hati..kau tak takut??

HATI...kau tak takut?
kau tak takut jika selama ini kau tidak berada pada jalan yang sepatutnya?
kau tak takut jika selama ini kau menidakkan yang benar?
kau tak takut jika selama ini kau membenarkan apa yang tidak?

HATI...kau tak takut?
kau tak takut jika saban hari kau membiarkan diri sendiri menjadi gelap?
kau tak takut jika kau turut sama membiarkan hati-hati lain terus menjadi kelam?
kau tak takut jika kau membutakan diri atas azab dan janji TUHAN demi merasa secebis keseronokan dunia yang kau gelar 'kebahagiaan'?
kau tak takut jika 'kebahagiaan' yang kau agung-agungkan itu membuatkan kau lupa batas-batas dan larangan TUHAN??

HATI...kau tak takut?
kau tak takut jika satu hari nanti TUHAN akan mempersoalkan tanggungjawab dan amanah yang kau pegang selama ini?
kau tak takut jika satu hari nanti TUHAN akan mempersoalkan larangan-laranganNya yang telah kau ingkari?
kau tak takut jika satu hari nanti TUHAN akan mempersoalkan suruhan-suruhanNya yang telah kau tinggalkan?

HATI..kau tak takut dengan azab TUHAN kah???

Ya Allah...ampunkan kami...kuatkan kami...

Comments

Popular posts