Taking things for granted

Assalamualaikum a dobrý den!

Tadi dalam usrah kan, ada sister yang share pasal ni...

Rasulullah kan, dah dikhabarkan kepadanya oleh Jibril bahawa Nabi akan mendapat tempat tertinggi di syurga.
Lepas tu, memang Allah dah jamin yang Nabi ni memang maksum.
Malah, Nabi pun dipanggil sebagai kekasih Allah kan...

Tapi kan,
Rasulullah, walaupun dah tahu yang baginda memang 100% confirm ke syurga.......
Ibadahnya makin bertambah
Zikirnya makin rancak
Zuhudnya makin menebal
Amalnya makin berganda

dan Rasulullah sentiasa tidak lupa untuk mendoakan dan menyeru kepada kebaikan umat-umatnya...

Nak compare dengan satu situasi yang selalu kita hadapi,

Kalau kita ada belajar satu subjek ni kan,
Subjek ni boleh kira kacang la
Lepas tu, senior-senior semua kata senang, jawab exam confirm lulus la....

Apa reaksi kita?
Mestilah kita tak gelabah lebih-lebih kan?
Silap-silap baca pun tidak untuk subjek tu....

Sebab kita yakin yang kita akan lulus.


Beza kan dengan Rasulullah tadi......
Dijamin masuk syurga kot??
Bukannya dijamin lulus exam.....

Tapi Rasulullah berusaha gila-gila untuk ke arah syurga tu,
tanda kesyukuran Nabi yang tak terhingga atas kasih sayang Allah kepada baginda

'Aisyah R.A. meriwayatkan: Jika Rasulullah saw. melaksanakan salat, beliau berdiri (lama sekali) sampai kedua kaki (telapak) beliau pecah-pecah.
Aisyah ra. bertanya:
Wahai Rasulullah, kenapa engkau berbuat seperti ini padahal dosamu yang terdahulu dan yang akan datang telah diampuni?
Lalu beliau menjawab: Wahai Aisyah, apakah aku tidak ingin menjadi seorang hamba yang bersyukur ?
(HR Muslim)

Rendah diri sungguh bila dengar kisah hebat Rasulullah ni....
Padahal diri sendiri ni rasa tak layak langsung pun nak kata orang-orang yang confirm masuk syurga
Tapi dah tahu diri sendiri macam tu,
amal ibadat, rasa syukur, taubat semua tu....tak meningkat-ningkat pun
Macam tak bersungguh nak masuk syurga
Padahal itu yang sepatutnya dikejarkan, sebab semua nak syurga tu jadi FINAL DESTINATION kita....
Astaghfirullah....T_T

Jom kita berusaha sama-sama semua orang!!
Saling mengingatkan satu sama lain insyaAllah...^_^

Salam a Na Shledanou!

Comments

Popular Posts