Burung yang rajin

Assalamualaikum a dobry den!

Sekarang musim exam winter. Bermulalah musim orang bertapa dalam bilik tak keluar-keluar, musim fakulti dan EC (Educational Center di Hospital) sesak dipenuhi pelajar-pelajar dari Tahun 1 hinggalah Tahun 6, musim dapur berasap sesingkat mungkin ataupun tak berasap langsung...

Kalau saya, musim exam ni la baru keluar semua playlist-playlist dalam ipod saya. Hari-hari biasa tak ada la pulak teringin nak dengar lagu-lagu sangat. Mengada jugak la =p

Tengah-tengah dengar lagu sambil menghadap nama-nama ubat (oh, insyaAllah saya ada exam Pharmacology 16.2.2012. Doakan ye?), tiba-tiba ipod saya shuffle, keluar lah satu talk yang entah bila saya download masuk dalam ipod ni.

Lepas tu, tiba-tiba telinga saya tertangkap kata-kata ni. Sangat terkesan bila mendengarnya.

"Burung itu, kalau dia bermalas-malasan tidak mahu keluar mencari rezeki di pagi hari, maka dia akan mati kerana tidak dapat makan hari itu.
"Manusia, kalau dia bermalas-malasan, tidur selepas Subuh. Tidak pula dia terus mati seperti burung itu."

Betapa manusia ini, sangat-sangat diberi keistimewaan. Kalau dia bermalas-malasan, tidak pula Allah membalasnya seperti burung itu.

Hari tu, masa usrah, ada orang share, kata kalau umat dahulu ingkar kepada Allah, terus Allah lenyapkan mereka daripada atas muka bumi ini.

Tapi kalau kita hari ini, macam-macam benda yang kita dah ingkar kepada Allah (T_T), tak ada pulak Allah terus runtuhkan rumah kita ke, terbalikkan bumi ke....

Betapa Allah itu begitu Maha penyayang kepada manusia hari ini. Malu betul rasa diri ini...huhu

"Dan Nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?"
(Surah Ar-Rahman 56:77)
Bittaufiq wannajah utk exam ni kawan-kawan! Moga Allah berkati dan mudahkan urusan kita semua insyaAllah....

Chaiyo2!!! Pantang kendur semua! ^_^



Assalamualaikum a Na Shle!

p/s: entry spain kena postpone lepas habis exam pharmaco insyaAllah...=)

Comments

lah lah said…
Salam Aina dear. =)

comelll... ^^

"Chaiyo2!!! Pantang kendur semua! ^_^"

inshaALlah jgn kendur2 ya! Semangat sentiasa hendaknya! ;)

Bittaufiq wannajah ukhti!

k lah de badar
Fathin Aina said…
hehe...k.lah jugak!! bittaufiq wannajah!! ^_^

Popular Posts