Masa kecik-kecik dulu.....

Masa kecik-kecik dulu, saya suka merajuk.

Kalau orang tak nak main macam yang saya nak,
saya merajuk.
Kalau orang tak ajak saya main,
saya merajuk.
Kalau orang tak suka dengan apa yang saya suka,
saya merajuk.

Bila dah merajuk,
buat muka tak puas hati,
duduk tepi sorang-sorang.

Itu kalau mood terkawal lagi,
kalau datang angin taufan markojah,
habis semua orang kena bebel.

Kalau tak percaya. pergi tanya kawan yang main dengan saya masa kecik-kecik dulu.

Buruk betul perangai. huhuhu...

Itu masa kecik-kecik.
Orang kata,

"tak apa la...budak-budak memang macam tu..."

Tapi, bila dah besar-besar ni, fikir-fikir pasal zaman dulu,

Kenapa orang tak nak main apa yang saya nak?
Sebab bosan main benda yang sama. Permainan saya terlalu mudah@complicated.
Salah saya sebab tak ambil peduli apa yang orang lain nak.

Kenapa orang tak ajak saya main?
Sebab malas nak bergaduh dengan saya kalau tak kena dengan apa yang saya nak.
Salah saya sebab terlalu diktator dan "bossy"

Kenapa orang tak suka dengan apa yang saya suka?
Suka hati dia lah kan?
Mana ada manusia yang suka semua benda yang sama?
Cuba lah open sikit....

Dah lah salah sendiri,
Lepas tu buat orang lain rasa tak selesa.
Entah apa-apa lah saya ni...adoiiiiii...

"Dan apa pun musibah yang menimpa kamu adalah kerana perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan banyak (dari kesalahan-kesalahanmu)."

(Surah As-Syura 42:30)

Siapa kata zaman kanak-kanak tak ada nilai-nilai pengajaran? lol =p

Minta maaf kawan-kawan....huhu...

Tapi seburuk-buruk perangai saya tu masa kecik-kecik tu pun,
kawan saya tu tetap sayang kat saya.....kan, Hanis? hehe..

Apa-apa pun, jom baiki diri sama-sama! ^_^

Comments

Popular Posts