Summer semester begins!

Assalamualaikum a dobry den!

Alhamdulillah, hari ni dah start kelas untuk summer semester!

Tadi, ada lecture Neurology, Sports Medicine, Dermatology, and Anaesthesiology. Jumpa balik Prof krajickova...oh kena revise balik buku neuro nampaknya...huhu...

Cikgu Sports Med tadi sangatlah tua! Rasanya baya-baya Prof Steiner yang umur dia agak-agak dah 70 lebih kot. Tapi cikgu Sports Med tu gagah je mengajar walaupun dia sakit-sakit tekak. Kella kata mungkin sebab dia main sports kot dulu-dulu ^_^.

Oh satu benda yang saya sangat kagum pada cikgu-cikgu kat sini, walaupun diorang dah sangat tua tapi masih semangat untuk mengajar! Malah lagi semangat daripada cikgu-cikgu muda! SubhanAllah! Kagum sangat-sangat dengan semangat yang diorang ada. Ramai je cikgu-cikgu kat sini yang anak-anak murid diorang dulu dah jadi professor kat universiti ni jugak. Ada jugak yang dah pernah jadi dekan 10 tahun yang lepas padahal umur masa jadi dekan tu bukannya muda pun. Kelakar je la bila dengar cerita-cerita ada cikgu-cikgu veteran ni pernah failkan cikgu-cikgu sekarang yang dulu pernah jadi anak murid diorang. (Cikgu kita dulu-dulu pun pernah ada waktu gagal diorang, tapi sekarang dah jadi lecturer! Maka kita kena lebih bersemangat!!)

Saya rasa cikgu-cikgu veteran ni mungkin ada mindset yang diorang nak hidup diorang ni bermakna. Selagi kudrat masih ada, selagi itu diorang nak jadi bermanfaat kepada society, masyarakat! Tak mahu hidup diorang dihabiskan dengan duduk di rumah orang-orang tua, melihat siaran-siaran drama di kaca TV, keluar minum dengan rakan-rakan di cafe dan berborak dari pagi hingga siang mula melabuhkan tirainya. Sungguh islam kan pemikiran diorang!

Kalau tengok zaman sahabat dulu, semua sahabat walaupun dah banyak umur, tapi tak ada pula kita dengar kisah sahabat berehat-rehat di rumah sambil bermain dengan cucu-cucu sahaja. Semua yang kita dengar, sibuk nak berjihad, menyebarkan islam kepada semua orang, bekerja di kebun-kebun. Contohnya Khalid Al-Walid, tidak berhenti-henti menunaikan perintah jihad sehingga tiada satu pun ruang di tubuhnya yang tiada parut luka perang. Sehingga beliau jatuh sakit barulah dia tidak pergi berperang.

Kalau cikgu-cikgu tu rasa rugi tak dapat menyumbang sesuatu kepada dunia, maka kita sepatutnya kena rasa lagi rugi kalau masa yang kita ada ni kita tak manfaatkan tanpa buat apa-apa pun yang boleh menyumbang kepada saham di akhirat kelak....huhu...(fathin, kena berusaha lagi ni!!)

Daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah S.A.W bersabda, 
"Salah satu sisi keindahan pada keislaman sesorang adalah apabila dia meninggalkan perkara-perkara yang tidak berguna." 
(Hadith riwayat Tirmidzi (hadith ni Hasan), Hadith 12 daripada himpunan Hadith 40 Imam Nawawi)

Doakan saya supaya lebih segar, lebih faham dan tak mengantuk dalam kelas ye? hehehhee....

Moga urusan summer kami semua di sini lebih diberkatiNya....amin...

Salam a Na Shledanou!


p/s: lagi best kan kalau cikgu-cikgu saya yang bersemangat tu islam.....huhu....moga Allah kurniakan hidayah untuk mereka...

Comments

Anonymous said…
woaaahh, sport med!!??? interesting!
Anonymous said…
ameeennnn...

hihi.. sy pun tak sangka stransky tu dh 80 tahun! memang kagum tahap maksimum :O
Fathin Aina said…
anonymous (wa ke?) hehe..: aah...subjek tu mcm interesting..tp sy rasa sbb x start sgt lg..so x rasa lg..kene tunggu praktikal kot..hehe..

mary: jzkk! insyaAllah...doa utk mary jugak! :D tu la kn? gagah je berjalan...fuuhhhh...!

Popular Posts