Tak bertajuk

Assalamualaikum a dobry den,

Alkisahnya, pada suatu hari, bertempat di sebuah hospital di kawasan Tengah Eropah, penulis baru saja melalui satu kejadian yang meremuk redamkan hatinya. Lalu, bersedihlah penulis sebaik sahaja kejadian itu berlaku. Hancur luluh hatinya mengenangkan kejadian itu.

Dengan hati yang dirundung sedih, pilu dan mendung pun berarak kelabu (mcm lirik lagu dah...padahal hari panas terik gila) penulis pun berjalan ke arah pintu keluar hospital. Malu untuk pulang ke rumah sendiri, penulis mengambil keputusan untuk ke rumah kakak seniornya. Dan kerana penulis khuatir ada air mata yang bercucuran dalam bas, lalu dia pun berjalan kaki merentasi jalan pintas di sebelah Sungai Labe. 

Sambil berjalan, penulis melayan perasaannya. Penat ditahan-tahan agar tidak tumpah air matanya kerana malu dengan orang-orang tempatan yang bertembung dengannya. Mujur juga hari panas, maka bertukarlah warna kaca mata penulis sehingga dapat menutup matanya yang mungkin sudah merah-merah. 

Sepanjang perjalanan, penulis hanya memikirkan nasib diri. Penulis hanya memikirkan reaksi orang-orang tersayang, sahabat handai apabila mereka mendengar khabar berita seperti ini. Kekecewaan jelas memenuhi segenap hati penulis. Sepanjang masa penulis merenung jauh.

Tiba-tiba.....................................
...
...
...
...
...
...
...
...

"Vroooommmmmmmmmmmmm!!!!!!!"

"Opocot mak kau!"

Terkejut beruk penulis dibuatnya! Mujur kaki penulis tak sempat melintas jalan lagi. Penulis tidak sedar ada kereta yang meluncur laju. Kalaulah selangkah ke depan penulis bergerak, sudah tentu penulis sudah berada di unit kecemasan Fakulti Hospital Hradec Kralove

Tergamam habis penulis dibuatnya. Lantas kaku sebentar kaki penulis. Pada waktu itu, terdengarlah bunyi-bunyi burung berkicauan dan bunyi pakcik beruniform oren menyorong tong-tong sampah. Penulis baru tersedar akan kehadiran makhluk-makhluk lain disekelilingnya. Pakcik beruniform oren menyorong tong sampahnya dengan penuh ketenangan di hadapan penulis. Penulis tersedar kembali. Ketenangan pakcik beruniform oren menggamit hati penulis. Biarpun pakaiannya comot dan hitam-hitam sehingga tergambar kesusahan yang dialami oleh pakcik beruniform oren itu, namun raut wajahnya tetap tenang meneruskan kerjanya. Tidak ada garis-garis keluhan dan kekecewaan yang terlukis di wajah pakcik beruniform oren. 

Penulis bermuhasabah sendiri.

Petang itu, penulis ke Prague, mencari escapism. Kerana penulis tahu, dia tidak patut duduk berkurung dalam biliknya dan menghamburkan air mata sepuas-puasnya sampai penat. Kerana penulis tahu, tidak ada faedahnya penulis berbuat demikian kerana selain menghasilkan 'eye bag' yang sangat dahsyat dan kepenatan yang tak terhingga, penulis juga akan membuat rakan penulis yang belum mengambil peperiksaan berasa stress. Lalu, adalah lebih baik jika penulis pergi ke Prague sambil bersedih-sedihan, kerana sekurang-kurangnya, adalah juga hasil-hasil kutipan membeli belah yang dapat diperoleh di sana.

Maka, penulis pun bersiar-siar di kota Prague. Penulis terpaksa berpecah dengan rakan-rakan penulis yang mahu ke Pejabat Kedutaan Malaysia terlebih dahulu. Maka, penulis seorang diri berjalan-jalan di Staromestska (Old Town) sambil mencari sedikit barang-barang. 

