Akhirnya ku pulang jua

Assalamualaikum a dobry den!

Dah lama rasanya tak menulis kat sini. Dah banyak draft yang di save, tapi tak ada satu pun yang complete untuk dipublishkan.

Hari ni hampir dua minggu saya telah pulang ke tanah air tercinta. Ya, alhamdulillah 6 tahun di bumi orang sudah pun sampai ke penghujungnya. Terasa seperti semalam baru saya bermain-main salji buat kali pertama di Palachova Koleje (Kolej kediaman pelajar Palachova). Terasa seperti semalam saya menangis-nangis kerana gagal peperiksaan Physiology. Terasa seperti semalam saya melompat-lompat kerana lulus setelah 2 kali gagal Pathoanatomy. Terasa seperti semalam saya bertatih berbahasa czech dengan penjual di kedai runcit. Terasa seperti semalam saya menaiki kereta api nasional Czech, Ceske Drahy. Bermacam-macam perasaan, bercampur baur semuanya. 

Di bumi asing itulah saya mengenal dunia, mengenal Tuhan, mengenal erti tawakal, mengenal kehidupan, mengenal yang mana teman yang mana lawan. 

Di bumi asing itulah saya menjadi dewasa, menjadi manusia, menjadi matang (chewahhh), menjadi saya yang hari ini. 

Di bumi asing itulah.....ya, di bumi asing itulah.

Dan tatkala van yang kami naiki meninggalkan bandar Hradec Kralove di kegelapan malam, air mata saya mengalir juga. Walaupun puas ditahan-tahan ketika mengucapkan selamat tinggal kepada rakan serumah yang lain. 

Sedih dan rindu akan bumi asing itu. Tapi hati teruja juga tika itu untuk pulang ke Malaysia setelah 2 tahun tidak kembali. 

Akan aku rindui bumi asing itu, dan insan-insan yang memenuhi hidupku di situ.

Moga Allah sentiasa rapatkan ikatan ukhwah dan hati-hati kita sentiasa...amin..

Educational center and Fakultni Nemocnice.
Antara tempat yang paling saya akan rindu 
Kepada yang masih berjuang, teruskan usaha! Jangan mengalah! InsyaAllah....moga Allah mudahkan urusan...yang penting jangan mengalah, jangan menyerah, sentiasa yakin kepadaNya! We will be waiting for you girls here insyaAllah :)

Till then, Na Shledanou, Wassalam..

2.24pm
Bandar Baru Bangi, Selangor

Comments

Hanis Amanina said…
kak ainaaaa. wohooo cantiknya blog dieee. :D gonna miss you! jzkk jugak buatkan cheesecake masa iftar dulu, terharu sangat!
Fathin Aina said…
nina: hehe...gonna miss u too~ insyaALLAH...ada rezeki kita jumpa lagi.. :) bittaufiq wannajah!! fighting!~ <3
Hanis Amanina said…
My tears still fall everytime I see Raudhah even from far. T_T ahhh kak ainaaaaa. it's hard!

Popular Posts