Keras ke lembut?

Salam a dobry den!

Hari ni nak cerita pasal hati.

*ooohhh...mood jiwang nih..*

Hahaha, oh bukan ye. Hati yang saya nak cakap ni, bukan tajuk-tajuk stereotype lagi tipikal dalam kalangan warga remaja belia macam kita ni.

Tahu tak dalam Al-Quran, sangatttttttt banyak ayat yang Allah sebut berkenaan dengan hati?

Dalam banyak-banyak ayat tu, nak share pasal satu ayat ni insyaAllah..

"Belum tibakah waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk secara khusyuk mengingat Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan (kepada mereka) dan janganlah mereka (berlaku)seperti orang-orang yang telah menerima kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka menjadi keras. Dan banyak di antara mereka menjadi orang-orang yang fasik."
(Surah Al-Hadid 57:16)
Apa contoh-contoh hati dah keras?

"Hati batu lah dia ni!"
"Kau orang ni tak ada hati ke?'
"Hati aku memang macam ni, hati batu!"

Hati batu, tak ada hati = Tak ada perasaan
Tak ada perasaan = Hati keras

Betul ke?

Betullah tu kot.
Bila hati keras,so bila kita tengok benda-benda yang sepatutnya kita rasa benda tu jahat, kita tak rasa.
Bila kita tengok orang lain sedih menderita, kita tak rasa.
Bila kita buat salah, kita tak rasa.
Bila kita tak tunaikan hak dan tanggungjawab, kita tak rasa.

Hati dah macam batu (Gambar ihsan drpd Google)
Ni lah antara contoh-contoh hati keras.
TAPI,
kunci kepada "tak rasa"2 kat atas tadi tu, bila kita tak rasa apa-apa dengan peringatan dan amaran yang Allah berikan kepada kita.

Macam mana kita nak rasa, benda-benda yang "kita tak rasa" tadi tu, kalau the ultimate thing yang kita patutnya kena rasa, kita tak rasa?

*Dush! Sentap kejap.*

Tepuk dada, tanya iman.

Berapa dekat kita dengan Allah? Jaga ke kita hubungan kita dengan Allah?

Kenapa kena dekat, kalau nak rasa apa yang "kita tak rasa"?

Sebab pepatah Melayu pun ada kata,
Tak kenal maka tak cinta
Kalau tak kenal Allah, macam mana nak tahu apa yang Allah suruh, apa yang Allah larang?
Kalau tak dekat dengan Allah, macam mana nak tahu apa yang kita buat tu Allah suka ke tidak?

Macam mana nak dekat, kalau sembahyang pun nak laju je.
Zikir, doa entah ke mana.
Al-Quran? Berapa kali kita baca?
Itu pun, baca tak terjemahan sekali? (Lain lah kalau pandai Arab.)
Solat sunat jangan cerita lah.

*Dush! Dush! Speechless sendiri lagi*

Kalau kita tengok dalam ayat tadi kan, (Ref: Tafsir Ibn Kathir, boleh lihat pada penghujung post ni)

"....janganlah mereka (berlaku)seperti orang-orang yang telah menerima kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka menjadi keras..."


Allah kata, orang-orang yang telah menerima kitab. Maksudnya, orang-orang yang dah tahu apa yang Allah perintah and larang.

Tapi kemudian, "...mereka melalui masa yang panjang..."

Daripada apa yang saya faham, masa yang panjang tu membawa maksud tempoh masa antara penerimaan ahli-ahli kitab terhadap kitab mereka (eg: Injil) sehingga kepada turunnya Al-Quran. Dan dalam tempoh masa ni, ahli-ahli kitab ni telah menukar isi kandungan kitab-kitab tersebut. Malah, orang-orang lain pun ramai yang dah meninggalkan kitab tu sendiri. Sebab daripada sejarah yang kita tahu, zaman sebelum kenabian Rasullullah, masyarakat hidup dalam keadaan jahiliah.

Kemudian Allah berfirman lagi, "...sehingga hati mereka menjadi keras...".

Kenapa hati orang-orang yang dah diberikan kitab tu, jadi keras?
Sedangkan diorang dah terima kitab?

