laduree, tapi sudah cukup untuk membuat saya terkenang-kenang dan menikmati kesedapannya.

Maka, selepas itu saya pun bersemangat kembali. Kerana sudah tentu saya ingin memberi peluang kepada orang lain yang belum pernah merasa untuk turut sama merasa. dan kerana ingin membelanja rakan taulan macarons Laduree barang satu setiap orang sungguh lah mencengkam jiwa, menyesak dada.

Saya pun membuat research sana sini bagaimana hendak menghasilkan macarons yang perfect, mengkaji kembali kesilapan-kesilapan lama supaya sejarah tidak berulang kembali.

proses pengeringan yang menguji kesabaran
dan ini lah apa yang saya lakukan minggu lepas (ye, saya tahu dah 6 bulan saya ke Perancis. Saya busy dengan exam. haha)

Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

bagaikan retak menanti belah. 


among the best out of the rest.


daripada 5 loyang, hanya 1 loyang yang turned out to be perfect! yang lain...hmmph! retak sana, retak sini..adalah juga yang elok..tapi...tak puas juga la dibuatnya.

Tapi, Alhamdulillah sekurang-kurangnya ada juga kejayaan yang diperoleh kali ini.

dan kali ini, saya berazam untuk mencuba lagi insyaAllah!

So, moral of the story. Siapa nak cuba? hehe.... saya ada saya punya sendiri dan akan tulis dalam next entry insyaAllah....tapi nak dengar orang lain punya pendapat dulu... =)




Comments

Popular posts