Ngantuk oh ngantuk~~

Assalamualaikum a dobry den!

Lately ni, asyik ngantuk je dalam kelas..(actually dah lama kot..tp makin mengganas lately nih..ishh)
Lepas 30 minit, confirm dah mamai-mamai
Paling best lepas 1 jam dah mimpi-mimpi
Kalau penyakit mengigau datang, tak ke haru? (Alhamdulillah tak pernah jadi lagi..huhu)
Sedih betul, sebab semua lecture penting-penting.
Rugi betul bila dah tak dengar
huuuuuuuuuuuuuuu T_T

Macam-macam cara dah buat
Tulis nota bagai nak rak,

See? tak tipu..ni sejam pertama punya nota, siap semangat ada awan2 lg kat nota tu

Tapi tak jalannnnn
Tangan masih menulis (eventhough dah ntah pape yang tertulis), mata dah terpejam

Last-last jadi macam ni jugak...T_T

Duduk dah sikit baik punya depan
Direct eye contact dengan lecturer
Tapi still boleh buat taik mata
Kalau lecturer tu jenis baling kapur, dah lama kena agaknya..huhu

Orang kata tidur kena cukup
Masalahnya, tidur selalu cukup.
Nak kata terlebih tidur, hari ada kelas nih mana ada peluang nak tidur awal-awal sangat?
Paling awal pukul 11 lebih
Hmmm?

Orang kata makanan pun bagi effect
Mungkin jugak kot?
Adakah banyak sangat makan?
Kandungan gula banyak dalam darah? (alamak, nak kena check glucose level ke macam ni?)
ohhhhhhh
Mungkin perlu betul-betul diet?
Tapi kenapa kawan-kawan yang makan sama banyak tak mengantuk pun?
(Alasan je tuh..huhu)
alahaiiiiiii

Keyla kata mungkin tak bersenam kot?
Mungkin jugak la kot?
Mungkin ada kaitan dengan lemak-lemak and gula dalam makanan tadi?
So badan asyik metabolize kan benda-benda tu je,
Sampai hypoxic sekejap darah kat otak tu?
Oxygen tak sampai kat otak
Hmmm..mungkin2
(Kawan-kawan, adik-adik, kakak-kakak, mari lah kita bersenam! Qawiyul Jismi jom! hehe)
Skipping rope Anis mungkin dah kena start mintak pinjam.. =D

Tapi kan dalam banyak-banyak cara tu,
Apa yang kau lupa nak buat, Fathin?

Apa?

DOA lah kat Allah duluuuuuuu...........
Apa-apa pun, Dia yang control semuanya...ish Fathin...

(..cari bantal tutup muka..)

Kesimpulannya,
1. Sila berdoa setiap kali nak belajar, mintak kat Allah supaya diterangkan hati, diberkati ilmu, diberi kesegaran, kefahaman, kekuatan untuk belajar ilmu-ilmuNya tu, etc..etc..
2. Sila kawal kandungan nutrisi dalam makanan
3. Sila bersenam (Mutabaah amal yang satu ni, payah btol la nak buat..ish2..kuat2!)
4. Sila jangan putus asa! hehehee

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: 

“Allah lebih menyayangi orang Mu’min yang kuat daripada orang Mu’min yang lemah’. 

(Hadith Riwayat Muslim)

Waassalamualaikum a Na Shledanou!

Comments

rusnarusli said…
hihi =) aina! nanti bile ngantuk halau syaitan jauh2.. auzubillahi minassyaitanirrajim!

nasihat diri sniri gak.. hihi
Keyla said…
(aku start gelak dr gambar tulisan after tu....hihihi)


fathin ainaaa!!! aku pun sama~
marilah kite jaga masa kite.. rugi sgt2 kot... huhu
Cadangan aku kat kau Aina:
1. pastikan makan yang pelbagai sebab ade nutrition tertentu yang tak dek dalam sesuatu makanan tertentu. contonye Magnesium kalau tak cukup boleh menjejaskan kegiatan otak kita. Ferum tak cukup darah kurang, jadi penat2 badan.
2. Air, mende yang sangat penting supaya metabolism dapat berjalan dengan baik. Memang betul kalau kita tak cukup air, makan lah cukup2 pn, nnti kita akan mengantuk sebab metabolism amat memerlukan air. Air yang kurang pn lead to hypoperfusion to brain so menyebabkan mengantuk.
3. makan tak cukup, same effect die macam hypoxia, brain tak dapat oxygen yang cukup. disarankan makan secukupnya waktu pagi nak pgi kelas supaya tak lapar dahaga kat kelas.
4. Keceriaan dapat dikembalikan dengan eksersise sebabnye penghasilan endogenous endorphine yang menggembirakan emosi + cahaya matahari membantu stimulate serotinin yang dihasilkan pada waktu pagi (dalam day cycle, anatomical clock), selain detoxification berlaku melalui peluh dan development of stamina yang dapat membantu waktu stadi.
5. Kalau mengantuk dalam kelas aku cadangkan buat aktiviti yang dapat increase blood perfusion to brain (high inotropic+dromotripic effect to heart)dalam kelas = aktiviti yang paling berat boleh buat waktu duduk kat kerusi dalam kelas. Aku sendiri kalau ngantuk aku angkat kaki (sebelah kaki tapi seluruh bahagian = tigh + calf)then heart rate aku meningkat,, amazingly aku tak mengantuk lagi :)
6. Pastikan semangat membara2 datang ke kelas. Dapatkan gadget2 yang membantu menaikkan semangat. Tanamkan moto ni: Everything is interesting! Everybody is nice!
Syazwani'Aqilah said…
Na... hehe..
Pagi, pasang niat tinggi2 lillahi ta'ala.. Doa dalam kelas tanak ngantuk..sungguh-sungguh..

Hehe saya dah berjaya kurangkan frqunecy tido kat lecture...hehe..

Popular Posts