Final Destination...

Salam a dobrý den!

Alhamdulillah..dapat jugak curi masa nak tulis blog dalam minggu yg teramat lah sibuk ni..Last week, saya berpeluang join satu daurah kat Prague. 1st time jejak kaki ke Černy Most ('č' is pronounced like "c" in "cawan"), masjid terbesar di Prague. Walaupun masjid ni hanya sebesar surau-surau di Malaysia, tak tersergam indah macam Masjid Kristal tu, tak sehalus seni bina macam Masjid Putrajaya tu, tapi masjid ni jauh lagi berfungsi dan aktif! *kagum! kagum!*


Ok, abis cter psl masjid, nak share la skit ilmu-ilmu yg dapat daripada daurah tu...hehe =)

Saya ada tertarik sangat dengan satu part yg ustaz tu ckp. Mula-mula kami dengar lagu Destinasi Cinta-Mestica. Bagi yang tahu lagu ni, insyaAllah faham maksudnya. Adalah satu ayat ni,

Destinasi cinta yang dicari, sebenarnya terlalu hampir.
Hanya kabur kerana dosa di dalam diri..

Bila dengar lirik ni kan, terasa macam tersedar. Kita semua tahu kita kejar syurga. Kita semua tahu kita akan mati dan kita semua mahu destinasi kita yang terakhir dan kekal abadi ialah SYURGA. Tapi, kita selalu terlupa yang kita ni selalu buat perkara-perkara yang menjauhkan kita daripada destinasi kita tu.

Macam nak pergi ziarah saudara, tapi on the way tu, terjumpa pulak kedai baju cantik (x leh resist! =p), lepas beli baju teringin nak makan kat tempat lain (yang bertentangan arah dari rumah saudara tu). Bila dah habis makan, boleh pulak nampak ada shopping mall pasang iklan last day sale. Dah habis shopping, dah malam..saudara yang kita nak ziarah tu pun dah tidur..malas nak tunggu lagi. Ha, kan tak sampai-sampai destinasi kita tu? *pozor! contoh ini hanya rekaan saya dan simbolik semata-mata!*

Tak,
kesimpulannya kita semua nak pergi destinasi yang sama kan? Yang saya cakap kat atas ni pendapat saya sendiri. Sekarang saya nak kongsi apa yang ustaz tu cakap...jeng jeng jeng

Macam ni eh, cuba korang buka tafsir Quran, surah An-Naba' 78:31-36

31. Sungguh, orang-orang yang bertakwa mendapat kemenangan,
32. (yaitu) kebun-kebun dan buah anggur,
33. dan gadis-gadis montok yang sebaya,
34. dan gelas-gelas yang penuh (berisi minuman).
35. Di sana mereka tidak mendengar percakapan yang sia-sia maupun (perkataan) dusta.
36. Sebagai balasan dan pemberian yang cukup banyak dari Tuhanmu,

Tiba-tiba kan, ustaz tu tanya kami: (lebih kurang macam ni la maksud ayat dia)

Betul ke kamu nak pergi syurga? Ada apa kat syurga tu? Ayat ni cakap ada kebun-kebun. Kamu nak kebun ke? Nak anggur? Gadis-gadis montok? Perempuan nak buat apa gadis montok??

*Whooosh!* (bunyi sound effect). Kalau difikir-fikir, betul la jugak kan? Nak buat apa kebun? Anggur? Ha..saspen dibuatnya... kuang..kuang..kuang..

Kemudian barulah ustaz tu terangkan maksud ayat surah An-Naba' tu..maksudnya yang sebenar macam ni..

Masa zaman Rasulullah S.A.W, orang-orang mukmin semuanya memang hidup diabdikan untuk menegakkan Islam. Mereka sanggup infakkan kebun-kebun mereka, tak berkesempatan nak menikmati anggur-anggur yang lazat, sanggup ketepikan perempuan-perempuan cantik. Lepas tu, mereka memang hidup tu sentiasa berdakwah sampai menahan haus (dah la Arab tu panas kan?).

Inilah maksud ayat tu, Allah akan balas segala benda yang kita korbankan bila kita berada pada jalan Allah. Walau macam mana besar pengorbanan kita, insyaAllah, Allah dah berjanji akan memberi ganjaran berlipat kali ganda hebatnya. Kalau anggur Albert (supermarket kat czech ni) tu kita tak dapat rasa, Allah akan balas dengan anggur yang jauh lagi lazat. SubhanAllah!!!

Waallahu'alam..

Nak dapatkan benda yang bagus, berkualiti tinggi mestilah tinggi harganya kan? Banyak yang perlu dikorbankan. Apatah lagi syurga yang memang tak ternilainya sangat tinggi untuk kita. Memang banyak yang perlu kita korbankan.

