Siapa pelik?

Bila kitorang dekat Mid Valley, KLCC,
tgk keliling ramai gadis-gadis comel berkepit dgn boyfriend masing-masing
Kau sorang je jalan berdua dengan kawan sejenis
Kau gay ke?

Bila kitorang dekat dalam komuter,
semua orang sibuk sms, mms, call
bergosip-gosip, usha-mengusha jejaka konon-tampan, masuk-masuk jarum gadis comel,
Kau sorang je tengah duduk baca tafsir Quran senyap-senyap tak berbunyi.
Kau nak tunjuk alim ke?

Bila kitorang keluar dengan kawan-kawan nak pergi makan,
Semua orang pakai legging, baju dress, tudung macam-macam gaya janji tutup rambut je,
Kau sorang je pakai seluar baggy, blouse labuh, tudung besar semacam,
Kau ni kenapa lah kampung sangat?

Bila kitaorang sibuk borak pasal artis-artis 
Tak kira bangsa apa, negara mana
Semua cerita daripada lagu diorang, drama diorg, kisah cinta diorang, makanan kegemaran diorang,
Apa pun kitorang tahu,
Kau sorang je yang tiba-tiba nak cerita pasal kisah Nabi,
Kau ni tengah praktis nak jadi ustazah sekolah ke? 

Bila kitorang feeling-feeling baca novel cinta,
Oh, sambil kesat-kesat hidung, golek-golek atas katil
Kau sorang je yang kesat-kesat hidung (eh?)
Sambil pegang Al-Quran kecik dekat tangan.
Errr..kenapa kau pun kesat-kesat hidung jugak?

Kenapa kau ni lain sangat dengan kitorang?
Kenapa kau ni pelik sangat?
Kau ni nak tarik perhatian ke?


" Langit yang tujuh, bumi dan semua yang ada di dalamnya bertasbih kepada ALLAH.Dan tak ada suatu pun melainkan bertasbih dengan memuji-NYA, tetapi kamu sekalian tidak mengerti tasbih mereka. Sesungguhnya DIA adalah Maha Penyantun lagi Maha Pengampun."
(Surah Al-Isra' 17:44)

Semua isi bumi ni, langit yang tujuh pun, semuanya bertasbih dan berzikir memujiNya sepanjang masa. 
Manusia je yang tak macam tu
Siapa yang pelik?

Dulu, masa zaman Islam megah (pernah belajar kan Zaman Keemasan Islam kat sekolah? Alaa..pasal zaman Abasiyyah tu..) orang Eropah yang hidup dalam zaman kuno. Orang barat yang cemburu dengan orang Islam. Wanita Barat jeles tgk darjat wanita Islam diangkat tinggi, compare dgn diorang yg dianggap sebagai bahan pemuas nafsu je.

Sekarang? Siapa jeles dgn siapa?


Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah SAW, "Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang orang yang asing".
(Hadith Riwayat Muslim)



Ok, kau memang pelik.


Comments

lynawan said…
betol!betol!betol!
Anonymous said…
ckin very the loike this!
yang!!! jgn berdukacita! keep smiling and please... memorize the notes beside you...
XD XD XD
^_^ said…
hoho..cam best je jad org pelik tu?

like2
ghulam said…
haha (gelak nmpk barisan gigi je ek =P ) jom2 jadi pelik! nak jadi orang yg beruntung! ramai2 jadi pelik, smpai orang yg xpelik pulak jadi pelik. aishh..yg penting, phm dulu knape kena jd pelik ni. Penulis blog x nak smbung ke entry pelik bhgian 2? =P
nak like 1000kali boleh takk?
tak salah jadi pelik yang macam ni (:
fathinaina said…
lina: hehehe :)

ckin: hohoho..x berdukacita dahhh~ trimas yang! hehe..alhamdulillah :)

k.rusna, k.wani, zetty: bunyi mcm kesian yg pelik tu kn..tp in fact yg pelik tu iA paling beruntung..huhuhu..nk jd pelik mcm tu..=(

ghulam: cik ghulam x nk share ke knapa kena jd pelik ni? hehhee..penulis blog tgh cr idea dlu..sejak 2 menjak nih,payah btol nk menaip..dah tua kot..haha =p

Popular Posts