Allah is closer than my vein

Salam a dobry den!

Sori blog lama x update..saya dah mengabaikan kamu..ampun2!! (apekah? hehe)

Oklah, saya nak share satu quote masa usrah hari tu, (credit to keyla! =p)

Happy moments, praise Allah
Difficult moments, seek Allah
Quite moments, worship Allah
Painful moments, trust Allah
Moment by moment, THANK YOU ALLAH! =)

Sweet kan? Allah ada untuk hambaNya SETIAP MASA. Tak kira lah waktu susah ke, senang ke. Segala yang berlaku itu ada sebab dan hikmahNya. Tiada apa yang kebetulan dalam dunia ni, sebab semuanya dah ditentukan olehNya. Allah pasti akan beri yang terbaik untuk hambaNya, dan Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Yang penting, kita berusaha untuk mencapai redhaNya sepanjang masa.

So, kenapa dengan tajuk post ni kan? "Allah is closer than my vein". Sebenarnya masa tulis post ni, tiba-tiba teringat kat lagu Michael Jackson, tajuknya ni lah. So, macam kena je dgn quote tu kan? =)

Kalau kita fikir-fikir kan, umat Islam yang sebenar-benarnya beriman dengan Allah, adalah umat yang paling bahagia. Kenapa?

Sebab kalau susah, mereka cari Allah dan percaya Allah akan beri apa yang terbaik untuk mereka. Siapa tak nak yang terbaik kan? Dan apa yang terbaik tu, Allah je yang lebih mengetahui.

Then, kalau senang, mereka bersyukur dengan kurniaan Allah. Sifat syukur tu dah secara automatik dapat elakkan rasa riak dan takbur yang lambat-laun boleh menjurus kepada benda-benda lain yang tak elok lagi.

Ada satu masa tu, tengok satu cerita hantu ni. Dalam cerita tu, watak-watak dia macam paranoid sangat dengan hantu tu. Macam nak naik gila bila hantu tu kacau diorang. Bila tengok tu, tiba-tiba saya terfikir, kalau watak cerita tu minta pertolongan Allah betul-betul, insyaAllah hantu tu lari kan? Hantu tu pun makhluk Allah jugak. ^_^ Watak tu pun mesti tenang kalau dia tahu Allah ada bersama dia, dan tak ada yang lebih berkuasa dari Allah S.AW. Itulah untungnya umat Islam ni sebenarnya. Itulah nikmat iman dan islam. Cantikkan agama Allah?

Nak share ayat ni,

"Berdoalah kepada Tuhanmu dengan rasa rendah hati dan suara yang lembut. Sungguh, Dia tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas."
(Surah Al-A'raf 7:55)

So, nak ingatkan diri sendiri yang selalu leka dan lupa ni, and semua jugak, sentiasalah berdoa kepada Allah. Allah yang Maha Pemurah lagi Maha penyayang. Dan bila kita meminta sesuatu daripada orang, mesti kita akan ikut semua cakap dia, tak buat benda-benda yang dia tak suka kan? Samalah dengan bila berdoa kepada Allah, kenalah kita ikut perintah Dia dan tinggalkan laranganNya. Barulah Allah redha dengan permintaan hambaNya, insyaAllah...=)

Ok, sampai sini je post kali ni. InsyaAllah, semoga Allah beri yang terbaik untuk kita semua. =)

Salam a Na Shle

p/s: dah setahun rupanya blog ni..ya Allah..tetapkan lah hati kami...

Comments

This comment has been removed by a blog administrator.

Popular posts