*minta maaf sebab post ini dah ada dalam draft dalam 3 bulan jugak.*
Assalamualaikum a dobry den
Saya baru saja pulang dari melancong di Budapest, Hungary bersama Ckin dan Kella. Alhamdulillah akhirnya dapat juga peluang untuk melancong di sekitar Eropah setelah bergelumang dengan exam. :)
Perjalanan kami dirancang dalam masa seminggu saja, short notice kata orang putih. Mudah saja, hanya perlu survey tiket bas dan hostel. Kemudian survey tempat-tempat menarik di situ. Dan memandangkan kami hanya ke Budapest saja, maka perancangannya lebih mudah. Hanya perlu beli tiket pergi-balik.
Kalau anda seorang pelajar, bujang, dan perlu menjaga kewangan. Maka berjalan dengan bas merupakan antara option yang terbaik. Ditambah pula lokasi Czech Republic yang terletak di tengah-tengah bumi Eropah, sememangnya bas adalah pilihan pertama jika ingin berjalan ke negara sebelah atau sebelah-sebelah.
|
Eropah. Czech dan negara sekitar. |
Kami memilih bas Student Agency kerana sudah biasa dengan perkhidmatan mereka. Ada juga syarikat-syarikat bas lain seperti Eurolines dan OrangeWays yang menawarkan perkhidmatan bas merentas Eropah. Pilih saja mana yang berkenan sesuai dengan harga dan waktu perjalanan yang diinginkan.
#backpackers tips 1: Naiklah transport paling murah kalau tidak kisah dengan tempoh perjalanan panjang.
Kami bertolak dari Hradec Kralove ke Prague kerana bas kami akan bergerak ke Budapest dari sana. Bas kami bertolak dari Prague Florence Autobusove Nadrazi (Prague Florence Bus Station) pada jam 3.00 petang. Perjalanan mengambil masa selama 7 jam setengah kerana bas kami juga menurunkan dan mengambil penumpang di Brno (Czech), Bratislava (Slovakia), dan Lier (Hungary). Hentian terakhir merupakan destinasi kami iaitu, Budapest, ibu kota Hungary!
Setibanya kami di Budapest Nepliget Bus Station, kami pun menaiki Metro untuk ke tempat penginapan kami. Kami disambut oleh Lilie, di apartment kami yang terletak di tengah bandar. Apartment kami alhamdulillah sangat selesa dan murah. Hanya 108 euro untuk 3 malam (36 Euro/per night) dan dibayar mengikut per room, bukannya per head seperti kebiasaan hostel-hostel di Eropah.
Dan kerana kami belum makan malam, maka selepas habis sesi 'check in', kami pun mula merebus air di dapur dan memasak mi segera yang kami bawa dari czech. Mungkin tak berapa sihat, tapi memang jimat dan kenyang untuk pelajar macam kami! :)
#backpackers tips 2: kalau nak jimat, bawa instant food banyak-banyak :)
Day 1
Kami memutuskan untuk melawat kawasan Buda pada hari pertama. Oh, Budapest ini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Buda dan Pest
Kawasan Buda ini bolehlah kita katakan seperti Old Town di Czech, di mana di sinilah terletaknya monumen-monumen klasik, istana dan bekas peninggalan istana dahulu, gereja besar dan macam-macam lagi. Buda ini kelihatan lebih 'klasik' kalau dibandingkan dengan Pest yang lebih 'moden'. Malah kebanyakan penduduk tinggal di kawasan Pest. Kalau di kawasan Buda ni boleh dikatakan rumah-rumah orang yang agak berada tinggal di sini.
Dan kerana kami tinggal di Pest, maka kami perlu merentasi jambatan ke arah Buda. Sebelum itu, kami sempat singgah di Opera House dan St. Stephen Basilica untuk merakamkan gambar kenangan. Oh, kami tak masuk pun kerana tak berminat. Cukuplah sekadar kami pergi melihat semua '
landmark' penting yang ditanda dalam peta pelancong.
|
Opera House |
|
Basilica. Ada orang kata ada mummified tangan raja pertama diorang. (erkk...T_T) |
Kemudian, jalan, jalan and jalan. Sampailah kami ke Chain Bridge untuk merentasi sungai Danube menuju ke Buda.
|
Merentas jambatan |
|
Right: Pest (and a glimpse of Parliament House).
Left: Buda |
Angin sepoi-sepoi dari Sungai Danube membuatkan kami rindu nak jumpa pantai T_T
Setibanya kami di Buda, kami pun menaiki cable car untuk ke istana Presiden yang terletak di atas bukit. Kalau memang nak save duit, boleh je jalan kaki naik atas bukit ni. Tapi kami nak simpan tenaga dulu. ;p
|
Roundabout. Nak melintas menuju ke arah istana. |
|
Signboard kat Europe ni memang sepesen je kot? lol |
|
Cable car. |
|
Permandangan dari dalam cable car |
|
Istana Presiden. Ada karpet merah, dan askar pun asyik berkawad. Ingatkan changing guard ceremony macam kat Buckingham Palace, UK tu. Rupanya ada VIP nak datang. |
|
Ada VIP dari negara belah Afrika datang. |
Istana Budapest ni besar sebenarnya. Hampir seluruh kawasan atas bukit ni adalah kawasan istana. Tapi kebanyakannya musnah dibom sewaktu serangan German dan Soviet semasa perang dunia kedua. Istana Presiden ni adalah sebahagian kecil bekas istana yang masih selamat. Selebihnya dijadikan muzeum dan ada juga yang hanya tinggal batu-batu saja.
|
Kisah penaklukan Buda. Bacalah sendiri. |
|
Sisa tinggalan istana. |
|
Ada sejarah penaklukan Turki Uthmaniyah di Hungary. Rupanya islam dah pernah sampai ke sini suatu ketika dulu. Sayangnya tak lama. |
|
Hasil sisa tinggalan. Abaikan jari tu. Photographer amatur. |
Puas berjalan-jalan di kawasan istana itu, kami pun menuju ke Fisherman's Bastion yang terkenal di Budapest ni.
|
Old Town. Perjalanan menuju ke Fisherman's Bastion |
|
Matthias Church |
Sebelum tu, terjumpa gereja yang besar ni. Atapnya yang berwarna-warni menarik perhatian kami. Dan difahamkan ada unsur-unsur Turki Uthmaniyah dalam seni rekabentuknya kerana gereja ni dikhabarkan pernah menjadi masjid sebelum diubah suai menjadi gereja. Allahu'alam.
|
Kemudian, kami pun tiba di Fisherman's Bastion.
Menurut wikipedia,
Fisherman's Bastion ni dibina dengan tujuh puncak menara yang melambangkan tujuh puak Magyar. Dan nama fisherman tu datang adalah sebagai tanda penghargaan kepada nelayan-nelayan yang mempertahankan bandar ini daripada serangan tentera semasa zaman
Middle Age.
|
Over exposure. Memang bright sunny summer day lah kata orang putih. |
|
kat atas ni ada restoran. |
|
View from the top. Boleh nampak seluruh Buda dan most of Pest. |
|
"Saviour" |
Patung atas ni ada kisahnya. Tapi minta maaf saya tak berani nak cerita sebab tak ingat. Tapi lebih kurang macam orang ni dianggap penyelamat penduduk la ketika itu.
|
Stephen I of Hungary |
#backpackers tips 3: Sila buat homework sikit tentang tempat-tempat yang nak dilawati. Baru faham dan rasa bermakna sikit. Kalau tak rasa tengok patung saja.
Sampai di sini dulu. Nanti insyaAllah saya sambung.
Comments