Penulis terpaksa menunggu rakan-rakannya di Staromestska lebih 2 jam. Sepanjang penantian, penulis keluar masuk berbagai kedai. Banyak pula kedai-kedai baru yang diteroka. Malah sempat pula beramah mesra dengan pelajar-pelajar Malaysia dari US yang datang bercuti ke Prague. ^_^

Penulis juga menghabiskan masa dengan melihat berbagai jenis ragam manusia. Pelancong yang bermacam gaya. Gaya 'backpacking travellers', rombongan 'travel agency', gaya percutian penuh mewah, semuanya ada. Penulis juga sempat memerhatikan ragam penduduk tempatan yang bermacam-macam. Ramai pelancong tempatan juga kali ini, mungkin kerana cuti sekolah telah bermula di bumi Ceska Repubilka.

Namun, perkara yang begitu menarik perhatian penulis ialah, kegigihan manusia yang cuba mencari sesuap rezeki. Mungkin selepas insiden pakcik beruniform oren itu, penulis lebih cenderung untuk memerhatikan manusia yang cuba mencari sesuap nasi. 

Penulis terlihat bagaimana tabahnya pakcik yang duduk melutut meminta sedekah, tanpa menghiraukan lagi perasaan malunya. 

Penulis terlihat bagaimana gigihnya pakcik yang sibuk ke hulu dan ke hilir mempromosi barang jualannya.

Penulis terlihat bagaimana beraninya anak-anak muda yang menyanyi penuh semangat di tepi jalan sambil mengharapkan ada orang yang melontarkan sekeping dua duit syiling ke dalam kotak wang mereka.

Penulis terlihat juga bagaimana tidak henti-henti pakcik kedai yang melayan setiap pelanggannya. 

dan Penulis bermuhasabah sendiri.


Dugaan penulis tidaklah besar mana jika dibandingkan dengan dugaan manusia-manusia tadi.
Tapi manusia-manusia tadi, 

Tak berputus asa
Tak berhenti berusaha
Tak patah semangat

Dan sepatutnya penulis yang sedar bahawa Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang.....harus menjadi kuat lebih daripada itu. Seperti Rasulullah yang sepanjang hidupnya penuh liku, namun Baginda tetap tabah kerana yakin dengan Yang Maha Satu.
SubhanaAllah........

Alhamdulillah Ya Allah......atas segala tarbiyah yang Engkau berikan kepadaku...


"Diwajibkan ke atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."  
(Surah Al-Baqarah 2:216)


p/s: insyaAllah penulis akan pulang dengan semangat baru! doakan penulis ya? ^_^

Comments

intro remain suspense till the end...this is best, sis...=)
Syazwani'Aqilah said…
*hugs*
iAllah Aina, this is the best..He knows best!
zettyshafiqa said…
bismillah.

salam Aina.

yg 1st part cerita yg almost nk kena langgar tu, sy perasan sumting. ingat tak yg Lina mention dlm usrah haritu. kamu lost sumting. tapi Allah selamatkan kamu dari satu bencana. tu rezeki jugak.

go go Aina. jangan patah semangat! *untuk diri sendiri jugak*
meh sama2 doa. doa kan senjata utama kita. *bear hug*

sy doakan kamu & adik-adik selamat sampai ke Malaysia minggu depan. ^^
rusnarusli said…
salam aina.
jzklah for this sharing sis.
daieyah berjiwa besar insya Allah!
*hugsssss*
Fathin Aina said…
daus: thanks. insyaAllah..

k.wani: jzkk! insyaAllah...akak jugak...Allah always has the best plan for us..=)

zetty: itu la..byk kot hikmah2 yg Allah nk bg..kt rasa kt dah lost sumthing...tp Allah bg lg bykkkkkkk nikmat2 lain..huhu...insyaAllah..doakan ye? ko pun! insyaAllah moga Allah mudahkan sok...chaiyo2!!!

k.rusna: jzkk jugak! insyaAllah!

zetty, k.wani, k.rusna: ~hugsssssss kuat2!~
keyLa said…
hey,

dah 22, mana leh nangis?


=p

ko boleh punyer..husnuzhon dgn Allah, dan yakin dgn diri sendiri..

all the best!!

Popular Posts