Adrspach!! (Part 1)

Assalamualaikum a dobry den!

Alhamdulillah finally I get the chance to type these down. Thanks to Ckin and her laptop, dapat dah buat everything normally as before.

So, here we go!

Perjalanan kami (saya, lia, fizah, dan Kak Chenad) bermula dengan menaiki train seawal 8 pagi something.

(Hehehe...maaf semua, saya tak terasa nak menaip dalam bahasa omputeh full ari ni. Tema post Adrspach kali ni: santai dan bebas. LOL)

Tiket pergi balik yang ada 2. Kenapa? Explain kat bawah jap g.
Tiket asal kami ialah yang bawah tu. Tapi, sememangnya kami dah plan untuk ikut route tiket atas tu which is   transit dekat Trutnov Stred disebabkan jarak waktu transit yang lebih selamat dan kurang risiko terlepas train. Tapi, masa beli tiket tu, tak terfikirlah kena cakap kat makcik tu nak ikut route mana sebab biasanya kalau kami beli tiket kat sini, Just cakap nak pergi mana, untuk berapa orang, dan sama ada one way or pergi balik.

So, makcik tiket tu bagi kami tiket yang paling murah dan paling dekat mengikut kebiasaan.

Dan tiket kami tu, transit di Stesen kereta api kecil di Starkoc which is waktu transit dia adalah SEMINIT! Ya, anda perlu berlari-lari ke arah train yang seterusnya untuk ke Adrspach dalam masa seminit dan risiko untuk berlakunya sebarang delay untuk train pertama adalah tinggi (walaupun delay kat sini selalunya tak lebih 5 minit), so kami tolak route tu awal-awal.

Nak dijadikan cerita, bila train kami melepasi hentian Starkoc, pakcik konduktor tiket train tu pun datang kepada kami dan check balik tiket kami. Lantas, dia pun memberitahu yang kami seharusnya turun tadi. Tapi kami yang memang blur dan memandangkan kami ni foreigner, budak-budak pulak tu, pakcik tu lepaskan saja. ^_^

So, bila kami sampai di Trutnov Stred, kami pun turun. Apabila kami menaiki train ke Adrspach, pakcik tu pun issue tiket yang baru untuk kami dan terpaksalah kami menambah 93kc lagi (untuk total 4 orang) dengan pasrahnya.

Tapi semua tu langsung tak mematahkan semangat kami berempat. Alhamdulillah, sepanjang perjalanan kami  mendapat peluang untuk melihat pemandangan alam semulajadi di Czech Republic yang sangat indah!!

Gambar countryside di Republik Czech. Walaupun hanya dengan kamera 5 MP, namun keindahannya masih terserlah! MasyaAllah! (Oh, hanya gambar ini saja yang sempat saya ambil)
Masa train kecil daripada Trutnov Stred ke Adrspach berhenti di sebuah stesen kecil (Tak ingat nama dia, memang kecil sangatlah stesen tu.), tiba-tiba train kami tersekat tengah landasan.

Sebab?

credit: Lia's camera

Kuda-kuda ni tengah melintas! (hahaha!). Selalunya kalau kat Malaysia, kerbau atau lembu kan melintas? Kat sini ada kuda pula....hehe

Then, finally selepas 20 minit macam tu, kami pun tiba di Adrspach!

Sebelum tu, nak cerita sikit pasal Adrspach ni. Apa bendalah yang menarik sangat tentang Adrspach sehinggakan saya begitu beria-ia nak ke sini sejak tahun kedua pengajian saya di sini?

Adrspach ni adalah nama sebuah tempat di mana terletaknya satu kawasan yang dipenuhi batu-batu besar yang sangat unik dan dikelilingi oleh hutan. Batu-batu ni sangat unik dan ada berbagai-bagai rupa. Pertama kali saya lihat Adrspach ni melalui gambar daripada sebuah buku yang Kak Aini beli masa trip kami ke Pec Pod Snezkou pada tahun 2009. Terus jatuh cinta!

Kemudian pada waktu musim panas 2010, kawan-kawan saya yang habis exam awal berpeluang ke sana. Lebih banyak gambar yang saya lihat. Makin jatuh cinta!

Tak tahu nak cerita macam mana, kena tengok dulu baru korang semua tahu!

Okay, first sekali bila kami masuk lepas bayar tiket dengan harga student (50kc), kami disambut dengan permandangan yang sangat menakjubkan!

My favourite view so far!! MasyaAllah!! 
MasyaAllah...biru sangat kan tasik ni? ^_^
Disebabkan cantik sangat kawasan ni dan kerana kami ni perempuan maka agak lama jugak la tersekat kat sini sebab tak puas bergambar! hehee

Kemudian, kami pun meneruskan perjalanan ala-ala jungle trekking kami.

Sekarang, saya akan tunjuk gambar batu-batu yang unik tu. Sila kerahkan daya imaginasi anda semua ke tahap maksimum! ^_^

1. Kerusi roda nenek

Nampak tak batu ni ada rupa kerusi?
2. Lump? Serious kitaorang pun tak faham.
Cubalah korang boleh try imagine lump yang macam mana batu ni 

Ok, rehat kejap berimaginasi.

Along the trail.

SubhanaAllah! ^_^
Sambung balik.

3. Organ (yang piano besar tu. Cubalah google gambar dia)

sama kan? 

4 (atas). Glove (Rukavice),
5 (bawah). Twins (Dvojcata)

4. yang besar gedabak bentuk tangan tu gloves.
5. Nampak tak ada batu kat celah2 sebelah glove tu? ada 2 kepala, yang tu la twins.

Siapa peminat Narnia? Kenal tak pintu ni? hehehe..Diorang buat penggambaran Narnia kat sinilah.
Sambung balik imaginasi korang tu,

6. Elephant Square. 


Nampak tak macam ada belalai gajah dari atas sampai bawah? Serius, antara yang paling lama nak teka.
8. Karpet
Karpet terbang kot? -_-"
Ok, kita stop berimaginasi dulu kat sini.

Anak sungai along the trail. Kalau tak salah daripada Metuje River.

Yang coklat tu bukan air tau? Tapi dasar sungai yang beralun-alun ikut arus. Jernih kan air dia?

Masa kat area batu-batu tu, sejuk sangat! Walaupun masa tu panas terik, tapi bila sampai area batu-batu tu kena pakai jaket tu.

Okay lah, kita stop dulu kat sini. Tak larat nak upload gambar dah. InsyaAllah nanti saya sambung part 2.

Assalamualaikum a Na Shledanou!

p/s: ada tak orang nak bagi cadangan laptop? Kalau boleh nak processor laju, RAM besar at least 4GB. Yang sesuai untuk tampung kalau nak edit-edit video, guna photoshop semua. Plus dengan harga yang reasonable. ^_^









Comments

Popular Posts