Fitnah Kepada Agama

Salam  a dobry den!

Dah lama sangat tak update blog ni. Sorry blog! Huhu..
So kali ni, nak share something, yang rasanya ramai dah sedar kot, tapi nak cerita jugak. Sebagai peringatan untuk diri sendiri terutamanya.

Hidup saya di bumi Bohemia, di mana Islam tu sesuatu yang sangat pelik bagi orang-orang Czech memang satu pengalaman yang tak akan dapat di mana-mana.

Kenapa?

Sebab ada salji ke? Sebab boleh jalan-jalan kat Europe ke? Sebab dapat jumpa ramai orang mata warna-warni ke? Sebab diorang cakap bahasa pelik-pelik ke?

Betul la jugak tu, tapi yang paling terasa sebenarnya bila kat sini….ORANG AKAN PANDANG SETIAP GERAK GERI KITA, KAT MANA-MANA KITA PERGI.

Takut kan? Macam kena stalker je.

Tapi memang itulah realitinya. Especially untuk Muslimah-muslimah bertudung. Bila dalam bas, nak lintas jalan, dalam kelas, luar kelas, even dalam toilet sekalipun, orang-orang Czech ni akan pandang, paling-paling pun sekilas la kalau dah selalu tengok (Ni bukan kes prasan ok? Hehe). Mula-mula tu memang rasa semacam je, tapi bila dah lama-lama, tak kisah pun sebab dah biasa.

Bila dah biasa tu, terlupa. Terlupa dan tak sedar yang bila orang tengok saya pakai tudung tu, automatik orang akan label saya MUSLIM. Terlupa yang secara tak sedar, saya dah jadi DUTA bergerak untuk Islam tu sendiri.

Duta? Macam besar je title tu.

Tapi betul la kan? Macam kalau kita nampak orang pakai uniform polis, automatik kita label dia polis kan? Kalau kita nampak orang pakai baju paderi-paderi tu, automatik kita cakap dia bawak imej Kristian kan? Ataupun kalau kita nampak orang rambut tajam-tajam kat kepala tu, automatik kita cakap dia tu bawak imej “punk” kan?

Ok, kembali kepada tajuk post saya kali ni,

FITNAH KEPADA AGAMA
Fitnahtuduhan (khabar, kisah, dll) yg diada-adakan (dibuat-buat) utk memburukkan atau membencanakan seseorang dll 
(Rujukan: Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi ke-4)


Sedar tak sedar,kebanyakan kita sebenarnya banyak dah menabur fitnah dalam agama. 


Ha?? Mana ada kan? Nak tabur fitnah kat orang pun takut dah, lagikan pula nak tabur fitnah kepada agama sendiri...hmmm...


Cuba renung balik maksud "fitnah" daripada definisi yang diberi oleh kamus DBP tu, fitnah tu secara umumnya membawa maksud mengadakan sesuatu yang boleh memburuk-burukkan orang lain kan?


Ok, kita kata, kita ni orang Islam. Kita berpegang teguh dengan ajaran Islam. Puasa, solat tak tinggal..tapi....cukup ke setakat tu?


Kita sibuk war-warkan "Islam is a way of life", tapi kita betul-betul ke jadikan Al-Quran dan Sunnah sebagai pegangan dan prinsip dalam kehidupan seharian kita?


Tapi, macam mana kalau kita terlalu biasa dengan tabiat-tabiat kita yang 'tak Islam', sampaikan bila orang bukan Islam tengok kita, diorang akan kata,


"Ahh...that's how the Muslims are..."


See? Nampak tak? Orang-orang bukan Islam bukan tahu pun apa ajaran Islam yang sebenarnya. Mereka hanya akan pandang apa yang kita pamerkan setiap hari, melalui tingkah laku kita, adab-adab sopan, macam mana kita berurusan dengan orang, macam mana 'level of confidence' kita, tahap kecemerlangan kita, usaha-usaha kita...itu yang mereka pandang. 


Sebab? Itu yang mereka nampak. 


Sebab? Diorang tak tahu pun apa yang Allah perintahkan kepada umat Islam untuk hidup dengan sebenar-benarnya.


