"Bisnes" Paling Untung!!

Salam and dobry den,

Hehee..ade satu soalan...

Kalau korang diminta untuk buat satu bisnes,

MODAL: Diberi sepenuhnya, mintak aje nak berapa, apa..suma ade
BRG JUALAN: semuanya diprovidekn, n dibeli jugak sepenuhnya..oleh org yg beri modal td
UNTUNG: 100% Yup..yup! 100% utk korg je..bukan 50%, bukan 30%..

Best gler kan bisnes mcm ni? Tak payah nak susah-susah cari modal, barang-barang nak jual semua. Oh, dengan untung yang memang korang dapat bersih, malah berlipat kali ganda..

Tak percaya? Macam orang skim cepat kaya yang nak tipu orang je ke?
.
.
.
.
.
.

Percaya lah, bahawa itulah bisnes paling menguntungkan, yang tak pernah ada kat mana-mana tempat dan zaman pun kat dunia ni.

Itu lah "BISNES" dengan Allah.

dan Allah lah sang pemberi modal tadi, pembeli yang sangat pemurah, dan tidak ambil sedikit pun keuntungan, malah Allah lah yang beri keuntungan kepada kita.
.
.
.
.
*Apahal buat bisnes dgn Allah ni? hesy...sesat ke apa Fathin ni..?*
.
.
.
.

Meh saya cerita, modal yang Allah bagi pada kita, ialah tangan, mata, kaki, hidung, semua anggota badan kita la, tak termasuk lagi alam2 sekitar macam udara, air, api, tanah....banyak kan?

Barang jualan kita ialah, harta dan jiwa kita..harta yang kt infakkan atas jalan Allah (sedangkan harta kita pun asalnya kepunyaanNya jugak kan?) Jiwa yang kita sandarkan semata-mata untuk Allah, tidak mempersekutukannya, mengorbankan segala hawa nafsu dunia kita demi mengejar keredhaanNya, jiwa yang sememangnya di tangan Allah, dan kita hanya perlu berserah diri kepadaNya..

Untung? InsyaAllah, syurga dijanjikan oleh Allah kepada mereka yang sudah pun berjaya berjual beli dengan Allah..

"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka  membunuh atau terbunuh, (sebagai) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu dan demikian itulah kemenangan yang agung."
(Surah At-taubah 9:111)

Semoga kita semua berjaya dalam 'bisnes' dgn Allah ni insyaAllah

~Perbaiki dirimu dan serulah orang lain~

Salam a Na Shle!

p/s: perlu belajar menguruskan masa dgn lebih baik lagi Fathin..!!

Comments

Popular Posts