Senyum dan ikhlas



Akhir-akhir ni, selalu saja kisah-kisah para doktor, dan staf-staf hospital menjadi isu.

Isu anti vaksin
Isu doktor kena maki
Isu misi diperlekehkan
Isu hospital lembap
Isu itu, isu ini

Sedih dan terasa juga kerana saya adalah seorang doktor. Apatah lagi sebagai doktor pelatih.
Sudahlah di hospital kastanya paling rendah
Tiba-tiba dimaki dan dihina dengan kata-kata yang tak manis.

Saya bukannya nak menegakkan hak-hak sebagai kakitangan sektor kesihatan awam.
Cuma sedih dan terkilan,

Di mana adab dan sopan santun?

Bukannya kami minta dipandang mulia.
Gelaran doktor bukannya satu darjat.
Realiti tanggungjawab, jerih payah di sebalik stetoskop dan kot putih itu Allah dan kami saja yang merasainya.

Doktor ni,
Hidupnya lebih di hospital dari rumahnya.
Masalah pesakitnya dia lebih tahu dari masalah jirannya.
Khabar mak ayah orang yang dia tak kenal lebih dia tahu dari khabar mak ayahnya.
Sakit anak orang lain lebih dia rawat dari sakit anaknya.

Sedih? Kecewa?
Tuhan saja yang tahu. Apatah lagi kalau yang sudah ada anak.

Ralat di hati saya kerana tak sempat berjumpa arwah wan saya sendiri sebelum dia pergi, masih belum hilang hanya kerana saya terpaksa kembali bertugas merawat bayi orang lain.

Ada beberapa kali saya lihat MO saya terpaksa meninggalkan anak yang terpaksa masuk ke wad kerana dia terpaksa oncall di tingkat atas.
Ada beberapa kali saya dengar anak rakan-rakan HO saya yang merajuk tak mahu dengan maknya kerana lama tak berjumpa.

Jadi,
Kami tak minta dipuji,
Kami tak minta dihargai
Nak marah, nak bengang, nak tak puas hati sana sini

Silakan
Itu hak masing-masing

Cuma layanlah kami seperti manusia

Kami memberi khidmat
Kami bukan hamba.
Kami manusia

Mungkin inilah ujian untuk kami merasa ikhlas yang sebenar
Susah, memang susah.

Ikhlas tu,
Macam semut hitam yang berjalan atas batu hitam pada malam yang gelap.

Senyum.
Islam kan ajar kita berbuat baik sesama manusia :)

"Jadilah seperti pohon mangga, dilempar batu, mangga yang jatuh" - The Way to Win
Gambar: google



Doakan saya, kami dan kita semua ^_^

*Ramadhan dah dekat....Allahumma balighna Ramadhan... Moga Ramadhan kali ini membawa lebih makna dan lebih mendekatkan kita kepadaNya...aminnnn*

Comments

Popular posts