and life goes on...

Assalamualaikum a dobry den!

Alhamdulillah! Alhamdulillah! Alhamdulillah!!

Selepas semalam, Alhamdulillah berakhirlah segala exam yang perlu saya hadapi sepanjang tahun keempat pengajian saya di bumi Ceska ini. 

Tapi tak boleh balik lagi sebab ada 2 minggu praktical surgery pastu tak buat visa lagi...huhuhu...

2 minggu terakhir sebelum melangkah ke Neurologicka klinika, memang menguji kesabaran...ye lah, sebab sepanjang summer term ni, kami ada banyak written exam, so push dia tak sama dengan exam oral. 

Kiranya kalau 4th year di Hradec Kralove ni, exam yang mencabar ialah Pharmacology dan Neurology. 

Sebab pharmaco tu waktu winter, so pace study macam study pharmaco tu lambat sikit datang untuk neurology ni..huhuhu... *salah sendiri pun sebenarnya...=( *

Tapi apa-apa pun, seperti tahun-tahun lepas...betul, exam tu memang tarbiyah diri yang besar untuk pelajar-pelajar seperti saya. 

Mana tidaknya, waktu examlah kita belajar menggantung sepenuh pengharapan kepada Allah semata-mata. 


Mengharap examiner yang baik? Yang baik itu pun boleh menjadi yang paling kejam.
Mengharap soalan yang senang? Soalan yang senang pun boleh menjadi susah bila dikorek-korek.
Mengharap masa yang lama untuk study? Masa yang lama pun belum tentu masuk semua apa yang dibaca.


Dan memang terbukti pun apa yang disebutkan tu. 

Saya pernah mendapat soalan yang sama untuk trial yang ke-2 tapi boleh gagal jugak!

Saya pernah mendapat examiner yang terkenal dengan 'strictness' nya dan reputasinya menggagalkan pelajar. 
Tapi, Alhamdulillah Allah tetap izinkan saya lulus walaupun exam dengannya.


Sungguh, tawakal itu sewajarnya kepadaNya semata-mata. 
Dan lulus gagal itu bukanlah sesuatu yang definite tentang kehidupan kita. Gagal sekarang, tak bermakna tak akan lulus kemudian. Lulus sekarang tak bermakna tak akan gagal di masa hadapan.

Cuma yakinlah perancangan Allah sentiasa yang terbaik untuk kita.

Dan kita seharusnya berusaha yang terbaik, untuk mengejar apa yang baik untuk kita. 
(Kalau tak usaha betul-betul, kan kita dah menzalimi diri kita sendiri?huhuhu..)

Bilamana kita dah berusaha sebaik mungkin, tapi tiada lagi rezeki, maka ada yang lagi baik untuk kita. Cuma kita tak mampu untuk menduga apakah ia. 
Bersabarlah.
InsyaAllah, hikmah disebalik kejadian tetap ada.
Apa yang baik untuk kita bukanlah hanya di buku index peperiksaan sahaja.

Kita ada hidup untuk dilalui.
Dan hidup kita ada matlamat yang lebih besar.

Dan saya masih tetap sentiasa belajar dan diperingatkan tentang semua ini setiap tahun.
Dan saya masih sedang belajar. InsyaAllah....

"dan bertawakallah kepada Allah. Dan cukuplah Allah sebagai pemelihara."

(Surah Al-Ahzab 33: 3) 

"Apa pun (kenikmatan) yang diberikan kepadamu, maka itu adalah kesenangan hidup di dunia. Sedangkan apa (kenikmatan) yang ada di sisi Allah lebih baik dan lebih kekal bagi orang-orang beriman, dan hanya kepada Tuhan mereka bertawakal."
(Surah Asy-Syura 42;36)

Kepada yang masih berjuang, teruskan berusaha sahabat-sahabatku sayang! Allah tetap bersama kita...! Ikhlaskan niat keranaNya selalu insyaAllah...Fighting!! ^_^

Kepada yang dah habis, marilah memanfaatkan masa yang ada dengan perkara-perkara yang bermanfaat kepada orang lain. Kalau nampak-nampak macam saya dah futur tu, tegur saya cepat-cepat ye! ^^

Allahu'alam..

Assalamualaikum a Na Shle!


Comments

Hanis Amanina said…
kak ainaaaaaaaaaaaaaaa weeeee suka suka :D

stkt ni sy nampak kak aina mmg guna masa lapang dgn jayanyaa. hehe tahniahh ;D
Fathin Aina said…
ninaaaaaaaa...jzkk! insyaAllah...awk pun!! fighting2!! sikit je lg insyaAllah! ^_^
.rsmra. said…
xhbis exam lg. tp rse mcm dh futur. erk.. =_=' remind me always jgk..

Popular Posts