Appreciate your life.

Assalamualaikum a dobry den


Semalam, satu kejadian yang unik telah berlaku.

Saya bersama rakan-rakan baru sahaja selesai menghadiri program OSEM 2.0 anjuran ALIF di Olomouc. Setelah semua urusan selesai, kami pun bergerak pulang menaiki kereta api pada jam 8.15 malam. Banyak tiket sudah habis, membuatkan kami menaiki train SuperCity Pendolino yang laju tetapi mahal sedikit harganya. Ada juga rakan-rakan yang bergerak lebih awal, ada juga yang bergerak lebih lambat.

Sebaik saja train bergerak, saya pun mula berehat-rehat dan online melalui telefon saya. Perjalanan kami sangat lancar, ditambah pula train yang senyap dan tidak bergegar-gegar seperti train Ceske Drahy yang lain (eg: Osobni vlak, InterCity, Excalibur).

15 minit selepas train bergerak, kami menerima whatsapp daripada seorang rakan kami yang telah bergerak setengah jam awal dari kami. Katanya train mereka berhenti secara mengejut dan dikhabarkan train mereka telah melanggar seseorang yang ingin membunuh diri.

Kami pun mula tidak senang duduk. Ketika itu, train kami masih lagi bergerak lancar. Tetapi kerana route Olomouc - Pardubice hanya satu, maka kami mula membayangkan kemungkinan perjalanan kami akan teraffect sama. 

Betul tekaan kami, 5 minit selepas itu, train mula berhenti dan pengumuman pun berkumandang. Memang disahkan ada orang telah membunuh diri. Tetapi mekanismenya tidaklah kami ketahui kerana tidak pula diterangkan dengan lanjut. 

Kami pun menunggu dengan sabar. 20 minit kemudian, pemandu train membuat pengumuman sekali lagi. Kemungkinan train akan berhenti selama 1-2jam. Bergantung kepada secepat mana polis menyelesaikan kes di tempat kejadian. 

Nak dijadikan cerita, saya pun tertidur selepas itu... 

dan bila saya bangun, train masih lagi berhenti! Jam di tangan sudah menunjukkan jam 11 malam. bermakna sudah hampir 3 jam kami terkandas di situ.  

dan akhirnya pada jam 11.20 minit, train pun mula bergerak. Kami akhirnya tiba di Pardubice jam 12.27malam dan train terakhir ke Hradec Kralove delayed kerana menunggu train Ceske Drahy yang sejam lewat daripada kami.

Alhamdulillah akhirnya kami selamat tiba di rumah jam 2 pagi kerana ketiadaan teksi dan terpaksa menunggu bas malam tiba di Hlavni Nadrazi Hradec Kralove. 

Pengajarannya, 

Kasihan dan geram juga kepada si pembunuh diri itu. 
Kalaulah orang itu merasakan masalahnya akan selesai setelah dia membunuh diri, kalaulah orang itu merasakan dia tidak akan lagi mengganggu hidup orang lain. Salah sama sekali!

Kejadian ini membuatkan saya berpendapat perbuatan membunuh diri ini adalah satu tindakan yang sangat mementingkan diri. Mungkin ini adalah salah satu hikmah kenapa Allah mengharamkan perbuatan membunuh diri ini. Allahu'alam. 

Kerana hanya seorang yang tidak bersyukur dengan hidupnya, membuatkan lebih seribu penumpang menghadapi masalah. Difahamkan ada 3 train CD yang terkandas dan 1 train Regio Jet.
Malah, ada yang kami dengar terpaksa membatalkan flightnya kerana tidak mampu tiba di airport pada waktunya. Ratusan orang keletihan untuk memulakan kehidupan seawal pagi kerana esoknya orang bekerja dan bersekolah. 

Tetapi kasihan juga kepadanya. Kalaulah dia mengenal Allah, mungkin perkara ini tidak berlaku dalam hidupnya. T_T

Bagaimana susah sekali pun, bersyukurlah dan bersabarlah dengan hidup kita. Allah tidak menjadikan hidup kita sia-sia dan kita tiada hak menentukan hidup mati kita. Kembalilah kepada yang Maha penyayang dan Maha Pengasih. Mohonlah pertolongan sebanyak-banyaknya daripadaNya. Kerana Dia yang paling berkuasa, lebih berkuasa daripada segala jenis masalah yang ada di dunia ini :)

Moga Allah mengampunkan dosa-dosa kita dan memberikan kita kematian yang baik.

"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan? Maha Suci nama Tuhanmu Pemilik Keagungan dan Kemuliaan" 
(Surah Ar-Rahman 55:77-78)

Berita lanjut di sini (tapi hanya available dalam bahasa czech)

http://www.ceskenoviny.cz/domov/zpravy/clovek-neprezil-srazku-s-vlakem-u-zabrehu-provoz-na-trati-stal/1058727&id_seznam=

Comments

Amanina said…
kak aina,
tadi masa kitorg internal pun dapat berita kematian jugak. pesakit yg kitorg buat history taking 2 minggu lepas meninggal T_T pakcik tu baik huhu
Anonymous said…
Perbuatan bunuh diri tu mmg salah.
akan tetapi, kita tak boleh salahkan dia seratus peratus.
He might be depressed about something. Do you know when a people get depressed how they felt?
If He is a muslim, inshaAllah, mungkin dia tidak akan melakukan perkara yang sama. Maybe he lack of support. He don't know Allah, and maybe there is no one that could help and support him, to told him what is the right thing to do.
you can't blame such a person for doing so. it is a sin, couldn't denied it. mungkin dia kelihatan mementingkan diri, menyebabkan teraffectnya orang disekeliling y lain, but really..



Fathin Aina said…
Nina:innalilah wainna ilaihi roji'un...sedihnya....lagi2 patient yg kt clerk..
Anonymous: i'm not blaming the guy 100%. Hence, the kesian part. Its part of our fault anyway...tak buat kerja sungguh2 lagi menyebarkan islam..mengajak manusia kenal Sang Khaliq. May Allah forgive us. Allahu'alam

Popular Posts