Dan Aku Sangka...

Aku sangka
parut itu hampir sembuh
seakan-akan fibrinolysis telah hampir selesai
seperti EDGF sudah habis memainkan peranannya

tapi
siapa sangka
parut itu masih berbisa
masih pedih
bila air limau mencium

Ah!
mungkin vessel yang rosak itu masih belum habis terbaiki
mungkin masih kurang vitamin C
sukar
bila luka ini hendak pergi?

Eh, aku sangka luka ini telah lama menjadi parut?

Aku sangka
tempoh masa yang lama
mampu melahirkan kembali
kulit yang kental
kebal melawan
tapi
cuma aku yang bersangka-sangka

dan aku masih mengetap bibir

mungkin aku masih perlu waktu
dan Tuhan aku punya rancangan
paling baik untuk ku

dan sementara menanti
aku masih ada jihad yang perlu aku laksanakan
yang ku kira
itu jauh lebih penting
daripada menunggu
luka kecil
luka..ah tidak! aku mahu katakan ia adalah parut
hasil kelalaian ku sendiri
pergi buat selama-lamanya

luka, parut
itu semua cuma babak-babak
dalam sekolah kehidupan

dan aku
tidak mahu bersangka-sangka
kerna Tuhan aku 2 kali berkata
"Inna ma'al 'usri yusra..(94:5-6)"

Ampuni aku Ya Rahman
Ampuni aku Ya Rahim


p/s: tak ada kena mengena dgn yg hidup ataupun mati. masalah diri sendiri..sila jgn pikir merepek2..=p
pp/s:sila abaikan unsur2 physio di atas..ni la akibat obses ngan physio..hehe

Comments

Syazwani'Aqilah said…
Bismillah
Salam alayk!
Aina,
Parut kecil itu bakal sembuh
keep up making dua'
He will always listen!

sabrun jameel, itu susah yet manis insya ALLAH!
Afham said…
rangkap awal tu ada elemen2 wound healing dah.

lps tu masuk elemen tragis pulak.

nice mixture!
Fathin Aina said…
k.wani: yup2..jgn pernah berhenti berdoa..=)chaiyo2 sama2 jom k.wani!!

ee: tragis?? haha..tgh merepek2 je ni. anyway, thanx!

Popular Posts