Move on, come on!

Assalamualaikum a dobry den!

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah...

Alhamdulillah saya baru saja menamatkan State Exam (STEX) Obstetrics and Gynecology minggu lepas, STEX yang ketiga daripada lima yang perlu lulus demi untuk menggenggam skrol ijazah MuDr tu. Doakan perjalanan kami di sini lancar supaya dapat pulang segera untuk berkhidmat di tanah air insyaAllah. 

Subjek O&G, bagi saya satu subjek yang sangat interesting. Dulu pernahlah bercita-cita untuk menjadi pakar O&G dengan minat terhadap ibu-ibu mengandung plus motivasi untuk menambah bilangan doktor wanita dalam bidang ni. Bila masuk saja rotation subjek ni, Alhamdulillah minat itu tidak hilang malah gembira saja untuk belajar.

Tapi belajar saja memang gembira, nak menguasainya mencabar sungguh! Patutlah orang kata O&G tu susah. Satu cabang perubatan yang agak berbeza daripada cabang-cabang yang lain. Apa-apa pun, kita tengok saja nanti bila dah masuk bekerja. Adakah saya mampu untuk menghadapi cabaran-cabarannya nanti? Kita tunggu dan lihat insyaAllah :)

Nak dijadikan cerita, sebaik saja keputusan STEX kami diumumkan, kami berempat yang mengambil peperiksaan pada hari itu pun decide untuk lunch di restoran makanan India di sini. Tak tahu juga kenapa, instead of naik bas, kami decide untuk jalan kaki saja dari hospital. Konon-konon nak menghirup udara segar gitu. Maklumlah, lama sangat terperap di rumah dengan buku. Hari-hari study, makan, solat, tidur, pergi toilet. Tak macam orang dah...T_T 

So, on the way kami ke restoran tersebut, kami pun sajalah ambil gambar-gambar kenangan. Bila penat dah selfie, so adalah yang mencadangkan untuk minta tolong orang tempatan yang lalu. Kebetulan ada seorang pakcik sedang menghala ke arah kami. Tapi mukanya nampak seperti "moody" dan tidak mesra, saya pun melahirkanlah rasa prasangka terhadap pakcik tu. Rasa confident je pakcik tu tak akan layan kami.

Agaknya Allah nak tegur perangai saya tu, terus je pakcik tu datang dan tegur kami dengan senyuman manis dan ramah mesra. Siap bergelak ketawa lagi. 

Bila pakcik tu beredar pergi, terus muhasabah. Malu betul rasanya fikir bukan-bukan tentang dia. Itulah, orang islam patutnya tak boleh bersangka buruk. Kan dah kena sebijik! -_-''

Pengajarannya: silalah berusaha jangan cepat nak buruk sangka kepada orang. :)

Sekarang ni, bermulalah sudah rotation favourite saya - Internal Medicine. Suka tapi susah betul! Harapnya banyaklah yang saya dapat belajar dan mantapkan skill saya yang sudah lama terperam. 


Till then, Assalamualaikum a Na Shle!

Comments

Popular posts