Jadi, salah siapa? Salah siapa kalau orang-orang bukan Islam kata Orang Islam tu malas, Orang Islam ni suka buat kerja sambil lewa, Orang Islam tu tak hormat orang, Orang Islam ni suka bergaduh sesama sendiri, Orang Islam tu suka cakap buruk tentang orang, Orang Islam ni itu, Orang Islam ni ini...salah siapa?


Salah kita. titik.


So, jom lah kita semua Orang Islam, muhasabah balik diri ni sama-sama, kita amalkan cara-cara hidup Islam tu? 


"Dan (ingatlah) pada hari (ketika) Kami bangkitkan pada setiap umat seorang saksi atas mereka sendiri, dan Kami datangkan engkau (Muhammad) menjadi saksi atas mereka. Dan Kami turunkan Kitab (Al-Quran) kepadamuuntuk menjelaskan segala sesuatu, sebagai petunjuk, serta rahmat dan kabar gembira bagi orang yang berserah diri (muslim)" 
(Surah An-Nahl 16:89)


Semoga kita tidak ada saksi-saksi yang akan mengatakan kerana kita, mereka lihat Islam itu sesuatu yang buruk. Na'uzubillah...


Diri ni masih banyak kekurangan dan salah silap...entah berapa banyak fitnah yang telah diri ni taburkan..ya Allah....


"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah setan. Sungguh ia musuh yang nyata bagimu."
(Surah Al-Baqarah 2: 208)


Waallahua'lam....terasa sendiri...


jom jadi islam bukan Islam...!


Salam a Na Shle!


p/s: jom bersungguh-sunguh utk final ni, jgn create fitnah dalam agama..insyAllah..ya Allah bantulah kami...

Comments

Syazwani'Aqilah said…
Bismillah..

Salam Aina..

Jzkk atas peringatan..
=) =)
bismillah..

salam wbrt dearest moje buddy2..(^-*)

huhu..lamenye x comment kt blog neh.
btol aina..takut jgk..naudzbillahi minzalik.. hanya pdNYA kt berlindung.
mg Allah pimpin tiap langkah kt dlm kehidupan ini iAllah..
nk x nk..kt lah duta islam..mcm awk ckp tu..huhu.. ape yg dipandang dr kt..mgkin itulah yg akn org nilai islam tu sndri..
anytime, anywhere.. kt bw islam tu..
mari same2 mgingtkn each other n sntiase berazam to be a better muslim tiap2 masa kt yg mndtg... fissilmi kaaffah..

k, tk care.. jzkk for a reminder sis!

mg Allah permudhkn urusan kt exm nnti iA.. mulekn dgn bismillah..:-)

salam syg dr bukit adal,
vase buddy..^-^
丽 娜 said…
Salam. betoi Aina, betoi!betoi!betoi!
but I want to point out something here.
These people don't know that we are supposed to do all 5 pillars of Islam, so they tend to look at our way of life.
Mcm mn kita berjalan, mcm mn kita kat toilet, mcm mn kita pny courtesy, mcm mn kita pny kesihatan.Hatta apa kita makan pun dia tau.
They look at the basic things (since poor them they don't know the fundamental things yet), that sadly to say, most of us neglet.
We do all the fundamental things, but we forget most of the basic things.
Ay, to admit ones weakness is hard. nobody says it's going to be easy.
but I think, if the thing being said by those who perceive us is right and worth a consideration, why not adopt it right?
Like practising a healthy lifestyle. gunakan tangga instead of lift.I scoffed at first but I know they r right.
Maybe I always looks at things from different angles from other people, but my intuition rarely fail me, alhamdulillah.
Just my 2 crowns. ;)
Anonymous said…
blog walking dari saya di bumi Hamilton, N.zealand. keep on blogging :)
Salam wbt.
Betul tuh aina.setuju!!!
Lina, setuju too!!
Perkara wajib hubungan dengan Allah kene jaga, tapi kita kadang2 lupa-tingkah laku dan perhubunga dgn manusia pun kene la juge kan.
Duta la katakan.
Contoh kalau kt uni. Masuk kelas lmbt (aku la tuh), pegi lab lmbt.
Tidur dlm kelas atau borak waktu cikgu ngajar, bising2 dlm bas etc.
banyak la kalau nk listkan..
Tu sume duta Islam punya image ke?
Oh,,,betapa aku dah beri persepsi buruk kt mereka tentang islam dan Muslims, bukan tentang diri kita, bukan tentang Malaysia..

Popular posts