Jadi, marilah kita semua berusaha bersama-sama untuk mencari keredhaan Allah! Tak apa kalau kita rasa sedih untuk korbankan apa yang sepatutnya kita korbankan sebab it's worth it. Semoga kita semua sama-sama akan sampai ke FINAL DESTINATION kita yang diimpi-impikan...insyaAllah..

sebelum habis, nak share satu quotation drpd Ibrahim Adham,

"berzikirlah membilang dosamu setiap hari..."
Na Shledanou,
Wassalam

p/s: masih sedih dgn result test, tapi tak apa..usaha lagi! ini ujian Allah untuk kita semua. muhasabah balik salah silap kita. *peace*





Comments

Anonymous said…
amboi, guune trademark sound effect aku nampak, *whoosh* ...hehe...takpe2, aku izinkan sbb entry ko yg ni best ar! trimas sbb post kan entry ni,sbb aku xgi daurah aritu~ :D
syg ko!
Salam Aina syg...

huhu...alhamdulillah Allah bg lg peluang utk kt merasa nikmat study kt czech ni..kalo kt rase susah sgt study kn..cube kt igt saudara2 kt kat palestine tu..dieorg nk g skolah pn susah...cane la kalo kt kat tmpat dieorg kn?..ermm..mari kt muhasabah same2 blk.
astagfirullah...mg Allah jaohkn kt dari gol hamba2Nya yg x bersyukur.

Huhu..kt pun suke sgt part ust bwat tadabbur surah an naba' tu. Mcm trponder kt diri blk...knape kt nk sgt syurga Allah tu kn.. Ermm...alhamdulillah dh dpt jwpnnye iAllah. Janji Allah kt sane jaoh hebat n menggiurkan..x trcapai dek akal ni nk pikir. inshaAllah kt usaha same2 utk mnjd hamba & khalifahNya abadan abada...(^-^).

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Qur'an. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar."...(9:111)

Mari berjual beli dgn Allah...Ayuh!!!

*Chaiyok Aina!! Fail tu mnde biase kt sini...to make us stronger inshaAllah..He knoes best.. usaha n pray hard to HIM.. Mg Allah permudahkn urusan kt sume iAllah.
Take care sis! Miluju te fillah.

Post okupace 101,
tvoje buddy..(*-*)
Syazwani'Aqilah said…
chaiyok AIna, orang tak pernah fail takkan rasa manisnya lulus tu. kalau rasa pun tak sama.
:)
Anonymous said…
"di atas nama cinta
pada yang selayaknya
ku nafikan yang fana
moga dalam hitungan setiap pengorbanan
agar disuluh cahaya redha-Nya"

thanks aina..hopefully our daurah dis week wud b about d same topic..coz d title is Aku dan Destinasi Cintaku..hmmm=)mcm dekat2 same je kan???hehe..

jzkk~
Fathin Aina said…
ckin: hehe..pinjam jap..best lak bubuh sound effect tu...hehe..syg ko gak!

moje buddy: dekuju moc! mcm kene je ari ni..pas fail tu..kt dpt tgk operation 101 tu..teringt blk ade yg jauuuhhhhhhhh lg sedeh n ssh..iA..muhasabah blk diri..hmm..
best la ayat tu kak lah..Allah lebih tau apa yg lebih baik utk kt..=)
miluju te taky! muah2!

missnico: mekasih2! kt chaiyo bersama! cik missnico yg misteri..blog kamu x leh bkk la..huhuhu..sy masih x dpt detect identiti sbnr kamu..hehe
Fathin Aina said…
nad: hehehe..ntah2..sama kot? slamat berdaurah! take care!!
kwn Miss Nico said…
Aina o Aina..I amat stuju dgn Miss Nico, i tahu sape die nih..hihi..Neway, La yukallifullahunafsan illa wus'aha (Allah x bebani seseorang tuh melainkn apa yg dia mampu)..Trus bangkit! Trus berharap dariNya! Our aim, SYUGRA, destinasi cinta~
keyla said…
aik?xde comment aku?
smalam anta xkuar lak..waaaa

hehe..aku suke analogi ko yg bab g rumah xsampai2 tu..
belum masuk part cari rumah xjumpe2 lak.haru..
huhu..apepon, insyaALLAH hrp perjalanan kite dipermudahkan~
Syazwani'Aqilah said…
huhu aina2x..biarlah misteri..
Fathin Aina said…
kwn miss nico: hehe..u pun nk men rahsia2..i da tau da sape cik miss nico yg misteri ni..=p..iA..jom kt sama2 berusaha!

keyla: hehe..tensi2 bab cr umah..bler mau jumpa da..aiyoyo... insyaAllah..ingtkn ak slalu keyla..

miss nico: hehe..cik miss nico yg misteri..sy da tau sape awk...wee! =D

Popular Posts