Pokok anggur apa kalau tanam tak keluar anggur?


Sekarang sudah 3 bulan saya hidup menanam anggur (baca: menganggur) menanti panggilan kerja. Ikutkan hati gembira je bila tak dipanggil lagi, maklumlah orang kata cuti puas-puas sebelum kerja tak macam manusia. 

Tapi menganggur lama-lama ni banyaklah keburukannya juga. Duit tak ada, tak akan nak mengendeng duit mak bapak je. Padahal dah habis sekolah. Lepas tu, tak pandai nak manfaatkan masa. Lama-lama jarum penimbang pun makin menyenget ke kanan je.

Malaysians graduates of 2014 UK-Lekarska Fakulta v Hradci Kralove 


Jadi, saya pun mengambil keputusan untuk berniaga. Ya, berniaga. Inilah masanya untuk saya merealisasikan cita-cita saya untuk menjual kek. Hasrat dah lama ada, cuma tak dapat nak buat masa di czech dulu. Siapa pula nak beli kek kan? Orang tak ramai maka, customer pun tak ramai. Nak jual kat kawan-kawan pun rasa macam tak best je. Baik jamu makan, lagi syok. :)

Bila balik Malaysia ni, Alhamdulillah barulah dapat buat. 

So, sekarang ni menjual kek la saya. Eh, ni bukan nak promote kek pulak. Capability masih limited so target customer pun masih limited je..

Nak ceritanya, bila dah berniaga kek ni, ada banyak benda dapat belajar.  

1. Stamina

Letih wooo...Lagi-lagi bila nak mengacau batter cream puff tu. Bukan tak boleh pakai mixer, tapi tak muat. Peluh-peluh kat dapur jangan cerita la. Rasa macam lari 5 kilometer. Tapi kurusnya tak jugak :P

2. Sabar

Ya, sabar. Sabar itu separuh daripada iman. Bersabar bila order sikit. Bersabar bila tak ada order. Bersabar bila banyak order. Kadang-kadang mulut tu ringan je nak merungut tak tentu hala. Tapi silalah reti bersyukur. Semua tu rezeki.

Orang yang sabar itu orang yang banyak bersyukur :)

3. Rajin

Kadang-kadang saya ni kalau membaking, ikut mood juga. Kalau mood rajin, cantiklah hasilnya. Kalau malas macam ular sawa, hah..rupa pun tak ada!

So, bila nak menjual ni, kenalah rajin sentiasa. Perfectionist sikit. Tak boleh main lebih kurang. Sebab apa yang nak dijual tu semua amanah. Kena jujur. :)

4. Sedikit Perfectionist

Rujuk no 3.
Only applicable untuk orang-orang yang type B seperti saya

Intake untuk Disember dah keluar. Tapi saya dan rakan-rakan seperjuangan tak termasuk dalam list tu. Maka, harapan untuk bergelar wanita berkerjaya hanya muncul pada tahun 2015.

Doakan tak futur, tak malas, berkembang akal dan hati tapi bukan jasmani

Ok bye, nak pergi usrah!

Salam a Na Shle!

v B.B.B

Comments

Hanis Amanina said…
rindu kak aina, rindu raudhah, rindu cheese cake T____T

doakan kita sama2 kuat imannya :D heee, kadang2, break down jugak rasa duk sini takde akak2.
Fathin Aina said…
Rindu nina, rindu HK, rindu czech jugak... T_T

xpe nina...insyaAllah pjg umur kita jumpa lagi...summer is just few months away :D

hehe..jgn breakdown...kakak2 lain ada :) nina pun dah kakak dah...hehehe.. ;p

kenang2 each other dalam doa selalu <3
keyLa said…
salam~~

at least ko ade juga putik buah anggur aina walaupun bukan anggur.,. kui3.. aku ni buah pun tadaa~

aduh.. last2 aku nak belajar menjahit.. haha.. mmg out la sebenarnya.. ntah bila nak mula >.<
Fathin Aina said…
kella: g la blaja...lambat lagi nak keje nih...kurang2 dpt 2,3 baju dah...hehehee
Anonymous said…

Hi Fatin, I came across your blog and I enjoyed reading your amazing stories. Interested to collaborate ? Email me at nurul.aini@zalora.com.my. Hope to hear soon. Thanks!

Popular posts