Malang Bukan Selamanya Musibah

Salam a dobrý den!

Purse saya hilang!!!! (nak kecohkan jugak..huhu)
Masuk ni, dah kali kedua lesap..ish..
and lesap dalam tempat yang sama...BAS (rasanya la)
Kali ni, Alhamdulillah IC n lesen selamat.
Cuma kad bank msia, bank czech, bas pass n kad insurans yg tak bernasib baik..ish2... =(

Hilang purse = block kad
Hilang purse = pergi bank jumpa lucie
Hilang purse = jumpa zuzana nak buat bas pass
Hilang purse = mintak kad insurans baru
Hilang purse = duit pun x de..huhu

sabar aje la..tp hilang purse tak bermaksud dunia pun runtuh kan??
Alhamdulillah semalam, walaupun hilang purse, tapi tetap dapat pergi untuk setelkan satu masalah
Alhamdulillah semalam, walaupun hilang purse, tapi dapat jugak belajar sesuatu
Alhamdulillah semalam, walaupun hilang purse, tapi akhirnya muhasabah balik diri..memang ada banyak salah silap
Alhamdulillah...Alhamdulillah..Alhamdulillah...


Malang bukan selamanya musibah
Malang mampu bertukar menjadi hikmah



"Jika kamu (pada perang Uhud) mendapat luka, maka mereka pun mendapat luka yang serupa. Dan masa (kejayaan dan kehancuran) itu, Kami pergilirkan di antara manusia (agar mereka mendapat pelajaran), dan agar Allah membedakan orang-orang yang beriman (dengan orang-orang kafir) dan agar sebahagian kamu dijadikan-Nya (gugur sebagai) syuhada. Dan Allah tidak menyukai orang-orang zalim,"
(Surah Ali-Imran 3: 140)

Huraian ayat ni saya dapat masa usrah hari tu.
Ayat ni turun masa umat Islam kalah dalam perang Uhud. Masa dalam perang Uhud ni, Umat Islam menang pada mulanya, tapi sebahagian besar daripada mereka ingkar pada arahan Rasulullah yang mengarahkan agar mereka tidak berganjak daripada tempat masing-masing sehingga Rasullulah memberi arahan.

Apabila tentera Islam ketika itu sibuk mendapatkan harta rampasan perang bila mereka sangka mereka sudah menang, pihak tentera Musyrikin Mekah pun tiba-tiba datang menyerang dari arah belakang. Pihak tentera Islam kalah teruk pada ketika itu, dan 70 orang tentera Islam mati syahid.

Dalam ayat ni, Allah nak memberi peringatan kepada manusia. Kadang-kadang akan datang juga kepada kita musibah supaya kita mendapat pengajaran daripada kesalahan yang kita telah lakukan. Dan kalau kita lihat jugak, dalam perang Uhud tu, ramai yang syahid. Seperti yang Allah terangkan dalam ayat ni,


"...dan agar Allah membedakan orang-orang yang beriman (dengan orang-orang kafir) dan agar sebahagian kamu dijadikan-Nya (gugur sebagai) syuhada..."


Maksudnya, walaupun umat Islam kalah, tapi kematian tentera-tentera Islam tu masih tak sia-sia. Malah mereka dapat apa yang diidamkan oleh semua, SYAHID di jalan Allah.
Setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya....

Kalau selamanya kita selesa dengan kejayaan dan nikmat,
mungkin kita akan lupa pada Pencipta kita,
mungkin jugak kita akan jadi bongkak dan takbur
mungkin jugak kita akan mula lupa diri
Na'uzubillah...Astaghfirullah..

Wasalam a Na Shle

p/s: Alhamdulillah..akhirnya turun jugak snow di bumi Czech ni...weee~~ =D

Comments

keyLa said…
insyaAllah, ade hikmah fatin>>

cam manusia>> manusia kan milik Allah, satu hari nanti kita akan kembali kepadaNya,

sama mcm duit kita>> ini semua kan milik Allah, jadi Allah berhak ambil bila2 masa...semua sbb nak uji kita..^^

cume berdoa agar Allah gantikan sesuatu yg hilang dgn yang yang lebih baik..mana kita tahu kan?
mana tahu Allah nak bagi yang lebih baik drpd ini..

tarbiyah Allah itu lebih kite terima drp tarbiyah manusia.. TARBIYAH DRP ALLAH adalah yg PALING SEMPURNA drp segala pentarbiyahn..~

^^
Aina...jgn sedeh..sbb..kamu yg paling tinggi darjatnya bila kamu org beriman~ duet bleh dicari, kad bank n buss pass boleh dicari..tp, tarbiyah dr Allah x de yg boleh ganti~

_your sister_
Salam aina..

huhu..iAllah2x.. ade hikmah disblk ujian yg dtg dlm hidup kt ni..
Tarbiyah Allah mmg terbaeekkk!~(*-^)

-----------------------------------
Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
-----------------------------------

Okes...all da best esk!~ mg Allah permudahkn urusan kt sumer iAllah.

p/s: masih terase ke'best'an pelukan td..syg awk fillah!

Ur Buddy2..(^-*)
zetty said…
salam cik ainaaaa..

best komen2 atas ni.. =)
aku ade kat raudhah mase has dok cari2 tu...
dont worry..
purse hilang.. tapi ktorang takkan hilang!!!
ade hikmah di sebalik musibah ni iA.
:D
salam cik ainaa..

nk share,
"Dan Kami tidak membebani seseorang melainkan menurut kesanggupannya, dan pada Kami ada suatu catatan yg menuturkan dengan sebenarnya, dan mereka tidak dizalimi (dirugikan)"

:D
fathinaina said…
keyla: diky moc! iAllah..ade hikmah..=)

moje sestra: diky moc taky! iAllah..semoga tarbiyah Allah x berhenti utk kt suma..=)

moje buddy: lirik lagu ke kak lah? hehe..diky moc! best peluk?? hehe..baju yg smpt..hehe..syg kamu jugak!
p/s: suka ayat tu..hehe
zetty: hehe..mekasih2..tau korg syg ak! hahaha =p diky moc!
aah aina...tu lagu.
tajuk die "rahmat ujian"..by mestica.
kiki...best2 pelok!..
jg diri, iman n 'amal kt iALlah..

buddy2 kamu..(^-*)

Popular Posts