Cita-cita besar. Kau ada?

Cita-cita besar.

Ramai manusia di dunia mempunyai cita-cita yang besar. 
Hendak itu, ingin yang ini.
Nak jadi begitu, nak jadi begini.
Kalau suruh beri cita-cita,
berjela-jela boleh tulis atas kertas A4
Tak percaya? 
Cuba sendiri.

Tapi manusia kebanyakannya hanya mampu bercita-cita.
Berapa ramai yang benar-benar menggapainya?
Lantas akhirnya cita-cita itu hanya tersadai di kedai mamak mahupun laman sosial

Cita-cita besar.

Nak mencapainya tentulah sukar.
Jikalau tidak, 
masakan namanya cita-cita BESAR?

Kalau kita lihat kisah-kisah orang berjaya yang dipaparkan di media sosial,
tentunya masing-masing akan menceritakan kesusahan sebelumnya.
Halangan itu, halangan ini.
Ranjau penuh onak duri.

dan semua cita-cita BESAR itu, 
bukan diperoleh dalam satu malam saja
atau satu hari saja
atau satu minggu saja.

(Melainkan anda main judi.)

Perlu sabar
Perlu gigih
Perlu kuat semangat
Perlu rajin
Perlu kental
Perlu istiqamah
Perlu berkorban

Semuanya sebab apa?
Sebab cita-cita BESAR itu TAK MUDAH
Kalaulah ia mudah, maka bukanlah namanya cita-cita BESAR!

Tapi, bila dapat cita-cita besar itu
Oh, tak terkata
Rasa sangat hebat kepuasannya!
Rasa berbaloi segala usaha dan penat lelah

Kalau saya katakan cita-cita apa PALING BESAR, apa yang anda bayangkan?
Terbayangkah anda akan kehidupan yang abadi? :)

Maka seharusnya kita semua harus meletakkan SYURGA sebagai cita-cita besar kita.
Sebab?
Tiada apa yang lebih hebat, mewah, berharga daripada syurga di akhirat kelak.

Kecil-kecil dulu ustazah selalu kata,
Kalau di syurga nanti, mintalah apa sahaja.
Nak mainan itu, nak makan ini, nak rumah itu, nak kereta ini.....

Motivasi ini seharusnya tidak hanya kekal di zaman kanak-kanak saja!

dan syurga itu, selari dengan fitrah cita-cita besar tadi,
sewajarnya bukan mudah untuk menggapainya!
Apakah hanya dengan solat lima waktu dan puasa di bulan Ramadhan sudah cukup?
Adakah layak untuk menggapai syurga yang sangat BESAR itu kalau hanya memakai tudung dan solat jumaat?

Kalau sebegitu mudah, maka tidak layaklah syurga itu dipanggil cita-cita besar!
Walhal syurga itu tempat yang paling tenang, nyaman dan segala-gala yang terbaik Allah sediakan! :)

Sama seperti kisah-kisah orang berjaya tadi,
seperti mana mereka berpenat lelah, berkorban dan bersusah payah,
seperti itu jugalah jalan untuk menuju syurga yang abadi.
Barulah layak untuk mencapai cita-cita besar itu!

Maka berkorbanlah.
Korbankan apa yang menghalang kita untuk mencapai cita-cita besar ini.
Biarpun payah, susah, dan lelah.
Namun, yakinlah Allah akan membalas keletihan kita yang sementara dengan kesenangan selamanya!

Salam Aidiladha! =)


Comments

Popular Posts