Sebab..kata Ibn Kathir,

"...They also abandoned Allah's Book behind their back and were impressed and consumed by various opinions and false creeds..."

Diorang dah meninggalkan kitab tu sendiri.

Jadi kitab kita sekarang apa?

Al-QURAN

Meninggalkan Al-Quran = hati jadi keras.

So? Boleh fikir sendiri insyaAllah.. =)

Boleh ke hati yang dah keras ni jadi lembut? *sob..sob*


"Ketahuilah bahawa Allah yang menghidupkan bumi setelah matinya (kering). Sungguh, telah kami jelaskan kepadamu tanda-tanda kebesaran kami agar kamu mengerti."
(Surah Al Hadid 57:17)

Hati tu kan milik Allah?
Sebagaimana Allah mampu menghidupkan bumi yang kering dengan menurunkan hujan, maka tentulah Allah lebih berkuasa untuk menghidupkan hati manusia yang kering, sekiranya Dia mengkehendaki.
A broken heart needs to be mended (Gambar ihsan drpd Google)

Sweet kan Allah?
Betapa Maha Pengampun lagi Maha Penyayang nya Dia kepada hamba-hambaNya, walaupun hamba-hambanya ini selalu mengingkarinya..T_T

Jadi, marilah sentiasa berdoa kepadaNya, agar sentiasa dibasahkan HATI ni, dengan cahaya petunjuk dan hidayah daripadaNya. InsyaAllah...=)

Dan jangan lupa, sentiasa mendekatkan diri kepada Allah.
Terutamanya melaksanakan solat dan membaca Al-Quran

InsyaAllah..

Salam a Na Shle!

P/s: entry ni nak mengingatkan kepada diri sendiri terutamanya..perlu cari kembali momentum iman dalam hati yang tak menentu ni...huhuhu...
pp/s: Selamat berjuang semua! mari habiskan exam winter ni dgn machonya!

Ref: Tafsir Ibn Kathir

Ayat 16; Allah is prohibiting the believers from imitating those who were given the Scriptures before them, the Jews and Christians. As time passed, they changed the Book of Allah that they had, and sold it for a small, miserable price. They also abandoned Allah's Book behind their back and were impressed and consumed by various opinions and false creeds. They imitated the way others behaved with the religion of Allah, making their rabbis and priests into gods beside Allah. Consequently, their hearts became hard and they would not accept advice; their hearts did not feel humbled by Allah's promises or threats,
their hearts became corrupt and they hardened, and they acquired the behavior of changing Allah's Speech from their appropriate places and meanings. They abandoned acts of worship that they were commanded to perform and committed what they were prohibited to do. This is why Allah forbade the believers from imitating them in any way, be it basic or detailed matters.


Ayat 17: This Ayah indicates that He brings subtleness to hearts after they have become hard, guides the confused after they were led astray, and relieves hardships after they have intensified. And just as Allah brings life back to the dead and dry earth by sending the needed abundant rain, He also guides the hardened hearts with the proofs and evidences of the Qur'an. The light (of faith) would have access to the hearts once again, after they were closed and, as a consequence, no guidance was able to reach them. All praise is due to Him Who guides whomever He wills after they were misguided, Who misguides those who were led aright before. Surely, it is He Who does what He wills and He is the All-Wise, the Most Just in all that He does, the Most Subtle, the Most Aware, the Most High, the Proud.

Comments

keyLa said…
salam alaik~

takutnyer bile bace ayat surah al-hadid nie..xmau hati batu (cam dlm gambar tu)~

huhu..

'tak rasa' aka desensitized ~naudzubillah..

selalu lah doa agar Allah perbaharui hati dan iman kita...aminn!!

p/s: jazakillah aina..ni igtkan aku balik sbg pemberi..pemberi pun kena dgr balik ;)
Fathin Aina said…
tu la..lps dgr tazkirah ko ari tu kn, ttibe teringt ayat ni..huhuu..takut2..nau'dzubillah~ =(

kt ingtkn sama2 tau keyla..iA..=)

Popular Posts